SEKARANG...
‘Kenapa aku
buat macam tu?
Kalau aku tak
buat macam tu,
mesti kami boleh
berkawan lagi,’ Mira
terus-terusan menyalahkan dirinya.
Dia fikir, mungkin
dia tak patut
membalas seragan mereka.
Mungkin jika dia
berdiam hingga kemarahan
mereka reda, mereka
boleh berkawan semula
seperti dahulu. Mira
terus tersedu-sedu menangis.
“Hai awak,”
satu suara lelaki
menegurnya, membuatkan dia
tersentak. Apabila Mira
mengangkat mukanya, seorang
pelajar sekolah menengah
sedang berdiri di
hadapannya. Macam mana
Mira tahu lelaki
itu pelajar sekolah
menengah? Sebab lelaki
itu memakai uniform
sekolah menengah, macam
Mira jugalah!
Apabila diamati
muka lelaki itu,
Mira tahu lelaki
itu bukan dari sekolahnya, ‘Ah, mungkin dari
SMK Seri Anggerik,’
desis hati Mira.
Lebih sukar untuk
mengetahui lelaki itu
dari sekolah mana
disebabkan lelaki itu
tidak mepunyai lencana
mahupun tanda nama
pada uniformnya.
“Awak, tengok
apa tu? Handsome
sangat ke muka
saya?” lelaki itu
mula segan apabila
Mira merenungnya begitu.
“Siapa awak?”
tanya Mira tanpa
menghiraukan kenyataan puji
diri lelaki itu,
Lelaki itu pula
terus duduk di
sebelah Mira apabila
Mira bertanya begitu.
“Nama saya
Ammar Zaihan. Panggil
saya, Jay. Saya
tak berlagak mat
salleh, okay? Memang
dari kecil orang
lain panggil saya
Jay,” celoteh Zaihan
diakhiri dengan huluran tangan
untuk bersalaman, tetapi...
“Bukan muhrim.”
Dua perkataan dari
mulut Mira itu
cukup membuatkan Zaihan
malu lalu perlahan-lahan menarik
tangannya. Masing-masing senyap
selepas itu.
“Mira,” Mira
pantas menoleh apabila
Zaihan memanggil namanya.
“Mana awak
tahu nama saya?”
dahi Mira berkerut-kerut tanda
hairan. Seingat Mira,
Zaihan seorang sahaja
yang beria-ia mengenalkan
diri tadi, Mira
diam sahaja.
“Awak, saya
ni dah 17
tahun hidup. Tak
mungkinlah sayya tak
tahu baca tanda
nama awak tu,”
Mira tersipu-sipu malu.
Tanda namanya dipandang
sekilas. Dia ingat
Zaihan stalker tadi.
“Mira, kenapa
awak menangis tadi?”
“None of
your bussiness.”
“Sebab awak
putus dengan boyfriend
awak?”
“Tak.”
“Awak ada
masalah dengan famili
awak?”
“Tak.”
“Awak gagal
peperiksaan?”
“Tak.”
“Awak gaduh
dengan kawan?”
Mira terdiam.
“Jadi betullah, awak
gaduh dengan kawan
awak,” kata Zaihan
lagi. Mira masih
mendiamkan diri.
Tiba-tiba, Zaihan
bangun. “Jom teman
saya jalan-jalan dalam
mall ni. Ada
benda yang saya
nak beli,” Zaihan
mempelawa.
“Saya tak
kenal awak,” kata
Mira. Lagi sekali
dahinya berkerut. Nampak
lebih selekeh apabila
dia buat muka
begitu dengan tudungnya
yang sememangnya selekeh
akibat menangis tak ingat
dunia.
“Ala.. tadi
kan saya dah
kata, nama saya
Ammar Zaihan. Nak
panjang lagi, Ammar
Zaihan bin Shahril.
Panggil saya, Jay.
Kalau awak nak
panggil saya Abang
Jay pun tak
apa sebab saya
rasa awak lagi
muda daripada saya,
kan?” Zaihan membebel
namun Mira masih
was-was untuk menerima
tawaran Zaihan.
“Awak, kalau
awak takut saya
kidnap awak, itu
ialah satu masalah
yang sangat tak
perlu dirisaukan. Awak
tengoklah badan saya
ni, tulang sahaja.
Awak pula.. urm..
berisi juga,” Zaihan
sempat mengutuk dalam
membuktikan dirinya bukan
orang jahat.
Mira hanya
tersengih. Malu apabila Zaihan
dapat menebak apa
yang dibayangkannya. Buat
seketika, Mira lupa
tentang ‘sahabat-sahabat’nya.
BERSAMBUNG...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Okay tak? Maaf... dah 4 hari tak update cerpen ni. Terima kasih kerana membaca!!
Pendeknya kak oi! Part 3 buat pepanjang sikit!
ReplyDeleteSabar dik sabar... separuh dari iman tu. *buat muka innocent*
DeleteWoi, cepat sambung. Haha (suka hati aku nak mengwoikan orang. Mentang-mentang awak kawan saya haha)
ReplyDeleteWoi!! Sabarlah!! Esok petang saya masukkan bahagian ketiga *kot*
DeleteTerbaik!!!! Itu je yang boleh saya komen. Tak terkata sebab best giler cerpen ni. Hahaha.
ReplyDeleteThank you MNH! Saya akan berusaha lagi!
Delete