Keesokan paginya, Afif pergi ke bengkelnya dan kereta Danish sudah ada di situ. ‘Tak faham bahasa betul dia ni,’ rungut Afif. “Oh, Afif! Lama aku tunggu. Kau tahu tak siapa pemilik bengkel ni?” tanya Daniel sambil tersenyum. ‘Dia ni, sekejap saya, lepastu abang, sekarang guna kau-aku pula. Tak ada pendirian ke apa?’Afif mencemuh dalam hati. “Kau buat lawak ke? Kau dah tahu ni bengkel aku, kan? Kalau kau tak tahu pun, dah tentu kau boleh baca sign ‘Bengkel Motor dan Kereta Afif Khairil’ tu kan?” Bebelan Afif membuatkan Danish tersengih.
“Kenapa kau
datang? Kan aku
kata, jangan jumpa
aku lagi,” Afif sudah pada
tahap merayu kepada
Danish. “Tak adalah,
semalam bila aku
lalu depan bengkel
ni, aku nampak
ada ‘benda’ bertenggek
atas bumbung bengkel
kau ni,” beritahu
Danish sambil memandang
ke arah bumbung.
“Benda?” tanya
Afif, dahinya berkerut.
“Kau percaya pada
benda halus?” saat
mendengar Danish berkata
begitu, Afif terus
menarik tangan Danish.
“Kau balik. Jangan
datang cari aku
lagi,” Afif berkata
tegas sambil menolak
tubuh Danish masuk
ke dalam kereta
Danish.
“Weh, kenapa
ni?” Danish bertanya sebaik dia
keluar semula dari
keretanya. “Tolonglah balik.
Tolonglah balik. Tolonglah
balik,” Afif membebel-bebel antara
dengar dan tidak.
Danish betul-betul terperanjat
dengan perubahan mendadak
Afif. “Afif, kenapa
ni?” “Tolonglah, tolonglah
balik.” Kini, Afif
sudah melutut, merayu,
suarany seperti hendak menangis.
Danish yang panik
memegang bahu Afif.
“Afif, dengar
sini. Aku rasa
kau kena buatan
orang. Aku rasa
ada orang tanam
sesuatu dekat kawasan
bengkel ni supaya
bengkel kau tak
maju,” Danish cuba
menerangkan kepada adiknya.
“Ini bukan buatan
orang, ini saka.
Baliklah,” Afif mengeluh.
“Afif, kau
duduk dulu. Biar
aku yang cari
benda tu,” Danish
cuba menarik Afif
untuk berdiri tetapi
tangan Danish ditaik
Afif. “Baliklah.” Kata-kata
adiknya itu hanya
dibiarkan. Selepas memberi
botol air mineral
miliknya kepada Afif, Danish
mula mencari benda
yang harus dihapuskan
itu.
Danish mencari
benda yang tak
pasti itu seperti
orang gila. Setiap
tanah yang berbonggol
digalinya. Semak-samun berhampiran
diredahnya.
Melihat Danish
begitu, Afif berasa
terharu. Orang yang
baru ditemuinya semalam sanggup
bersusah-payah agar bengkelnya
maju. Rasa bersalah
turut menerjah. Dia
begitu tekun menghalau
orang sebaik ini
walaupun dia sekadar
memegang janji dengan
ibunya.
“Afif, dah
jumpa!” lamunan Afif
terhenti apabila Danish
berlari ke arahnya
dari semak berhampiran.
Danish menghulurkan satu
bungkusan kecil yang
dibalut dengan kain
hitam. “Apa ni?”
Afif bingung. “Ada
orang tanam benda
ni dekat bengkel
kau supaya tak
ada pelanggan datang
sini. Dengkilah tu,”
Danish berkata begitu
membuatkan muka Afif
pucat semula. Tangannya
ditarik semula, tidak
jadi hendak menyentuh
kandungan bungkusan itu.
‘Penakut juga adik
aku ni,’ Danish
berbisik di dalam
hati, tawanya ditahan,
takut Afif terasa.
“Habis, nak
buat apa dengan
benda ni?” tanya
Afif. “Sekejap lagi
aku call ustaz
aku, tanya fasal
tu,” kata Danish
lalu mengeluarkan telefon
bimbitnya.
Apabila Danish
mula mendail, dia
terdengar deruman enjin
motorsikal. Dia menoleh
dan dia dapat
melihat dua orang
lelaki berbadan sasa
turun dari motorsikal.
Dia menoleh semula
ke arah Afif
dan muka yang
sudah dibasahi peluh.
Belum sempat
dia bertanya Afif
mengapa, Afif sudah
mencabut topinya dan
meletakkannya di atas
kepala Danish sehingga
separuh muka Danish
ditutup oleh muncung
topi itu. “Senyap.
Jangan cakap apa-apa,
jangan buka topi tu.
Jangan toleh belakang,”
Afif yang sudah
berdiri mengarah Danish.
“Afif!” panggil
lelaki yang menunggang
motor tadi, Man.
“Mana duit bos
aku?” Man bertanya,
tersenyum sinis. “Aku...
belum ada lagi
duit tu,” Afif
bersuara dalam takut.
“Bila kau nak
‘ada’kan duit tu?”
Kali ini, Din
pula yang bertanya.
“Bagi aku satu
minggu lagi,” rayu
Afif.
Din mencengkam
kolar Afif. “Dah
berapa minggu kau
cakap macam tu?!
Pinjam pandai! Bayar
tak reti!” satu
tumbukan singgah di
perut Afif. “Berapa
hutang dia?”
Danish masih
tidak memusingkan badannya.
“50 000 ringgit.
Kenapa ? Kau nak
bayar?” berang Din
apabila ‘perbualan’nya dan
Afif diganggu.
Danish mengeluarkan
buku cek lalu
menulis ‘Seratus Ribu
Ringgit Sahaja’ pada
satu cek kosong.
“Aku bayar,” Danish
menghulurkan cek itu
sambil memusingkan
badannya. “KAu siapa?”
Anak-anak buah lintah
darat itu hairan
melihat bilangan dua
kali ganda hutang
Afif di atas
cek itu. Danish
menanggalkan topinya. “Aku abang
dia.”
Apabila samseng-samseng itu
pergi, Afif mengamuk.
“Eh budak bandar!
Kenapa kau bayar?!
Kau nak tunjuk
bagus ke?!!” jerit
Afif. “Yang kau
marah sangat kenapa?
Aku dah tolong
bersyukur je lah!”
Danish turut menjerit
apabila pertolongannya dibalas
makian.
“Kau ingat
kau bayar tu
membantu aku ke?!
Lagi menyusahkan aku
kau tahu!” Afif
terus menjerit. “Apa
benda yang menyusahkan
kau?! Kalau dah
bayar tak mungkin
dia orang akan
cari kau lagi!
Tadi kau kena
tumbuk, hari lain
entah apa pula
jadi!” suara Danish
pula memetir. “Ah!
Kau ingat dia
orang akan berhenti?!
Silap-silap aku kena
bunuh! Dengan kau sekali!” Afif
terus menjerit walaupun
pandangannya semakin kabur.
“Nonsense! Kau tak
perlu nak berla-
Afif! Hidung kau
berdarah!”
Di dalam
kereta, mereka berdua
mendiamkan diri. Afif
memandang ke luar
tingkap, Danish pula
fokus kepada pemanduan.
Sewaktu di
klinik, doktor memberitahu
Afif demam kerana
keletihan dan kurang
tidur. Bil dan
kos ubat Afif,
Danish juga yang
bayar. “Aku demam
sikit je, dah
nak paksa aku
ke klinik. Dasar
budak bandar!” cemuh
Afif. Danish buat
tidak dengar sahaja.
“Afif,” Danish
memanggil perlahan. “Afif,
why are you
always pushing me
away? Even the
first time we – sorry.
Kenapa-“ “Because meeting
new people means
responsibilities. Especially meeting
people like you,”
Afif memotong kata-kata
Danish. Danish pula
tersenyum malu. Dia
fikir Afif tidak
tahu berbahasa Inggeris.
“Mak suruh
kau jaga aku?”
tanya Danish lagi.
“Mmmm..” itu sahaja
jawapan Afif. “Kenapa?” Soal
Danish. “Sengaja,” Afif
malas. “Cakaplah betul-betul,”
Danish bengang dengan
jawapan itu. “Mak
kata, kalau aku
nak kahwin, aku
kena reti jaga
orang. So aku
trial run aku
jaga kaulah.” “Bengong!”
Tangan Danish menumbuk
bahu Afif. “Aduh,
sakitlah!” Afif memegang
lengannya yang disuntik
tadi. “Oh, sorry.
Lupa!” Mulut Danish
meminta maaf tetapi
selepas itu dia
ketawa terbahak-bahak. “Lembik
juga kau ni!”
Muka Afif mencuka.
‘Kurang asam!’
Sejak hari
itu, Afif perlahan-lahan terbiasa
dengan kehadiran Danish. Danish mengajar
Afif bersolat semula.
Benar, selepas membuang
benda yang dijumpai
di bengkelnya, Afif
sudah tiada masalah
untuk solat. Dia
bersyukur kepada Tuhan
dan berterima kasih
kepada Danish.
Namun, Afif
masih takut kalau
saka dari dua
dunia itu mengganggu Danish.
Jika Danish diganggu,
sekali gus dia
telah mungkir janji
dengan ibunya. Saka
dunia nyata, lintah
darat dan samseng-samseng itu.
Saka dunia ghaib,
Supiron. Dan Danish
masih tidak tahu
tentang Supiron.
~TAMAT~
BERSAMBUNG....
Hahaha... MZ gurau sahaja. Jangan risau... ada sambungan lagi. Berkerut muka kawan MZ Sarra Sophie bila MZ kata cerita ni tamat setakat ni waktu dia mula-mula baca dulu. Oh ya, jemput baca blog Sophie ye! ini link dia: http://sarrasophie.blogspot.com/
Well, Del ada masa sekarang so Del baca. Best!
ReplyDeleteThank you Nurul aka Syifa!!
DeleteBest best best! akak pun tak pandai buat story mcm zulaikha. hehe. fighting!!!
ReplyDeleteThanks akak!!! Heehehehe... Fighting tuk kak CIA juga!!
DeleteCIA tipu tu MZ... hahaha. Korang dua sama je... sama sama boleh tulis cerpen yang best. baca sekali mesti nak datang lagi kat blog korang dua. tahniah CIA dan MZ.
DeleteTulah.. tak baik tipu tau kak CIA!!! Dosa... baru habis puasa... heheehhe *kenapa kita berdua buli kak CIA ni?*
Delete