Search This Blog

Saturday 11 June 2016

Teratai Yang Kini Bahagian 3

Jack  membelakangkan  Diana  buat  seketika  untuk  membersihkan  pisaunya.  Botol  kecil  di  tangannya  membuatkan  dia  gembira.  Pisau  di  tangannya  diletakkan  di  meja.
“Di,  I  have  something  you  deserve  in  my  hand. You know what this is?” soal Jack, tersenyum.
Diana tidak perlu jawapan Jack. Dia tahu itu apa.
“Asid, my dear. Tak payahlah aku nak bagitau jenis apa. Kau bukan ambil chemist pun waktu SPM dulu,” Jack tersengih perli.
Dia membuka botol itu sambil membelakangkan Diana.
Tiba-tiba, kepalanya dihentak menyebabkan dia tersungkur di lantai. Botol asid yang tadi di tangannya tercampak jauh. Diana sudah berdiri.
“How?” Jack terperanjat. Dalam kekhusyukannya menikmati angan-angan bahawa nyawa Diana berada di dalam tangannya, dia tidak sedar ikatan di tangan dan kaki Diana sudah longgar.
Pisau yang kini berada di tangan Diana disasarkan ke dada kiri Jack. Jack pantas mengelak. Selang setiap saat, pisau itu akan melintasi wajah Jack namun Jack tangkas mengelak.
Ugh!
Kaki Jack menendang perut Diana. Membuatkan Diana tertunduk senak. Jack mengambil peluang ini untuk menolak Diana ke dinding. Pisau di tangannya juga sudah terlepas.
“Perempuan tak guna! Kau fikir kau boleh bunuh aku?!!” Jack menjerit gila. Tangannya mencekik Diana sekuat hati. Urat-urat timbul di lengannya. Diana lembik.
Namun, Diana tidak menyerah. Dia menendang lutut Jack menyebabkan Jack mengerang sakit. Diana terlepas dari cengkamannya lalu tangan Diana bergerak pantas. Rambut Jack digenggam lalu kepala Jack dihentak berkali-kali ke dinding. Diana tersenyum sehingga torehan di pipinya tadi semakin luas. Kepala Jack pecah. Darah menghiasi dinding putih rumah banglo itu. Setelah separuh muka Jack dilumuri darah, Diana berhenti dan melepaskan Jack. Jack terkulai di lantai.
Lemah. Dia langsung tidak mempunyai kudrat yang tinggal. Pandangannya kabur. Dia tertawa. Dapat merasakan ajalnya semakin hampir.
Diana mendapatkan botol asid yang tadinya ditayang bangga oleh Jack. Botol asid itu dibuka lalu isinya dicurahkan ke dalam mulut Jack.
Diana tertawa. Kesengsaraan yang dihadapi Jack membuatkan dia puas. Jeritan Jack apabila kerongkongnya melecur akibat asid itu umpama lullaby buat Diana. “ Kau, tak patut bermain api.”


Sejak kejadian itu, Diana dikawal ketat. Bukan sebagai pembunuh. Tetapi sebagai puteri kepada seorang bangsawan. Polis mendapati dia merupakan mangsa yang cuba mempertahankan diri. Hal itu membuatkan Diana tersenyum dalam sembunyi kerana merasakan dia boleh melepaskan diri dari apa sahaja.
Dia berkerusi roda. Hakikatnya, dia turut terjejas dari pergelutan dengan Jack. Kakinya lumpuh sebelah.
Suatu hari, seperti setiap pagi yang lain, dia menikmati udara pagi di beranda biliknya. Dua orang pengawal peribadi berkawal di luar biliknya.
Di tangan Diana, sepucuk pistol. Pistol itu diberikan bapanya untuk keselamatannya, jika perlu. Lesen senjata api? Tidak menjadi masalah dengan adanya wang.
Dia tertawa. Teringatkan Jack yang bodoh. Dan Danial yang bodoh. Sama sahaja kedua-duanya. Bodoh. “Brothers,” getus Diana.
Pintu biliknya terbuka. Diana berpaling untuk melihat siapa tetamu yang mengganggu paginya itu. Danial.
“Sayang, you’re back,” Diana tersenyum. Tersenyum melihat pistol lengkap dengan silencer di tangan Danial. Pistol yang digunakan untuk membunuh kedua-dua pengawal peribadi Diana yang berkawal di pintu.
“Kau perempuan sial. Aku pernah cintakan kau, tapi sekarang... aku akan bunuh kau!!”
Dan kedua-dua mereka mengangkat pistol. Mengacukan kepada satu sama lain.
BAMM!!!!

 Dan dia mati. Dan pembunuhnya tersenyum.


TAMAT

p.s: setelah sekian lama, habis gak.. maafkan saya atas segala kekurangan. harap anda terhibur.