Search This Blog

Saturday 14 March 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 9 (Akhir)

Buku  antologi  tahun  1977  dibuka.  Selak,  selak.  Jari  Raihana  yang  menyelak  terhenti  apabila  tiga  pasang  mata  tertancap  pada  satu  cerpen  yang  bertajuk,  ‘Shahirah  Norizan,  Sahabatku’ .  Mereka  mula  membaca  cerpen  itu.  ‘Dusta!’  bentak  hati  masing-masing.

Cerpen  itu  bermula  dengan  kata-kata;

‘  Cerpen  ini  bukanlah  satu  cerita  tetapi  satu  kisah  benar  tentang  sahabatku,   Shahirah  Noriza  yang  juga  ahli  Kelab  Penulisan.  Dan  kisah  ini  bukan  kisah  suka  tetapi  kisah  duka.. ‘
Selepas  itu,  cerpen  itu  diteruskan  dengan  kisah  yang  penuh  penipuan  di  mata  Qaleef,  Christine  dan  Raihana.
Kononnya,  pada  cuti  sekolah  penggal  satu,  mereka  telah  pergi  bercuti  bersama-sama  di  tempat  yang  Shahirah  cadangkan.  Tujuan  percutian  mereka  adalah  untuk  mencari  ilham  untuk  menulis  cerpen  buat  antologi  tahun  tersebut.  Bahagian  paling  gila,  mereka  tidak  memberitahu  ibu  mereka  tentang  percutian  itu  kerana  tempat  itu  jauh,  jadi  mereka  tahu  ibu bapa  mereka  tidak  akan  mengizinkan.  Kata  Shahirah  lagi,  impak  cerita  akan  bertambah  apabila  mereka  pulang  jika  mereka  tidak  memberitahu  ibu  bapa  mereka.  Jadi,  Hazira  dan  Azman  hanya  mengikut  kata-kata  Shahirah.

Sampai sahaja di tempat percutian kami, aku, Hazira dan Shahirah menginap di hotel murah, sesuai dengan jumlah wang yang kami bawa. 
Pada hari kedua, Shahirah mencadangkan kami ke tengah bandar. Katanya, ada barang yang hendak dibeli. Shahirah membawa kami ke sebuah kedai makan. Katanya, lebih baik makan dahulu supaya selepas membeli barang nanti, kami dapat terus mencari ilham. Aku dan Hazira hanya mengikut.
Sampai sahaja di situ, Shahirah terus mendekati seorang lelaki yang tersenyum ke arahnya. Aku dan Hazira sekali lagihanya mengikut.
Shahirah memperkenalkan lelaki itu sebagain pen palnya. Zamri namanya. Kami makan bersama lalu Zamri mengikut kami membeli barang.
Selepas hari itu, aku mula rasa perancangan kami untuk menetap selama seminggu di sana perlu dipanjangkan menjadi dua minggu. Mana tidaknya? Shahirah jarang bersama kami, dia sentiasa menghilang, berjumpa dengan Zamri.
Namun, pada hari ketujuh kami di situ, hari yang patut kami pulang, aku dan Hazira menyesal pergi ke sana. Kami tidak sepatutnya mengikut cadangan Shahirah.
Pagi itu, sebelum Subuh, Shahirah sudah mengemaskan beg pakaiannya. Dia keluar dari bilik yang dikongsinya bersama Hazira secara senyap-senyap. Aku dan Hazira mengekorinya yang sedang menggalas beg pakaiannya itu.
Shahirah menghampiri seorang lelaki yang sedang duduk di atas motor. Dalam kesamaran pagi, kami tidak dapat mengecam wajah lelaki itu. Namun, susuk tubuh itu tidak lain tidak bukan, milik Zamri.
‘Shahirah mahu lari bersama lelaki itu,’ kenyataan yang muncul di benak fikiranku. Kenyataan yang membuat aku tergamam. Yang membuatkan aku terkaku berdiri walau kakiku sudah longlai dan hilang tenaga.
“Shahirah!” Hazirah menjerit. Dia menghampiri Shahirah yang sudah membonceng motor Zamri. “Kau nak pergi mana?” tanya Hazirah. Mukanya menampakkan cemas dan gelisah.
“Aku akan tinggal dengan Zamri mulai sekarang. Aku dah tak tahan hidup dengan mak aku yang buta tu,” Shahirah sempat mencemuh ibunya.
“Tak! Kau turun sekarang!” Hazirah cuba menarik Shahirah untuk menghalangnya namun Shahirah menolak Hazirah kuat. Hazirah terduduk di atas jalan tar. Motor Zamri memecut meninggalkan kami, aku dan Hazirah hanya mampu terdiam.
Hari itu juga, kami berdua pulang ke kampung halaman kami. Berat lidah kami memberitahu apa yang terjadi kepada ibu bapa kami.
Bapaku mengherdik aku. Katanya, Mak Som, ibu Shahirah mencari anak daranya itu siang dan malam. Bapaku buntu bagaimana hendak memberitahu Mak Som apa yang terjadi.
Walauapapun perasaan kami, kami tiada pilihan selain berceritakan perkara sebenar kepada Mak Som. Luluh hatiku saat melangkah masuk ke dalam rumahnya. Rumah yang tidak semewah rumah aku dan Hazira, satu-satunya peninggalan arwah suami mak Som.
Mak Som menyambut aku, Hazira dan bapa kami berdua degan ceria kerana matanya tak dapat melihat wajah kami yang gundah. “Azman, Hazira, alhamdulillah kamu berdua dah balik. Shahirah. Shahirah mana?” soalannya membuatkan kami terdiam.
“Kak, kita duduk dulu. Ada benda saya nak beritahu akak,” kata ayah aku dengan hati yang berat. Dan ayah aku menceritakan segalanya.
Luluh hati aku melihat Mak Som meraung-raung memanggil-manggil nama Shahirah. Kami berempat hanya mampu mendiamkan diri melihat Mak Som begitu. Aku tahu, ini bukan salah Shahirah seorang. Aku dan Hazira juga memikul kesalahan ini. Dan aku akan menanggung rasa bersalah ini sampai aku tutup mata, sampai aku hembus nafas terakhir.
Tujuan aku tulis cerita ini bukanlah untuk mengaibkan Shahirah, sekadar menceritakan apa yang terjadi. Shahirah Norizan, sahabatku, aku doakan kebahagiaanmu walau di mana kau berada. Namun, lebih dari itu, aku sentiasa mendoakan kau akan kembali ke pangkuan Mak Som suatu hari nanti. Sekian...
Ditulis oleh: Kamarul Azman Kadir
Dibantu oleh: Hazira Sabri       


Usai  membaca  cerpen  itu,  buku  antologi  yang  merupakan  salinan  bercetak  dari  tulisan  tangan  itu  ditutup.  Christina  dan  Raihana  mengesat  air  mata  mereka.  “Kejam.  They  killed  here.  Lepastu  fitnah  dia,”  ujar  Christine.
“Apa  kita  nak  buat  sekarang?”  tanya  Qaleef  sambil  memandang  lama  ke  arah  dua  nama  itu,  Azman  dan  Hazira.
“Kita  tulis   cerpen  untuk  betulkan  cerita  ni.  Kita  letak  dalam  antologi  tahun  ini,”  Raihana  nekad.
“Kita  minta  modul  terbitan  dari  pihak  sekolah.  Kita  minta  kebenaran  guru  penasihat  dan  penolong  kanan  koku,”  Christine  menetapkan  rancangan.
“PK  Koku?”  Christine  meminta  kepastian.
“Yes.  Jom,”  Raihana  dan  Christine  bersuara  serentak  lalu  menggalas  beg  mereka.  Mereka  bertiga  berjalan  pantas  ke  blog  pentadbiran.
Sebaik  sahaja  sampai  di  pejabat  sekolah,  mereka  terus  mengetuk  pintu  di  bilik  penolong  kana  kokurikulum.
“Masuk,”  beliau  memberi  keizinan.
Mereka  bertiga  masuk  dan  menutup  pintu  bilik  itu.  Di  bahagian  luar  pintu  itu,  tergantung  jawatan  dan  nama  guru  lelaki  itu.

PENOLONG  KANAN  KOKURIKULUM
ENCIK  KAMARUL  AZMAN  BIN  KADIR



~TAMAT~


Amacam? Berakhir lah sudah cerpen pertama yang ambil masa 3 bulan... hahaha

Korang rasa siapa yang betul? Cerita Shahirah si hantu atau cerita Azman si manusia? hahahah...MZ? biarlah rahsia..

Saturday 7 March 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 8

Sebelum  meninggalkan  bilik  itu,  Qaleef  sempat  mengambil  buku  tulis  lama  itu.  ‘Sudah  berakhir.  Malam  sudah  berakhir.  Semuanya  sudah  berakhir.’


Dua  hari  selepas  itu,  Qaleef,  Raihana  dan  Christine  kembali  ke  sekolah  seolah-olah  tiada  apa-apa  yang  berlaku.  Selepas  sekolah,  mereka  ke  bilik  penulisan  seperti  yang  telah  dirancang  menerusi  aplikasi  Whatasapp  semalam.
Pintu  bilik  penulisan  dibiar  terbuka.  Mereka  serik.  Cukuplah  hanya  satu  malam  mereka   terkunci  dan  terperangkap  di  situ.
“Cari  buku  antologi  Bahasa  Melayu  tahun  1977  atau  1978,”  arah  Qaleef   sebaik  sahaja  mereka  meletakkan  barang  mereka.
“Kenapa  pula?”  Raihana  yang  sedikit  blurr  bertanya.
“Shahirah  tulis  buku  tu  dalam  Bahasa  Melayu,  jadi  kemungkinan  besar  mereka  bertiga  di  bahagian  penulisan  Bahasa  Melayu,”   jelas  Christine.
“Kenapa  pula  tahun  1977  atau  ’78?”  tanya  Raihana  lagi.
“Dekat  buku  tu  ada  tulis  Lima Kekwa,  in  brackets  1977.  Jadi  antologi  tu  akan  keluar  sama  ada  tahun  yang  sama  atau  tahun  seterusnya,”  jelas  Qaleef  pula.
“Guys,  found  it!”  sorak  Christine.  Bagus,  perancangan  mereka  sudah  sampai  ke  peringkat  kedua.

Malam  semalam,  perbincangan   mereka  di  Whatsapp...
Qaleef     :  Guys,  asleep?
Christine :  Not  yet.
Raihana  :  Aku  tengah  tengok  Running  Man
Christine :  Haahaha
Qaleef     :  Aku  ada  benda  nak  cakap.
Christine :  ???
Qaleef     :  Fasal   apa  yang  jadi  malam  tu.
Raihana  :  Shahirah?
Qaleef     :  Yup
Christine :  What  about  her?
Qaleef     :  Aku  nak  siasat  pasal  dia.
Raihana  :  Kau  gila  ke?!  Kau  nak  tidur  sana  lagi?!!!
Qaleef     :  Tak  adalah  sampai  macam  tu.
Christine :  Then?
Qaleef     :  Entah.
Raihana  :  -_-
Christine : -_-
Qaleef    :  Aku  cuma  nak  pastikan  sama  ada  cerita  tu  betul  atau...
Christine :  Atau?
Qaleef     :  Atau  benda  halus  yang  menyamar.
Raihana   :  Aku  malas  nak  ambil  tahulah...
Christine :  Same  here.. if  possible,  I  want  to  erase  what  happened  from  my  mind.
Qaleef    :  Oh  wait,  I’ve  an  idea.  Kita  cuba  cari  pasal  dia  dalam  majalah  sekolah.
Raihana  :  Kenapa  pula?
Qaleef    :  Sebab  tak  mungkin  pelajar  hilang  tak  jadi  bualan  ramai.
Christine :  Kalau  dia  ahli  kelab  penulisan  mesti  dalam  buku  antologi  pun  ada,  kan?
Raihana   :  Haih...  kena  buat  ke?
Qaleef     :  Jomlah... so..  are  you  guys  with  me?
Christine  :  Ya,  ya..  whaetever
Raihana   :  Terpaksalah  kan?
Qaleef     :  Yes!!!!!
Raihana  :  Tapi  zaman  dia  dah  ada  ke  majalah  sekolah?
Christine :  Pergi  bilik  penulisan  dululah.  Too  lazy  to  go  to  the  library  just  to  look  through  old  magazines.
Qaleef   :  Haahahahaaa.... okay.  Lepas  sekolah  terus  pergi  bilik  penulisan  okay?  Thanks  guys!

Dan,  petang  ini....  mereka  memulakan  misi  mereka.
Buku  antologi  bahasa  Melayu  yang  baru  dijumpai  tadi  diletakkan  di  atas  meja  dan  mereka  mengelilingi  dua  buku  itu,  buku  antologi  tahun  1977  dan  tahun  1978.
Buku  antologi  tahun  1977  dibuka.  Selak,  selak.  Jari  Raihana  yang  menyelak  terhenti  apabila  tiga  pasang  mata  tertancap  pada  satu  cerpen  yang  bertajuk,  ‘Shahirah  Norizan,  Sahabatku’ .  Mereka  mula  membaca  cerpen  itu.  ‘Dusta!’  bentak  hati  masing-masing.


BERSAMBUNG...

Apa  yang  dustanya?  hahaha....  korang  tunggu  ye... huhu... MZ  punya  azam  nak  post  10  cerpen  tahun  ni  tapi  dah  bulan  3  pun  1  cerpen  pun  belum  habis  post.  mengong.