Ya, seperti di title, ini bukanlah cerpen tetapi boleh juga kalau ada yang hendak menganggap ini cerpen sebab ini memang suatu cerita, bezanya dari post yang sebelum ini ialah yang lain itu ialah yang lain itu sekadar imaginasi MZ tetapi ini ialah cerita sebenar. Selari dengan cerita MZ yang MZ sedang post sekarang *ERTI SEBUAH PERSAHABATAN*, 2 orang kawan telah buat MZ begitu cemburu dengan persahabatan mereka. Siapa? Ayah MZ dan kawannya. Bacalah kalau sudi.
Ceritanya begini, MZ telah pergi ke perkahwinan sepupu MZ di Pahang. Majlis itu berjalan dengan lancar dan sudah pasti, sangat menyeronokkan.
Namun, malang tak berbau. Dalam perjalanan pulang, kereta ayah rosak dan kami terpaksa berhenti di bahu jalan. Ayah telefon mekaniknya dan bertanya itu dan ini. Mekanik ayah kata, lebih baik panggil tow truck disebabkan ayah beritahu dia yang enjin kereta sudah berasap. Ayah pening kepala sebab tak tahu di mana nak cari tow truck di kawasan tu. Akhirnya, ayah menelefon seorang kawan.
Kawan ayah beritahu anak saudaranya yang bekerja sebagai pembawa tow truck di Jengka, Pahang boleh membantu. Tak lama selepas itu, kawan kepada anak saudaranya telefon. Dia boleh bawa hingga ke bengkel kereta yang ayah selalu pergi dengan harga RM 650. Ayah beritahu pembawa tow truck itu yang ayah akan telefon balik untuk confirm. Ayah bincang dengan kami. Ayah tak bawa duit sebanyak tu jadi ayah kena fikir 2 kali. Bukannya boleh bayar dengan credit card. Ibu dan MZ adik-beradik menawarkan diri untuk beri duit. Akhirnya, kami semua termasuk ayah berkongsi duit untuk bayar tow truck tu. Waktu tu, MZ dapat rasa nilai kekeluargaan dalam keluarga kami. Ah, tiba-tiba MZ yang berhati batu bak kata kawan-kawan MZ termasuk cik Sarra Sophie kita, menjadi sentimental waktu tu. Alhamdulillah... satu masalah sudah selesai.
Selepas itu, baru MZ tahu bahawa kawan ayah yang ayah telefon tadi akan tolong bawa ibu dan MZ adik-beradik pulang ke rumah sementara ayah akan ikut naik tow truck untuk menunjuk jalan ke arah bengkel. MZ terkejut dan cemburu. Ada orang yang sanggup memandu selama 2 jam untuk menolong seorang kawan yang dalam kesusahan? Alhamdulillah... satu lagi bantuan telah diterima.
Sewaktu menunggu di bahu jalan itu, kebetulan seorang kawan ayah, bukan yang ditelefon ayah tadi, lalu di situ. Dia sedang hendak menuju ke suatu tempat, urgent. Tapi bila ayah cerita keretanya rosak, dia menasihatkan ayah untuk pandu hingga ke R&R Temerloh. Sekurang-kurangnya di situ terang dan ramai orang, waktu itu pun hampir senja. Ayah teragak-agak tapi kawan ayah convince ayah supaya pandu perlahan-lahan ke R&R yang tidak berapa jauh itu dan dia akan follow dari belakang. Bayangkanlah, kereta ayah yang rosak bukannya boleh dipecut selaju kereta lumba Michael Schumacher dan harus dibawa perlahan. Namun, kawan ayah tu tetap hendak menolong walaupun dia ada hal mustahak. Alhamdulillah... Allah kirimkan lagi satu bantuan buat kami.
Akhirnya, kami sampai ke R&R Temerloh. Kawan ayah tu berbual sebentar dengan ayah sebelum menyambung perjalanan ke tempat yang dituju. Kami sekeluarga tunaikan solat Maghrib. Selepas itu, seperti yang dirancang, ibu dan MZ adik-beradik tumpang kawan ayah yang ayah telefon tadi yang telah tiba di R&R itu manakala ayah naik tow truck.
Ayah berjaya membawa pulang keluarganya dan keretanya dengan selamat disebabkan persahabatan yang sangat MZ cemburui. Nampak tak? Cemburu tak? Seumur hidup MZ, MZ tak tahu kalau MZ sanggup korbankan satu benda sekalipun untuk sesiapa. Cemburu betul MZ dengan ayah yang ada kawan-kawan yang baik hati macam tu.
Harap-harap cerita sebenar dari hidup MZ ni lebih mengajar tentang persahabatan daripada cerpen Erti Sebuah Persahabatan yang entah apa-apa tu. Seorang sahabat yang baik merupakan sahabat yang sanggup berkorban untuk sahabatnya. Oh, cerpen Erti Sebuah Persahabatan belum sampai ke penghujungnya , ya? Heeheeh... sabar, ya?
"Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Alhamdulillah.. MZ kini berada di rumah. HOME SWEET HOME!!
Saya pun cemburu dengan ayah MZ. Dah 20 tahun saya hidup kat muka bumi Allah ni tapi saya tak jumpa.lagi walaupun seorang sahabat.
ReplyDeleteMungkin MNH dah jumpa sahabat MNH tu cuma MNH tak sedar?
Delete*MZ pun selalu tanya soalan macam ni kepada diri sendiri.. hurm..*