Search This Blog

Saturday 28 February 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 7

“Argh!!”  Qaleef,  Christine  dan  Raihana  menjerit  setelah  mereka  sedar.  Air  mata  mengalir  tanpa  dipaksa.
Di  hadapan  mereka,  Shahirah  tegak  berdiri.  Bajunya  yang  putih  nila  tadi  berlumuran  darah.  Wajahnya  yang  manis  tadi  kini  sudah  terobek.
Lama,  sungguh  lama  untuk  mereka  bertiga  mencari  kewarasan  akal  kembali,  cuba  menenangkan  diri  sendiri.  Sehinggalah,  “Habis  tu,  apa  yang  kau  nak  dari  kami?  Kami  tak  bersalah.  Kami  tak  buat  apa-apa!”  jerit  Raihana.
“Kami  tak  ada  kena-mengena  dengan  kau!  Kami  tak  boleh  buat  apa-apa  untuk  kau!”  Christine  pula  berteriak.
“Tak  boleh  buat  apa-apa?  Itu  yang  mereka  kata  dahulu!”  Shahirah  bersuara  garau.  “Kau  tahu,  aku  masih  hidup  waktu  empat  orang  tak  guna  tu  datang  untuk  selamatkan  anak  dua  orang  kaya  tu.  Mereka  boleh  selamatkan  aku  tetapi  kau  tahu  apa  buat?!”  suara  Shahirah  memetir  lagi.  “Mereka  tanam  aku  hidup-hidup!  Semuanya  hanya  sebab  nak  jaga  nama  mereka,  takut  semua  orang  tahu  apa  yang  anak  mereka  buat!”
Qaleef,  Christine  dan  Raihana  senyap.  Air  mata  semakin  deras.   Bukan  kerana  takut  lagi,  tetapi  kerana  simpati  akan  nasib  Shahirah.  Nasib  Shahirah  yang  tak  dapat  diubah  lagi.
“Dari  pemerhatian  aku,  orang  yang  akan  terima  nasib  yang  sama  dengan  aku  ialah  kau!”  jari  Shahirah  menunding  ke  arah  Christine,  “Dua  sepupu  ini  akan  mengkhianati  kau!”  sambungnya  lagi  lalu  menghampiri  Christine.  Makin  dekat.  Makin  dekat.  Dan  dia  hilang.
Masing-masing  tersandar  lemah.  Lalu  mereka  bertiga  terlena.  Terlalu  letih  akibat  segala  gangguan.

“Hey,  bangun.  Apa  yang  kamu bertiga  buat  di  sini?”  Masing-masing  membuka  mata.   Di  hadapan  mereka,  seorang  guru  dan  pengawal  keselamatan  sedang  bercangkung.
“Dah  pagi  ke?”  tanya  Qaleef.  Masih  mamai.
“Ya.  Kamu  bertiga  tidak  pulang  ke  rumah  ke  semalam?”  tanya  guru  itu.  Masing-masing  menggeleng  perlahan.  Guru  itu  mengeluh.  Patutlah  semalam  kecoh  antara  guru-guru  sekolah  itu  bahawa  ada  tiga  pelajar  masih  tak  pulang  dari  sekolah  walaupun  sudah  lewat  malam.  Ada  juga  beberapa  orang  guru  yang  pergi  semula  ke  sekolah  untuk  mencari.  Tetapi,  tiada  seorang  pun  yang  terfikir  hendak  pergi   ke  bangunan  kokurikulum.
Mereka  bertiga  pulang  ke  rumah.  Masing-masing  tidak  ke  sekolah.  Pihak  sekolah  memohon  maaf  kepada  ibu  bapa  mereka  bertiga.  Masing-masing  merehatkan  diri  hari  itu.  Letih.

Sebelum  meninggalkan  bilik  itu,  Qaleef  sempat  mengambil  buku  tulis  lama  itu.  ‘Sudah  berakhir.  Malam  sudah  berakhir.  Semuanya  sudah  berakhir.’


BERSAMBUNG...

Hahahahaa... maaf atas post yang tak ada point. Lepas ni ada lebih kurang 3 post lagi. post selepas ni pun tak berapa nak ada point sangat tapi kalau tak baca bahagian tu nanti tak paham cerita pula.. jadi harap mereka yang setia membaca cerita ni terus membaca ya?

Thursday 19 February 2015

PELAJAR MASA LALU BAHAGIAN 6

“Aargh!”  Ketiga-tiga  mereka  menjerit.  Badan  mereka  sakit,  terasa  seperti  ada  benda  yang  tajam  memasuki  badan  mereka  secara  paksa,  sakit!  Minda  mereka  separti  dikawal!  Apabila  mereka  membuka  semula,  mereka  melihat  dari  mata  Shahirah!
                            
Hari  ini  sudah  masuk  hari  kesembilan.  Sudah  hampir  60  jam  mereka  tidak  minum  air.  Shahirah  sudah  terbaring  di  lantai.  Buku  tulis  yang  menceritakan  neraka  tujuh  hari  itu  sudah  berada  di  lantai.  Semalam  dia  tidak  menulis  dan  hari  ini  juga  dia  tidak  akan  menulis.  Dia  betul-betul  kehabisan  tenaga.
Dilihatnya,  Hazira  dan  Azman  berbisik-bisik.  Mungkin  mereka  sudah  kehabisan  tenaga,  sangkanya.  Mata  mereka berdua  tertancap  kepadanya  dan  matanya  juga  tertancap  kepada  mereka.  Dia  terbaring  di  lantai  dan  mereka  berdua  tersandar  di  dinding.  Lemah,  satu-satunya  perkataan  yang  dapat  menggambarkan  mereka.
Hazira  dan  Azman  bangun  lalu  berjalan  longlai  ke  arahnya.  Tiba-tiba,  Azman  mengeluarkan  pisau.  Shahirah  sedar  ada  yang  tidak  kena.  Dia  bangun  cuba  melarikan  diri  dalam  bilik  yang  sempit  itu  namun  tangan  Azman  pantas  mencengkam  lengannya.  Zass!  Pisau  yang  sudah  patah  itu  menggores  muka  Shahirah.
Shahirah  menjerit  kesakitan.  Dia  jatuh  ke  lantai.  Azman  menghampiri.  Zass!  Darah  menyembur  dari  leher  Shahirah.  Namun,  Shahirah  masih  bernafas,  hidup  sambil  merasai  sakitnya  mati.
Hazira  menghampiri  muka  Shahirah.  Pisau  diambil  dari  tangan  Azman.  Sikit  demi  sedikit.  Perlahan-lahan.  Dalam  hingga  ke  tulang.  Pisau  itu  digunakan  untuk  menoreh  muka  Shahirah,  sehingga  daging  kelihatan,  dara  mengalir  seperti  air!
Akibat  kesan  kelar  di  leher  Shahirah  tidak  dalam,  dia  masih  bernafas.  Dia  dapat  melihat  mata  dua  ‘sahabat’nya.  Mata  mereka  dipenuhi  kegilaan  dan  syaitan!
Mereka  mendekatkan  muka  mereka  ke  pipi  Shahirah  yang  baru  ‘disiang’  tadi.  Shahirah  menahan  sakit,  bercampur  marah  dan  perasaan  terkhianat.  Chup.  Chap.  Chup.  Chap.  Mulut  mereka  mengunyah.  Liat  tetapi  menyelerakan.
Kelaparan.  Ya,  kelaparan  membuat  mereka  gila.  Waras  hilang.  Simpati  tenggelam.  Apa  yang  mereka  tahu  hanya  lapar.  Lapar  dan  lapar.

Tiba-tiba,  bunyi  tapak  kaki  berlari  kedengaran.  Perkara  biasa  bagi  mereka  sejak  sembilan  hari  lalu.  Namun,  bezanya  malam  ini  ialah  bunyi  tapak  kaki  itu  berhenti  di  hadapan  bilik  penulisan.  Hazira  dan  Azman  berhenti  menikmati  ‘hidangan’.
Ching.  Keching.  Bunyi  gugus  kunci  berlaga.  Pintu  bilik  penulisan  terbuka.  Ternganga.  Seorang  pengawal  keselamatan,  salah  seorang  guru  berjawatan  tinggi  di  sekolah  itu  serta  Kadir  dan  Sabri  yang  merupakan  usahawan  yang  semakin  maju  pada  zaman  itu  ternganga.  Apa  yang  berada  di  hadapan  mata  dua  orang  ahli  korporat  itu  pada  waktu  itu  boleh  membuatkan  mereka  berdua  terkena  serangan  jantung.
Kadir  ternganga  melihat  anaknya,  Azman.  Sabri  ternganga  melihat  anaknya,  Hazira.   Mulut  mereka  comot  dengan  sesuatu  yang  berwarna  merah.  Di  lantai,  terbaring  seorang  gadis  berlumuran  darah.



“Argh!!”  Qaleef,  Christine  dan  Raihana  menjerit  setelah  mereka  sedar.  Air  mata  mengalir  tanpa  dipaksa.

BERSAMBUNG....

YEAY!!! MZ tepati janji!!! MZ dah post 2 bahagian minggu ni! haahahah... tapi views Pelajar Masa Lalu kurang berbanding cerpen sebelum ni... HUWAAA!! *padan muka kau MZ... tulah... bagi janji palsu lagi!!* rasanya ada 3 atau 4 lagi bahagian sebelum MZ tamatkan PML... harap ramai yang sudi membaca :D

Monday 16 February 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 5


Gadis  itu  memakai  baju  sekolah,  seperti  Christine  dan  Raihana.  Dia  membelakangi  mereka  bertiga.  Hanya  tubuhnya  yang  tinggi  lampai  dan  rambutnya  yang  panjang  paras  lengan  sahaja  ditunjukkan  kepada  mereka.  Kemunculannya  membuatkan  Raihana  dan  Christine  berpelukkan.
“Siapa  kau?”  Qaleef  memberanikan  diri  menegur.  Sebenarnya,  satu  tindakan  bodoh.
“Aku...”  gadis  itu  memusingkan  badannya.  Mukanya  hodoh!  Terkoyak!  Bukan  dari  kesan  terbakar  tetapi  kesan  dikoyak  dan  ditoreh.  Pipinya  hampir  tiada  daging,  tulang  pipi  hampir  kelihatan.  Darah  pekat  mengalir  tak  usah  dicerita!  Apa  yang  dilihat  mereka  melemahkan  lutut  mereka  yang  sememamngnya  sudah  lemah.  Gadis  itu  menyambung  bicaranya;  “Aku..  penulis  buku  itu.”
Qaleef  terus  mencampakkan  buku  tulis  di  tangan  ke  lantai.  Melihat  perbuatan  Qaleef  itu,  gadis -  tidak,  makhluk.  Makhluk  itu  kelihatan  marah.  Matanya  seperti  berapi!  Namun,  wajahnya  bertukar  menjadi  wajah  seorang  gadis  manis.
“Pergi,  jangan  kacau  kami.  Kami  tak  kacau  kau!”  Qaleef  menghalau.  Dia  tahu,  ‘yang  ini’  lain  daripada  ‘yang  tadi’ .  ‘Yang  tadi’  tidak  menegur  mereka  seperti  ‘yang  ini’ . 
Makhluk  itu  tersenyum.  “Nama  aku  Shahirah,  kau  nak  tahu,  bukan?  Pengakhiran  cerita  itu?  Mari  aku  ceritakan,”  Makhluk  itu  duduk  di  kerusi,  betul-betul  di  hadapan  Qaleef  yang  duduk  di  lantai.
“Aku  tak  nak  dengar,  pergi!”  Qaleef  separuh  menjerit.  Kedudukannya  kini  sudah  beralih,  dia  duduk  di  hadapan  Christine  dan  Raihana,  seolah-olah  melindungi  mereka.  Namun,  makhluk  itu  terus  tersenyum.
“Aargh!”  Ketiga-tiga  mereka  menjerit.  Badan  mereka  sakit,  terasa  seperti  ada  benda  yang  tajam  memasuki  badan  mereka  secara  paksa,  sakit!  Minda  mereka  separti  dikawal!  Apabila  mereka  membuka  semula,  mereka  melihat  dari  mata  Shahirah!

BERSAMBUNG...

Assalamualaikum!! Ini bahagian ke5... setelah sekian lama... ampun beribu ampun!!! terima kasih kerana sudi membaca!! Oh ya, bahagian seterusnya agak disturbing.. untuk MZ lah... tidak disyorkan bagi yang berumur 15 tahun ke bawah.