Bengkel Afif sekarang semakin ramai
pelanggan. Bisnesnya maju
sehingga dia boleh
mengupah dua orang
pemuda lepasan kolej
vokasional untuk membantunya.
Entah siapalah yang
dengki kepadanya dahulu.
Suatu hari,
dalam kesibukannya membetulkan
beberapa buah kereta
di bengkel, telefonnya
berdering. Bagai nak
luluh jantungnya apabila
melihat nama ‘Karon’
tertera di skrin-
lintah darat yang
meminjamkan duit kepadanya.
“Hello?” Afif
menjawab panggilan. “Hello,
sahabatku Afif!” kata-kata
Karon diikuti derai
ketawa. Afif berdiam
diri. “Lah brother,
marah ke? Apasal
senyap?” Karon tertawa
sinis. “Apa kau
nak?” tanya Afif
serius.
“Relaks lah
brother. Oh, lupa.
Aku bukan brother
kau, brother kau
kan photostate muka
kau? Apa nama
dia? Danish? Oh
ya, Danish, anak
angkat Tan Sri Darius,” kata
Karon lalu ketawa
lagi. “Apa kau
nak?!”
“Aku ada
abang kau,” bagai
nak pitam Afif
mendengar kata-kata Karon.
Namun, dia masih
cuba berlagak tenang.
“Kau tipu,” suara
Afif yang jumpa
menyembunyikan gentar dapat
didengari Karon. Karon
ketawa lagi.
“Eh, adik
kesayangan kau tak
percaya cakap aku.
Kau cakap sekarang!
Cakap!” talian sunyi
sebentar selepas jeritan
Karon. Jantung Afif
berdegup kencang. Badannya
yang sememangnya berpeluh
semakin lenjun.
Talian yang
sunyi tadi diterjah
bunyi seseorang tersedak
seperti ditumbuk. “Ja...ngan...
da...tang...” suara Danish
yang lemah menusuk
telinga Afif.
“Dah dengar?
Datang ke tempat
aku atau ini
kali terakhir kau
dengar suara abang
kau. Oh ya,
bawa sedikit duit
dari peti besi
abang kau tu.
Kau tahu kod
nak buka peti
besi tu kan?
Aku tak minta
banyak, 8 juta
sahaja. Ingat, datang
seorang diri,” sebaik
Karon mematikan talian,
Afif memecut motornya
ke rumah persendirian
Danish.
Di rumah
Danish, tiada seorang
pun pembantu rumah
atau pekebun yang
ada. Afif sememangnya
mempunyai kunci pendua,
dan Danish pernah
memberitahu Afif kod
peti besi itu.
Dia memandu kereta
MyVi lama Danish
dan meniggalkan motor
kapcainya di laman
rumah Danish.
Sewaktu memandu,
beberapa perkara menerjah
fikirannya. ‘Aku tak
akan biarkan Danish
mati,’ dan ‘Kalau
apa-apa jadi kepada
Danish, aku akan
bunuh Karon!’ dan
‘Ya Allah, selamatkanlah
Danish...’ dan ada
juga, ‘Kalau aku
jumpa Danish, aku
tak akan biarkan
Karon bunuh dia!
Biar aku yang
bunuh dia dulu!
Menyusahkan betul!’ otaknya
ligat berfikir bagaimana
Danish boleh jatuh
ke tangan Karon.
BERSAMBUNG...
afif nak bunuh danish?
ReplyDeleteTaklah kak CIA... dia cakap macam tu sebab dia bengang Danish boleh dengan mudahnya kena tangkap dengan Karon. So, for a second dia macam marah lah kat Danish. Kira macam cinta kata benci lah ni.. dia risau sebenarn. Sorry kalau buat akak confuse... hehehhe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete