Afif tiba
di tempat Karon
apabila matahari mula
terbenam. Rumah terbiar
inilah yang dahulunya
membawa permulaan kepada
saka dunia nyatanya.
Apabila dia
masuk ke salah
satu bilik di
situ, tangan Danish
terikat, mukanya pucat. Dia
hanya memakai singlet
hitam dan seluar
jeans pendek paras
lutut.
“Danish,” Afif
memanggil dalam berbisik
sambil cuba merungkaikan
ikatan di pergelangan
tangan Danish. “Kenapa
datang?” Danish bertanya
lemah dan Afif
hanya mendiamkan diri.
Ikutkan hati, hendak
sahaja Afif menyumpah
Danish. Sewaktu dia
bertanya begitu sehingga
merayu-rayu menyuruh Danish
pulang dahulu, Danish
buat bodoh sahaja.
Rasa macam hendak
luku kepala Danish
pun ada.
“Hero dah
datang!” selari dengan
suara sinis Karon,
belakang kepala Afif
dipukul kuat sehingga
menyebabkan dia pengsan.
“Oi, bangun!
Kau nak tidur
sampai mati ke?”
suara salah seorang
anak buah Karon
mengejutkan dua-beradik itu.
Entah sudah berapa
lama mereka tidak
sedarkan diri. Perkara
pertama yang dilihat
Afif apabila dia
sedar ialah muka
Karon. Bukan sesuatu
yang ingin dilihatnya.
“Mana duit
aku?” pertanyaan Karon
tidak diendahkannya. Badannya
yang membelakangkan Danish
dan tangannya yang
diikat bersama Danish
digoyang-goyangkan untuk memastikan
Danish sudah sedar.
“Kau pekak
ke? Mana duit
yang aku minta
tu?” waktu itu,
Danish menggerakkan tangannya,
barulah Afif berasa
lega. Karon pula
semakin berang apabila
dia tidak dilayan.
Tangannya melayang menghinggap
muka Afif.
“Aku tanya!
Mana duit aku!”
lagi sekali muka
Afif ditampar. Afif merenung
tajam muka Karon.
“Berani betul hero
kita ni,” kekaguman
kepada Afif mucul
kerana Afif masih
berani melawannya walaupun
nyawa Afif berada
di tangannya sekarang.
Namun, kekaguman itu
tidak membuang rasaa
tamak dalam dirinya.
Kakinya menendang perut
Afif.
“Periksa kereta
yang dia bawa,”
Karon mengarahkan anak-anak
buahya. Danish masih
lagi lemah kesan
dipukul tetapi tidak
selemah tadi.
“Apa.. kau
akan buat pada
kami?” Danish menyoal
dalam nada perlahan.
Karon tersenyum sinis.
“Kau agak aku
nak buat apa?
Lepaskan kau?” kata
Karon lalu ketawa
sekuat hatinya.
“Tapi, rugi
kalau aku bunuh
kau berdua,” Karon
seolah-olah memberi jaminan
hidup kepada mereka
berdua. “Muka sekacak
kau berdua, boleh
beri aku duit
kalau aku jual
kau orang,” Karon
menghampiri muka Afif
lalu memegangnya. Afif
berasa sungguh terhina
dan jijik.
Afif tidak
dapat mengawal marahnya
lagi. Kakinya yang
panjang menendang rusuk
kiri Karon dan
apabila Karon sudah
melepaskan mukanya, Afif
meludah tepat ke
muka Karon. Walaupun
berasa puas dengan
tindakannya, Afif menerima
padah apabila dia
ditumbuk dan disepak
semula oleh Karon.
Karon yang bengang
meninggalkan bilik itu
bersama konco-konconya. Tinggallah
dua beradik itu bersendirian.
“Jangan berlagak
boleh? Keadaan tak
berpihak kepada kita
sekarang, Afif,” Danishh
bernada serius. Lemah
yang dibuat-buatnya tadi
juga sudah hilang.
Afif mendiamkan diri.
“Kau betul-betul
bawa 8 juta
ringgit tu ke?”
soal Danish. “Hmm..”
Afif mengiyakan dengan
rasa bersalah. “Kenapalah
kau bawa betul-betul?
Yang lagi penting,
kenapa kau datang?” Danish
memulakan pergaduhan.
“Kalau kau
tak bayar hutang
aku dulu, aku
tak akan perlu
datang kau tahu?”
Afif tidak mengalah.
“Tapi yang kau
bodoh sangat kenapa?”
Danish terus mengutuk.
“Kau lagi teruk!
Waktu tu aku
dah pesan jangan
cakap walau sepatah
pun! Tapi tak..
kau degil! Tengok apa
dah jadi sekarang!”
Dan pasangan kembar
itu terus bergaduh.
Sehinggalah sesuatu
menerjah telinga mereka.
Suara garau yang
sedang mengilai. Masing-masing
terkejut, terutama sekali
Danish. “A... Afif.
Apa tu?” Danish
tergagap-gagap. Pertama kali
dia mendengar suara
sebegitu.
“Pergi!” Afif
berkata tegas. Suara
itu ketawa lagi.
“Pergi! Aku tak
akan terima kau!”
Afif terus bersuara.
“Afif, kau cakap
dengan siapa?” Danish
panik. “Afif, terimalah
aku. Aku akan
lepaskan kau daripada
mereka,” tawar Supiron.
“Pergi setan! Aku
tak akan terima
kau!” jeritan Afif
disambut ngilaian Supiron.
“Jadi, kau
sanggup mati daripada
terima aku?” Supiron
menduga pendirian Afif.
“Ya! Lebih baik
mati daripada berdamping
dengan kau!” Afif
menjerit sehingga ke
hujung tekak menekankan
pendiriannya kepada saka
itu. Danish pula
masih bingung. Matanya
mencari-cari empunya suara
yang bergaduh dengan
Afif.
“Oh, tak
apa. Masih ada
orang lain yang
boleh berdamping bersama
aku, bukan?” Kini,
Supiron menjelma dalam
bentuk manusia berwajah
Danish dan Afif.
Makhluk itu menghampiri
Danish dan mukanya
betul-betul di hadapan
Danish. “Berdampinglah dengan
aku, Danish. Maka
kau akan aku
selamatkan,” wajah tampan
tadi sudah bertukar
menjadi wajah hodoh
milik Supiron. “Danish,
jangan! Jangan terima
dia!” Afif masih
lagi menjerit.
Danish tidak
faham apa yang
sedang berlaku tetapi
mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat
al-Kursi. Supiron menjerit
nyaring mendengar ayat-ayat
suci itu. Dia
menderam dalam kesakitan.
Akhirnya, dia lenyap.
Danish dan Afif
pula senyap selepas
itu. Cuba menenangkan
fikiran masing-masing yang
berserabut.
“Apa benda
tadi tu?” Danish
akhirnya membuka mulut.
“Supiron.” Balas Afif.
“Hantu?” “Saka, keturunan
ayah. Aku tak
terima dia. Sebab
itu dia cuba
goda kau pula,”
terang Afif ringkas.
“Sebab benda itu
ke kau histeria
sewaktu mula-mula jumpa
aku?” “Senyaplah.” Tingkah
Afif, malu apabila
teringat perlakuannya semasa
mrreka pertama kali berjumpa.
“Afif, kau
tau kenapa arwah
mak bagi aku
kepada orang lain?”
tanya Danish tiba-tiba.
“Sebab kau sakit,”
balas Afif ringkas,
tidak selesa dengan
topik perbualan mereka.
“Mak buang aku
sebab aku sakit?”
Danish menyoal lagi.
Afif mengeluh.
“Jantung kau
berlubang sejak lahir.
Bila ada orang
kaya nak jadikan
kau anak angkat,
mak tahu itu
peluang kau untuk
buat pembedahan dan
hidup. Orang kaya yang
jadikan kau anak
angkat – mama dan papa
kau beri kebenaran
untuk mak jumpa
dengan kau tetapi
mak tolak sebab
nak jauhkan kau
daripada Supiron. Dia
takut Supiron berjaya
pujuk kau untuk
berdampingan dengan dia,”
cerita Afif.
“Kenapa mak
tak jauhkan kau
daripada Supiron?” Danish
terus bertanya. “Aku
rasa, mungkin sebab
mak rasa kau
lemah. Dia takut
kau mudah terpengaruh
dengan tawaran-tawaran Supiron
dan dia tak
rasa aku macam
tu. Lagi pun,
kalau mak beri
anaknya yang sebaik
aku kepada orang
lain, siapa nak
jaga dia?” Afif
memuji diri membuatkan
Danish tersenyum kecil.
“Keadaan macam
ni pun kau
sempat buat lawak
lagi, kan? Kita
ni bak telur
di hujung tanduk,
tau?” Danish membebel.
“Eh, mana ada
buat lawak. Betul
ni. Aku anak
soleh. Kau apa
tau?” Danish terus
membuat kenyataan masuk
bakul, angkat sendiri.
“Tapi kan, bukan
ke saka cuma
cari anak perempuan?
Kenapa ‘benda’ itu
datang cari kita
dan ayah?” Danish
hairan. Selalunya, dalam cerita-cerita
Melayu yang ditontonnya,
saka akan pergi
kepada waris perempuan
tetapi dalam kesnya,
saka itu mencari
pewaris lelaki pula.
“Kau ni,
nama sahaja budak
bandar, tapi kau
taklah pandai mana.
Ayah anak tunggal,
mana ada adik-beradik.
Kita pula, masa
bila pula mak
sempat nak mengandungkan
adik perempuan kita?
Ayah meninggal sebulan
selepas kita lahir.”
Afif mengutuk Danish
tetapi Danish cuma
berkata “Oh.”
“Kau tahu,
sebelum mak meninggal,
aku janji dengan
mak yang aku
tak akan terima
Supiron dan tak
akan hampiri kau
supaya Supiron tak dapat
cari kau. Sekarang,
aku dah dapat
dosa mungkir janji
sebab kau,” kata
Afif. Danish cuma
mampu tertawa.
Danish tiba-tiba
tersedar sesuatu. “Afif,
kau rasa orang-orang
Karon ada di
luar?” bisik Danish.
“Entah,” Afif pula
masih berbicara seperti
biasa. “Aku tak rasa
mereka ada di
luar. Sebab masa
kau terjerit-jerit tasi
tak ada siapa
pun kisah,” “Habis
kau nak buat
apa?” Afif juga
mula berbisik. Malangnya,
pertanyaan Afif tidak
terjawab dek Danish.
Masing-masing terdiam seketika.
“Kau ada
bawa kunci rumah
aku?” bisik Danish
selepas mendapat akal.
“Ada, dalam poket
belakang seluar aku,”
Danish terus meraba
poket belakang seluar
Afif. “Uish, kenapa
kau raba aku?”
Afif terperanjat apabila
tangan Danish merayap
di bahagian pinggulnya.
“Ish, nafsu aku
normal lah! Aku
nak ambil kunci
tu. Cuba bangun
sikit. Aku tak
boleh tarik kunci
ni kalau kau
duduk dekat atas
dia,” arah Danish.
Afif pula hanya
menurut. “Got it”
Afif bersorak riang,
masih berbisik. “Kau
nak buat apa
dengan kunci tu?”
soal Afif, sudah
duduk semula dan
tidak mencangkung lagi.
“Sekejap.”
Dalam sekelip
mata, ikatan di
pergelangan tangan mereka
berdua terungkai. “Tak
guna ada kunci
yang tajam macam
ni kalau tali
yang tak berapa
nak tebal ni
pul tak boleh
nak potong. Nasib
baik akal aku
panjang, harapkan kau..”
Danish sempat mengutuk
Afif. Afif mencebik.
“Pergi periksa
budak dua ekor
tu,” mereka berdua
dapat mendengar Din.
Kedua-dua kembar itu
berpandangan dengan riak
panik. Apa nak
buat?!
Danish lantas
menyuruh Afif duduk
semula seolah-olah dia
sedang diikat. Danish
pula, entah bagaimana
dia buat, kedua-dua
tangannya dapat memegang
besi berkarat di
pintu lalu dia
seperti melekat di
dinding, betul-betul di
atas pintu.
Afif pula
tercengang melihat Danish
seperti Spider-Man tak
pun Cicak-Man. Dalam
fikirannya terlintas, ‘Kenapa
mak suruh aku
jaga dia ek?
Macam dia lagi
kuat daripada aku
je?’
Apabila konco
Karon yang agak
muda, Zam masuk
ke bilik itu,
matanya terbeliak melihat
seorang daripada tebusan
mereka sudah hilang.
Apabila dia ingin
keluar untuk memaklumkan
kepada Din tentang
perkara itu, waktu
inilah Danish menyepak
mukanya sehingga dia
pengsan. Afif pula
mengambil pisau di
tangan Zam lalu
menggores paha Zam
sebelum mereka dua
beradik meninggalkan bilik
itu.
Din pula
sedang menunggu di
luar, agak jauh
dari bilik itu.
Afif tiada pilihan
lain selain menggunakan
pisau di tangannya.
Namun, belum sempat
dia menikam, Din
sudah pengsan ditumbuk
Danish. “Wow,” itu
sahaj yang keluar
dari mulut Afif
sebelum dia menggores
kaki Din beberapa
kali agar lelaki
itu tidak dapat
mengejar mereka andai
dia terjaga.
Akhirnya, dua
beradik itu berlari
meredah malam. Berlari,
berharap mereka sudah
selamat daripada kedua-dua
saka itu. Buat
selama-lamanya.
BERSAMBUNG...
Huh.... habis juga update cerita ni. Okay tak? Sorry... the ending is quite dissapointing kan? Sebab tergantung... sebab MZ dah mati akal macam mana nak endingkan. KALAU MZ panjangkan cerita ni dan jadikan novel/manuskrip, insyaallah tak seteruk ni.
P.S: kemungkinan besar MZ tak akan update blog ni lagi sampai pertengahan September.. SIBUK! SIBUK! SIBUK!!!!!
OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dah habis?!
ReplyDeleteSorry Nurul!!! Tak tahu nak buat ending gano lagi nih. :(
DeleteHah! Sebab tu saya kata, baik awak buat novel je terus! Kan ada yang dah frust. Haha. Okey okey memahami. Awak tak de ideakan? Moga-moga kawan aku ni dikurniakan idea lepas PT3 atau secepat yang mungkinlah! Fuh kiri fuh kanan. Haha. Amin... :)
DeleteYalah.. sorrylah... saya tak perfect *buat muka pasrah* hehehehe... untuk novel ada idea tp nak tutup cerpen tu yg x reti tp kalau buat novel pun ending dia tetap akan mcm ni... haih... fuh kiri fuh kanan.. Ya Allah.. cepatlah bg hambaMu ini idea yg org berkenan!!!
DeleteKalau saya jadi MZ. Saya akan tulis yabg Danish dan Afif akan berlari dan cari balai polis. Kemudian buat laporan polis supaya Karon kena tangkap. Barulah cerita tu tak nampak tergantung sangat. Kemudian buat ayat yang Danish dan Afif berpelukkan dan kekal bersaudara sampai bila bila. Ini cadangan saja.
ReplyDeleteHurm.. bagus juga idea tu... nanti saya try sambung supaya ending tak tergantung sangat... Insyaallah akan guna idea MNH.. thanks MNH!! *Tapi macam saya ckp sibuk sgt skrg.. selepas trial exams nantilah alamatnya baru saya boleh buat .. huhu* anyways, terima kasih sgt sbb bagi sokongan, komen dan idea!!!
Delete