Search This Blog

Thursday, 28 August 2014

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN Bahagian 1

Mira  Zafirah  menangis  di  hadapan  sebuah  mall.  Walaupun  tidak  meraung-raung,  air  matanya  masih  boleh  dilihat  oleh  sesiapa  yang  lalu-lalang  di  situ.
Dia  telah  dikhianati  oleh  orang  yang  digelarnya  sahabat!  Kyra,  Merlia  dan  Qistina  tiba-tiba  ‘menyerang’  Mira.  Tuduh  itu  dan  ini,  dan  penjelasan  Mira  langsung  tidak  diendahkan.
Mereka  berempat  pernah  berjanji  sahabat  sampai  mati.  Namun,  sekarang  Mira  sedar  bahawa  itu  semua  tipu!

PAGI  TADI...
Mira  yang  sedang  berbual  dengan  Adeline  terkejut  apabila  seseorang  menghempas  sesuatu  yang  tebal  ke  atas  mejanya.  Mira  menoleh,  tiga  orang  sahabatnya,  Kyra,  Merlia  dan  Qistina  sedang  memeluk  tubuh  memandangnya. 
“Aku  ingat  kau  kawan  aku!  Pembelot!”  Kyra  meluahkan  rasa  tidak  puas  hati.
“Apa...  maksud  kau?”  Dahi  Mira  berkerut.  Dia  terpingga-pingga.
“Kau  tak  perlu  berlagak  tak  tahu!”  tangan  Kyra  melayang-layangkan  salinan  keputusan  Pertandingan  Mencipta  Sajak.  Pemenang  pertandingan  itu  akan  mewakili  sekolah  dalam  Pertandingan  Mencipta  dan  Mendeklamasi  Sajak  peringkat  Daerah.
Mata  Mira  terbeliak.  Dia  tergamam  apabila  namanya  yang  tertera  di  kertas  itu.  Kertas  itu  dibaca  sekali  lagi.
TAHNIAH  KEPADA  PEMENANG  PERTANDINGAN  MENCIPTA  SAJAK  YANG  BAKAL  MEWAKILI  SEKOLAH  DI  PERINGKAT  DAERAH,
MIRA  ZAFIRAH  BINTI  ISHAK
Kertas  itu  dikoyakkan  dan  dicampakkan  ke  muka  Mira.  “Aku  dah  cakap,  jangan  masuk  pertandinga  tu!”  jeritan  Kyra  menarik  perhatian  rakan-rakan  sekelas  Mira  kepada  mereka  berempat.
“Kau  dah  janji  kau  tak  akan  masuk  pertandingan  tu!”  jeritan  Kyra  memekik  lagi.  Mukanya  merah.  Matanya  ibarat  berapi-api  akibat  marah.
“Aku  tak  pernah  janji,”  suara  Mira  bergetar  perlahan.
“Pembelot!  Aku  benci  orang  macam  kau!  Kau  tahu  aku  memang  nak  masuk  pertandingan  peringkat  daerah  tu,  sekarang  aku  tak boleh  masuk  sebab  kau  yang  menang!”
“Betul  tu,  kau  memang pengkhianat.  Lepas  itu,  kaki  bodek  cikgu  pula!”  Merlia  mencurah  minyak  ke api  yang  marak.
“Bila  masa  aku  bodek  cikgu?  Aku  tak  pernah  bodek  cikgu!”  Mira  yang  terkejut  menafikan  tuduhan  itu.
“Kalau  kau  tak  bodek  cikgu,  macam  mana  kau  boleh  menang?!  Pura-pura  baik  depan  cikgu,  baik  sangatlah  konon!”  Qistina  pula  mencemuhnya.
“Sudahlah  anak  penenun  songket  sahaja!  Agaknya  parents  kau  tak  ajar  kau!”  rasa  bersalah  di  hati  Mira  tadi  bertukar  menjadi  amarah  apabila  Merlia  berkata  begitu.
“Kau  ulang  balik  apa  kau  cakap.”  Mira  mencabar  Merlia.  Nadanya  begitu  dingin.
“Aku  cakap,  parents  kau  tak  ajar  kau,  sebab  tu  perangai  kau  macam  ni!  Tak  korek  telinga  ke?!”  suara  Merlia  memetir.
“Habis  tu,  perangai  kau macam  ni  sebab  parents  kau  ajar?”  tanya  Mira,  sinis.
“Kurang  ajar!”  Merlia  melayangkan  tangannya   untuk  menampar  muka  Mira.  Tangan  Mira  pula  pantas  menahan  lalu  mencengkam  tangan  Merlia.  Mata  Merlia  direnung  tajam.
“Kenapa?  Terasa?”  Mira  kemudian  melepaskan  tangan  Merlia  sekuat  hatinya  sehingga  Merlia  terkeluar  dari  kelas.  “Aku  tak  cakap   pun  parents  kau  ajar  kau  berperangai  buruk.  Aku  cakap  parents  kau  ajar  kau  berperangai  macam  ni.  Jadi,  kalau  kau  marah,  maknanya  kau  sendiri  tahu  perangai  kau  buruk,”  Mira  berkata  dengan  nada  yang  lebih  dingin  dari  tadi  lalu  memusingkan  badannya  menghadap  Kyra  dan  Qistina.
“Dan  kau,  Kyra.  Kau  tak  ada  hak  nak  halang  aku  daripada  menyertai  pertandingan  tu!”  Mira  bersuara  lantang.
“Pengkhianat!”  Serentak  itu,  Mira  dapat  melihat  pergerakan  tangan  Kaira  yang  ingin  menamparnya.  Mira  hanya  membiarkan -  ingin  lihat  sekuat  mana  gadis  tidak  tahu  malu  itu.
Namun,  tangan  Kyra  seperti  terhalang.  Kyra  dan  Mira  masing-masing  menoleh  ke  arah  ‘penghalang’  itu – Arie  Iman.  “Pergi  balik  kelas  kau  sebelum  aku  panggil  guru  disiplin,”  Iman  mengugut  Kyra.
“Eh,  lepaslah!  Kau  tak  ada  kena-mengena  dalam  hal  ini.  Ini  urusan  aku  dengan  Mira!”  Kyra  jupa  melepaskan  tangannya  tetapi  cengkaman  Iman  terlalu   kuat.
“Jangan  kacau  dia  lagi.  Lagipun,  kalau  Mira  tak  masuk  pertandingan  tu  sekalipun,  kau  tak  akan  menang.  Aku  dah  tengok  kertas  permakahan  hakim-hakim  dan  nama  kau  langsung  tak  ada  dalam  senarai  Top  5.”  Kenyataan  Iman  membuatkan  Kyra  yang sudah  terlepas  dari  cengkamannya  terkulat-kulat  malu.  Tiga  gadis  itu  kemudian  menghadiahkan  jelingan  tajam   ke  arah  Mira  sebelum  meninggalkan  kelas  3  Permata  dengan  muka  yang  ditebalkan.
Sebenarnya,  Arie  Iman  juga  terkejut  melihat  perubahan  Mira.  Mira  yang  dikenali  dengan  kelembutan  dan  keceriaan  tiba-tiba  berubah  menjadi  menakutkan  apabila  ada  yang  memburuk-burukkan  ibu  bapanya.  Mira  seperti  mempunyai  alter  ego!


Begitulah,  mudah  sungguh  manusia  berubah  kerana  persahabatan  tetapi  lebih  mudah  sesuatu  persahabatan  itu  berubah  kerana  sifat  manusia.

BERSAMBUNG...

P.S:  okay  tak?  ini  pertama  kali   MZ  buat  cerpen  bergenre  begini  jadi  komen  semua  orang  sangat  dialu-alukan. Terima  kasih  sebab  baca!

4 comments:

  1. one word, lil sis ; impressive. bestnya writing MZ. serius, sedap baca. keep it up. fighting! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak CIA for the support and for reading. Fighting!

      Delete
  2. Best la cerpen MZ. Kalau boleh tulislah yang Mira dengan Arie Iman bercinta. Hahaha. *sesuka hati aku je nak tukar2 cerpen orang*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow!! MNH ada kuasa baca fikiran orang melalui laptop ke? Mana MNH tahu saya nak buat macam tu? Seriously.. saya memang fikir nak buat macam tu! Saya ingat kalau saya buat macam ni orang akan fikir Mira dengan Zaihan tapi tak sangka ada yang dapat teka idea saya~ *masih kagum dan terkejut* Oh ya... terima kasih sebab membaca dan jangan risau.. memang ada beberapa cerpen akan datang yang akan ada Mira dan Iman walau bukan watak utama :D

      Delete