Search This Blog

Tuesday 30 September 2014

Liebster Award

   ASSALAMUALAIKUM...
 MZ telah di'tag' oleh MNH untuk 'Liebster Award'. Terima kasih kerana sudi 'tag'!  Jemput lawat blog MNH , ya?  Dan MZ akan mula menjawab soalan dari MNH!!!! *bayangkan ada drum dan tepukan gemuruh yang menyambut kata-kata MZ, okay.. I'm so lame*


1. Penulis yang paling anda minati?
    Hurm....  tak ada kot penulis yang paling diminati.... tapi kalau satu author yang MZ banyak baca hasil penulisan dia ialah Ramlee Awang Murshid. Itu dikira sebagai penulis kegemaranlah kan? Hahaha.. tapi sebenarnya tak kisah pun siapa penulis, kalau cerita yang dia tulis sedap, MZ baca je :D

2. Buku atau novel yang anda minati?
  Banyak sangat buku yang MZ suka! Nak pilih satu? Sampai tahun depan pun tak habis pikir! Tapi, ada a few books  and  series yang MZ suka tahap nak baca lagi 100 kali! Iaitu:
  • Magis - Ramlee Awang Murshid
  • Rayyan Fantasi - Ramlee Awang Murshid
  • Mikhail - Ramlee Awang Murshid
  • Ini Satu Cerita : Alter Ego - Faizal Dzasrik
  • The Ascendance Trilogy - Jennifer A. Nielsen
  • The Apprenticeship of Victor Frankenstein Series - Kenneth Oppel
  • The Seven Sorcerers Series - Caro King
  • Dead To You- Lisa McMann
Bukan itu je sebenarnya.. banyak lagi. Tapi takkan MZ nak list semua? Pening kepala pembaca nanti. hoho.. itu belum kira novel di blog lagi. 

3. Ahli politik yang anda kagumi?
  Hurm.. MZ murid sekolah menengah lagi.. manalah MZ tahu tentang ahli2 politik. 10 tahun lagi MZ jawab soalan ni, ya? hehehe

4. Filem yang anda minati?
 Filem? Banyak tengok filem tapi tak ada satu pun yang berbekas di hati jadi tak ada filem yang MZ minati. Hahahaha.. *kes manusia hati batu*

5. Pelakon Malaysia yang anda minati?
    Izzue Islam and Tiz Zaqyah! Sebenarnya Saya Isteri Dia! Syarul Ridzwan.. Romi Cinta Julia! 

6. Pelakon Korea yang anda minati?
   Ahn Jaehyun. Lee Seunggi. BOYFRIEND members! *walaupun diorang jarang berlakon dan kalau berlakon cameo je, MZ tetap suka diorang! Harap diorang dapat lagi banyak tawaran berlakon. Hahaha. Oh ya, Kwangmin tengah berlakon dalam drama kanak-kanak 'Magic Thousand Characters Classic'*

7. Pelakon Hollywood yang anda minati?
 Hurm.. jarang tengok cerita Hollywood dan kalau tengok pun tak ambil kisah nama pelakon hahahaha..

8. Pengacara yang paling anda minat?
 AC Mizal. Aznil Haji Nawawi. Yoo Jaesuk. Shin Dongyup. 

9. Pendapat anda tentang orang Melayu yang lebih suka bertutur dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu?
Hurm... mungkin orang tu ada sebab tersendiri, tak begitu fasih atau apa-apa sahaja alasan. Bercakap bahasa lain tak bermaksud dia tak sayangkan bangsa dan bahasa ibundanya. MZ pun bukan cakap Bahasa Melayu 24/7 :) Pergi tengok video Judgemental oleh MatLuthfi90 di Youtube

10. Blogger yang ingin anda contohi?
MZ seorang manusia yang tak ada role model dan manusia yang MZ ingin jadi ialah manusia yang 10 kali ganda lebih berjaya dari MZ yang sekarang dari dalaman hingga ke luaran. Jadi, MZ tak ada blogger yang ingin dicontohi *bunyi macam orang tak ada matlamat hidup pun ada*

11. Jika anda sudah meninggal dunia suatu hari nanti, anda mahu dikenali sebagai apa?
Kalau MZ sudah mati, MZ nak dikenali sebagai seorang yang baik dan akan sentiasa dirindui. Setiap kali orang teringatkan MZ, orang akan senyum. Demand sangat ke? Hahaha MZ juga tak nak orang ingat MZ sebagai orang yang berhutang.. hurm.. tu jelah kot.

Ya, MZ telah menjawab semua soalan dari MNH. Sekarang, 11 orang yang kena jawab soalan-soalan saya untuk Liebster Award:

11 Soalan yang anda kena jawab:
  1. Siapakah orang yang paling anda sayang?
  2. Manusia yang banyak memberi kesan kepada hidup anda?
  3. Saat paling melucukan pernah jadi dalam hidup anda yang tak dapat dilupakan?
  4. Kata-kata atau quote yang meninggalkan kesan di hati anda?
  5. Berapa tinggi anda? (cm)
  6. Anak ke-berapa dalam keluarga? Apa faedahnya?
  7. Bila kali terakhir anda nangis? Sebab?
  8. Siapakah penulis kegemaran anda dan sila recommend satu penulisannya yang memang patut dibaca.
  9. Apa pandangan anda tentang mansia yang tiada keyakinan diri?
  10. Apa barang yang anda suka kumpul dan kenapa? Berapa banyak yang telah dikumpul?
  11. Ceritakan satu insiden seram yang pernah anda atau orang terdekat lalui... kalau ada.
Selamat menjawab!! Dah jawab sila bagi link di bawah ok?

Oh ya, nantikan cerpen terbaru MZ.. mungkin MZ akan upload dalam masa sebulan lagi.. huhu.. PT3

Friday 5 September 2014

Erti Sebuah Persahabatan Bahagian 4 (Akhir)

“Awak,  kenapa  awak  buat  macam  tu?  You’ve  ruined  their  friendship!”  Mira  betul-betul  tidak dapat  terima  apa  yang  telah  dilakukan  oleh  Zaihan.
“Friendship?  Wujudkah  persahabatan  kalau  hanya  untuk  mempergunakan  satu  sama  lain?  Awak  tak  sedar  ke...  selama  ni  Kyra,  Merlia  dan  Qistina  hanyak  nak  mempergunakan  awak?  Mereka  cuma  nak–“
“Macam  mana  awak  tahu  apa  yang  dah  jadi  kepada  saya?”  Mira  memotong  kata-kata  Zaihan.  Entah  buat  kali  ke  berapa  hari  ini,  dahinya  berkerut  lagi.
“Saya  sama  sekolah  dengan  awak,  Mira.  Saya  pelajar  baru  jadi  mungkin  awak  tak  cam  muka  saya.  Tapi  saya  nampak  apa  yang  jadi  pagi   tadi.  Saya  mungkin  baru  di  sekolah  tu,  tapi  saya  dah  dengar  semua  orang  cakap  yang  awak  handal  hampir  dalam  semua  bidang  tapi  kadang-kadang  awak  terlalu  naif.  Dan  bila  saya  tengok  apa  yang  jadi  tadi,  saya  tahu  yang  selama  ni  mereka  hanya  mempergunakan  awak,”  kenyataan  Zaihan  membuatkan  Mira  terdiam.
Bila  difikirkan  semula,  ada  betulnya  kata  Zaihan.  Mereka  bertiga  sering  meminta  tolong  Mira  tetapi  apabila  Mira  meminta  tolong,  sentiasa  beralasan.  Rakan-rakan  sekelas  Mira  juga  pernah  memberitahu  Mira  bahawa  mereka  bertiga  kadangkala  mengumpat  Mira  tetapi  Mira  menafikan,  mengatakan  mereka  hanya  bergurau.
“Awak,  saya  bukanlah  nak  berlagak  pandai  tentang  siapa  itu  sahabat  sebenar  sedangkan  dalam  masa  17  tahun  saya  hidup  ni,  saya  pun  masih  mencari  sahabat  sejati  saya  sendiri.  Bukanlah  saya  nak  kata  sahabat  sejati  tak  pernah  bergaduh  but  those  three  seriously  don’t  fit  the  ‘true  friend’  title.  I’m  proud  of  you  for  standing  up  for  yourself  and  your  parents  just  now.  Sekurang-kurangnya  awak  taklah  senaif  yang  mereka  sangka,”  kata-kata  Zaihan  terpahat  di  hati  Mira.
“Macam  saya  cakap  tadi,  dalam  masa  17  tahun  saya  hidup  ni,  saya  masih  mencari sahabat  sejati  saya.  Tapi  bagi  saya,  seorang  sahabat  tu  akan  sentiasa  jaga  kita.  Sokong  kita  bila  kita  buat  benda  yang  baik,  larang  kita  bila  kita  buat  benda  yang  buruk.  Bila  kita  mencapai  sesuatu  kejayaan,  dia  akan  gembira  untuk  kita,  bukannya  terpekik  terlolong  macam  Kyra  tu.  Lagi  satu,  dengan  seorang  sahabat,  bila  gaduh,  mesti  rasa  rindu  dan  gaduh  mesti  tak  lama.  Yalah,  rindu  punya  pasal.  Mungkin  awak  anggap  mereka  bertiga  sahabat  awak.  Tapi  adakah  mereka  anggap  awak  sahabat  mereka  mahupun  rakan  mereka?”  Lagi  sekali  kata-kata  Zaihan  meunsuk  jantung  Mira.  Benarkah  mereka  bertiga  sahabatnya?
Mira  sedar,  sejak  dia  rapat  dengan  Kyra,  Merlia  dan  Qistina,  dia  jarang  meluangkan  masa  bersama  keluarganya.  Dia  juga  berhenti  menyertai  kelas-kelas  seni  yang  dahulunya  seperti  satu  kewajipan  baginya  setiap  minggu.
Mira  berazam.  Dia  harus  melangkah  setapak  ke  belakang  dan  melihat  sipa  musuh  dan  siapa  musuh  dalam  selimut.  Dia  tak  akan  menangis  lagi!



~TAMAT~


Tuesday 2 September 2014

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN Bahagian 3

Mereka  berdua  menuju  ke  arah  restoran  makanan  segera.  Apabila  Mira  bertanya  kenapa  ke  situ  sedangkan  Zaihan  kata  dia  hendak  membeli  barang,  jawapan  Zaihan  ialah ;  “Saya  laparlah.  Nak  shopping  kena  ada  tenaga,  baru  senang  nak  cari,”  Mira  hanya menggelengkan  kepala.
“Eh  awak,  kawan  saya  ada  jugalah.  Jom  jumpa  dia orang  sekejap,”  kata  Zaihan  sebaik  melangkah  masuk  restoran  makanan  segera  itu.  Mira  hanya  mengikut  apabila  Zaihan  menuju  ke  arah  dua  orang  gadis  beruniform  sekolah  menengah.
“Hai  Nadia,  hai  Crystal.  You  girls  buat  apa  dekat  sini?”  tanya Zaihan,  tersenyum  manis.  Senyuman  manis  itu  membuatkan  kedua-dua  gadis  itu  tergedik-gedik  mengayukan  wajah  mereka.
“Ish  you  ni  Jay.  Mestilah   kitaorang  tengah  makan,  nak  buat  apa  lagi  dekat  sini?”  kata  Crystal  lalu  ketawa  kecil.  Nampak  sangat  ketawa  itu  dipaksa  untuk  menampakkan  keayuan.
“Yup.  And  then,  lepas  ni  kami  berdua  nak  pergi  shopping!”  Nadia  berlagak  diva.  Naik  meluat  Mira  melihat  dua  orang  kawan  Zaihan  itu.
“Oh,  ya  ke?  Tapi  kan,  it’s  quite  surprising  to  see  you  together,”  Zaihan  tiba-tiba  bernada  sinis.  Mira  mula  berasa  tidak   sedap  hati.
“Kenapa  pula?  Kami  berdua  kan  memang  rapat.  Best  friends  forever!”  Suara  Nadia  sudah  seperti  Dolphin,  nyaring   sungguh.  Lalu  mereka  berdua  dengan  gediknya  mengaitkan  jari-jari  mereka  bersama.
“Oh,  really?  Bukan  ke  hari  tu  you  cakap  you  dah  fed-up  dengan  Crystal?  You  cakap  Crystal  ni  harap  aje  anak  Dato’,  tapi  taklah  pandai  mana,”  kenyataan  Zaihan  membuatkan  semua  yang  di  situ  terkejut,  termasuk  Mira.  Tetapi,  yang  paling  terkejut  di  situ  tentunya  Crystal.
“Zaihan,  apa  you  cakap  ni?  Crystal,  I  tak  pernah  cakap  macam  tu,”  Nadia  nampak  cemas  berhadapan  dengan  Crystal  yang  membuat  muka  seperti  mangsa  pengkhianatan.
“Eh,  Crystal,  kenapa  you  terkejut  sangat?  Bukan  ke  hari  tu  you  cakap  you  geli  dengan  Nadia?  You  cakap  dia  pengotor,  fashion  terrorist  pula  tu,”  kenyataan  Zaihan  sekali  lagi  membuatkan  mata  mereka  terbeliak.  Kali  ini,  muka  Nadia  pula  yang  seperti  harimau  yang  makanannya  dirampas  oleh  dubuk.
“Tapi  bagus  juga  kalau  you  berdua  dah  boleh  berbaik  macam  ni,”  belum  sempat  Zaihan  berkata  lebih  panjang,  Nadia  dan  Crystal  masing-masing  sudah  berdiri  dan  mula  memekik  dan  menengking  satu  sama  lain.  Zaihan  lantas  membawa  Mira  keluar  dengan  senyuman  sinis  yang  menguntum  di  bibir.


BERSAMBUNG...

wahai  pembaca-pembaca  kesayanganku,  bahagian  seterusnya  ialah  bahagian  terakhir  untuk  cerpen  ni.  Jadi,  persiapkanlah  diri  anda  untuk  satu  ending  yang  mungkin  bakal  mengecewakan  anda  *no  kidding*. Terima  kasih  kerana  membaca    ^~^

Monday 1 September 2014

Persahabatan yang Dicemburui *bukan cerpen*

      Ya, seperti di title, ini bukanlah cerpen tetapi boleh juga kalau ada yang hendak menganggap ini cerpen sebab ini memang suatu cerita, bezanya dari post yang sebelum ini ialah yang lain itu ialah yang lain itu sekadar imaginasi MZ tetapi ini ialah cerita sebenar. Selari dengan cerita MZ yang MZ sedang post sekarang  *ERTI  SEBUAH  PERSAHABATAN*, 2 orang kawan telah buat MZ begitu cemburu dengan persahabatan mereka. Siapa? Ayah MZ dan kawannya. Bacalah kalau sudi.

          Ceritanya  begini,  MZ  telah   pergi  ke  perkahwinan  sepupu  MZ  di  Pahang. Majlis  itu  berjalan dengan  lancar  dan  sudah  pasti,  sangat  menyeronokkan.
         Namun,  malang  tak  berbau.  Dalam  perjalanan  pulang, kereta ayah  rosak  dan  kami  terpaksa  berhenti  di  bahu  jalan.  Ayah  telefon  mekaniknya  dan  bertanya  itu  dan  ini.  Mekanik  ayah  kata,  lebih  baik  panggil  tow  truck  disebabkan  ayah  beritahu   dia  yang  enjin  kereta  sudah  berasap.  Ayah  pening  kepala  sebab  tak  tahu  di  mana  nak  cari  tow  truck  di  kawasan  tu.  Akhirnya,  ayah  menelefon  seorang  kawan.
           Kawan  ayah  beritahu  anak  saudaranya  yang  bekerja  sebagai  pembawa  tow  truck  di  Jengka,  Pahang  boleh  membantu.  Tak  lama  selepas  itu,  kawan  kepada  anak  saudaranya  telefon.  Dia  boleh  bawa  hingga  ke  bengkel  kereta  yang  ayah  selalu  pergi  dengan  harga  RM  650.  Ayah  beritahu  pembawa  tow  truck  itu  yang  ayah  akan  telefon  balik  untuk  confirm.  Ayah  bincang  dengan  kami.  Ayah  tak  bawa  duit  sebanyak  tu  jadi  ayah  kena  fikir  2  kali.  Bukannya  boleh  bayar  dengan  credit  card.    Ibu  dan  MZ  adik-beradik  menawarkan  diri  untuk  beri  duit. Akhirnya,  kami  semua  termasuk ayah  berkongsi  duit  untuk  bayar  tow  truck  tu.  Waktu  tu,  MZ  dapat  rasa  nilai  kekeluargaan  dalam  keluarga  kami. Ah,  tiba-tiba MZ  yang  berhati  batu  bak  kata  kawan-kawan  MZ  termasuk  cik  Sarra  Sophie  kita,  menjadi  sentimental  waktu  tu.  Alhamdulillah...  satu  masalah  sudah  selesai.
            Selepas  itu,  baru  MZ  tahu  bahawa  kawan  ayah  yang  ayah  telefon  tadi  akan  tolong  bawa  ibu  dan  MZ  adik-beradik  pulang  ke  rumah  sementara  ayah  akan  ikut  naik  tow  truck  untuk  menunjuk  jalan  ke  arah  bengkel.  MZ  terkejut  dan  cemburu.  Ada  orang  yang  sanggup  memandu  selama  2  jam  untuk  menolong  seorang  kawan  yang  dalam  kesusahan?  Alhamdulillah...  satu lagi  bantuan  telah  diterima.  
            Sewaktu  menunggu  di  bahu  jalan  itu,  kebetulan  seorang  kawan  ayah,  bukan yang  ditelefon  ayah  tadi,  lalu  di  situ.  Dia  sedang  hendak  menuju  ke  suatu  tempat,  urgent.  Tapi   bila  ayah  cerita  keretanya  rosak,  dia  menasihatkan  ayah  untuk  pandu  hingga  ke  R&R  Temerloh.  Sekurang-kurangnya  di  situ  terang  dan  ramai  orang,  waktu  itu  pun  hampir  senja.  Ayah  teragak-agak  tapi  kawan  ayah  convince  ayah  supaya  pandu  perlahan-lahan ke  R&R  yang  tidak  berapa  jauh  itu  dan  dia  akan  follow  dari  belakang.  Bayangkanlah,  kereta  ayah  yang  rosak  bukannya  boleh  dipecut  selaju  kereta  lumba  Michael Schumacher  dan  harus  dibawa  perlahan.  Namun,  kawan  ayah  tu  tetap  hendak  menolong  walaupun  dia  ada  hal  mustahak. Alhamdulillah...  Allah  kirimkan  lagi  satu  bantuan  buat  kami.
            Akhirnya,  kami  sampai  ke  R&R  Temerloh.  Kawan  ayah  tu  berbual  sebentar  dengan  ayah  sebelum  menyambung  perjalanan  ke  tempat  yang  dituju.  Kami  sekeluarga  tunaikan  solat  Maghrib.  Selepas  itu,  seperti  yang  dirancang,  ibu  dan  MZ  adik-beradik  tumpang  kawan  ayah  yang  ayah  telefon  tadi  yang  telah  tiba  di  R&R  itu  manakala  ayah  naik  tow  truck.
         Ayah  berjaya  membawa  pulang  keluarganya  dan  keretanya  dengan  selamat  disebabkan  persahabatan  yang  sangat  MZ  cemburui.  Nampak  tak?  Cemburu  tak?  Seumur  hidup  MZ,  MZ  tak  tahu  kalau  MZ  sanggup  korbankan  satu  benda  sekalipun  untuk sesiapa.  Cemburu  betul  MZ  dengan  ayah  yang  ada  kawan-kawan  yang  baik  hati  macam  tu.  
             Harap-harap  cerita  sebenar  dari  hidup  MZ  ni  lebih  mengajar  tentang  persahabatan  daripada  cerpen  Erti  Sebuah  Persahabatan  yang  entah  apa-apa  tu.  Seorang  sahabat  yang  baik  merupakan  sahabat  yang  sanggup  berkorban  untuk  sahabatnya.  Oh,  cerpen  Erti  Sebuah  Persahabatan  belum  sampai  ke  penghujungnya  ,  ya?  Heeheeh... sabar,  ya?

"Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Alhamdulillah..  MZ  kini  berada  di  rumah.  HOME  SWEET  HOME!!