Search This Blog

Wednesday 28 January 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 4

Hari  3
Aku kagum dengan diri sendiri dan juga Hazira dan Azman. Kami begitu senang menyesuaikan diri.
Gangguan-gangguan makhluk lain pada malam semalam kami tidak endahkan dan berjaya tidur walaupun tidak begitu lena. Kami terbiasa hanya minum 3 teguk air sehari dari botol air Hazira dengan tisak makan apa-apa.
Cuma, aku harap seseorang menjumpai kami segera. Badan kami melekit dan semakin lemah dan tenaga semakin kurang tanpa makanan.
Pagi tadi, Azman terjumpa pisau NT. Dia cuba mengopak pintu menggunakan pisau itu namun gagal. Akhirnya, muncung pisau itu patah sedikit.
Sekarang pun, aku sedag menggagahkan diri menulis tanpa pengetahuan mereka. Mereka fikir aku sedang membuat kerja rumah. Semoga seseorang menjumpai kami segera.

Raihana,  Christine  dan  Qaleef  terus  membaca  catatan  hari-hari  seterusnya.  Catatan  itu  banyak  menulis  tentang  gangguan-gangguan  di  sebelah  malam,  tenaga  mereka  yang  semakin  berkurang  dan  cubaan  mereka  untuk  keluar  dari  bilik  itu.

Hari  7
Kami buntu. Tiada siapa yang datang menyelamatkan kami. Sudah bermacam cara kami cuba untuk keluar dari bilik ini, tetapi gagal.
Bekalan air di dalam botol Hazira sudah habis semalam. Haus dan lapar jangan dikata.
Cepatlah. Jika ditakdirkan ada bantuan, cepatlah.
Itu  merupakan  catatan  terakhir  dalam  buku  itu.  Ketiga-tiga  mereka  tertanya-tanya  dan  meluahkan  rasa  tidak  puas  hati  tentang  cerita  yang  tiada  penamat  itu.
Tiba-tiba,  mereka  terdengar  bunyi  orang  berlari  di  atas  lantai  kayu.  Bukan  seorang,  ramai.  Mereka  terlalu  leka  membaca  buku  itu  sehingga  tidak  sedar  bulan  penuh  sudah  lama  mengambang.  Mereka  memekakkan  telinga.
Mereka  tahu,   itu  bukan  manusia.  Masing-masing  merapatkan  diri  kepada  satu  sama  lain.  Takut  disorokkan  untuk  menenangkan  diri.  Setelah  bunyi  tapak  kaki  itu  berhenti,  mereka  dengar  pelbagai  suara  yang  menaikkan  bulu  roma  tengkuk  mereka.

“Tolong  cikgu,  jangan  tinggalkan  cikgu!”
“Ah,  lepaskan  aku!”
“Tolong..”
“Lepaskan  kaki  aku!”

Pap!  Bunyi  satu  benda  berat  jatuh  ke  tanah  menghilangkan  dua  suara  itu.  Suara  jeritan  yang  panjang  mengambil  alih.  Suara  itu  seperti  dalam  kesakitan,  suara  garau  wanita.
Tidak  lama  selepas  jeritan  itu,  mereka  bertiga  melihat  seorang  lelaki  yang  sedang  menjunam  ke  tanah  daripada  bilik  tingkap  itu.  Jasad  lelaki  itu  seolah-olah  terhenti  di  luar  tingkap  bilik  itu.  Matanya   merenung  ketiga-tiga  mereka,  dan  entah  apa  sebabnya  mereka  bertiga  juga  turut  merenung  lelaki  itu  seolah-olah  mereka  dipukau!
Qaleef  kenal  lelaki  itu.  Dia  dan  Christine  merupakan  pelajar  tingkatan  satu  sewaktu  pelajar  lelaki  tingkatan  5  itu  mengambil  keputusan  membunuh  diri  dengan  terjun  dari  bumbung  blok  itu.  Ada  cerita  yang  mengatakan  lelaki  itu  membuat  keputusan  drastik  itu  kerana  masalah  keluarga  tetapi  ada  juga  cerita  mengatakan  bahawa  dia  tertekan  akibat  dibuli.
Mata  lelaki  itu  merenung  mereka  bertiga  seolah-olah  meminta  bantuan  dan  meminta  dikasihani.  Tapak  tangannya  yang  berdarah  dilekapkan  kepada  cermin  tingkap  itu,  lalu  badannya  jatuh  menjunam  ke  tanah.
Apabila  mereka  sudah  boleh  memalingkan  muka,  Christine  dan  Raihana  menjerit  sekuat  hati.  Mereka  masih  tidak  dapat  membuang  dan  masih  dapat  merasakan  renungan  lelaki  itu!
“Kau  orang,  bertenang.  Benda-benda  itu  tak  akan  dapat  apa-apakan  kita,”  Qaleef  mengingatkan  dua  gadis  yang  sedang  berpelukan  itu.  Air   mata  yang  jatuh  tidak  usah  dikira.


“Cerita  tadi.. best  kan?”  Christine  yang  pertama  bersuara  setelah  diam  lama  menguasai  mereka  bertiga.
“Hurm,”  Raihana  membalas  perlahan.
“Tapi, kauorang  tak  curious  ke?”   tanya  Qaleef.  Masing-masing  sedang  cuba  melupakan  apa  yang  mereka  lihat  dan  apa  yang   mereka  dengar.
“Pasal  apa?”  soalan  Raihana  menjawab  pertanyaan  Qaleef.
“Pasal  apa  yang  jadi  kepada  mereka  bertiga  dalam  cerita  ni,”  matanya  menyorot  ke  buku  tulis  lama  dalam  pegangannya.

“Mari  aku  ceritakan,”  tiba-tiba  satu  suara  lembut  menyapa  telinga  mereka  bertiga.  Seorang  gadis  sedang  berdiri  di  tepi  tingkap  memandang  ke  luar.  Hantu!


BERSAMBUNG...

Ok..  MZ  tahu..  janji  nak  update  last  week  which  means  sepatutnya  Sabtu  atau  Ahad  lepas.. tapi  ni  dah  nak  masuk  minggu  lagi  satu  dah.. AMPUN!! Seriously  sibuk  sangat... jangan  putus  harapan  nak  baca  pula!!

Sunday 18 January 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 3

Christine  membaca  muka  surat  pertama.

Hari  1
Semuanya berlaku pantas. Bagaimana kami boleh terperangkap di sini, dan bagaimana kami dapat menenangkan diri dan menyesuaikan diri dengan keadaan kami. Semuanya pantas.
Aku menulis kerana aku percaya pengalaman ini dapat menarik perhatian rakan-rakan lain sekaligus menjadikan cerpen ini salah satu cerpen dalam buku antologi tahun ini.
Sudah-sudahlah tentang niat aku menulis. Semuanya bermula petang tadi,pelajar-pelajar lelaki tingkatan 5 yang nakal mengunci bilik penulisan ini dari luar, entah bagaimana mereka dapat kunci bilik ini.
Aku dan Hazira panik. Hari ini merupakan hari terakhir penggal pertama jadi tiada siapa yang akan datang ke sini selama 2 minggu! Apa yang bakal kami makan? Apa yang bakal kami minum? Tahap panik aku dan Hazira membuatkan muka masing-masing pucat.
Namun, Azman berjaya menenangkan kami. Katanya, pasti ada orang yang bakal mencari kami. Bila difikirkan, betul katanya. Tidak mungkin ibu tidak mencari anak daranya yang tidak pulang ke rumah, aku lega.
Paling tidak pun, kami akan bermalam di sini selama satu malam, bukan?

Muka  surat  pertama  yang  dipenuhi  tulisan  yang  kemas  berakhir  di  situ. 
“Rai,  read  this.  Ada  orang  pernah  terperangkap  juga  dalam  bilik  ni,”  beritahu  Christine  sambil  menghulurkan  buku  itu  kepada  Raihana.
“Mana?”  Qaleef  yang  baru  terjaga  dari  tidur  menyampuk.  Qaleef  membaca  muka  surat  pertama  itu  bersama  Raihana.
“Wow,  what  a  coincidence!”  komen  Raihana  selepas  selesai  membaca.
“Macam  Deja  Vu!”  kata  Qaleef,  teruja.
“Nak  baca  lagi!  Nak  baca  lagi!”  Raihana  semakin  teruja.

Lalu  ketiga-tiga  mereka  menyelak  muka  surat  seterusnya.

HARI 2
Malam semalam terasa begitu panjang. Tidur kami sentiasa terganggu. Kisah-kisah yang kami dengar dari mulut senior kami sememangnya benar dan apa yang kemi lalui semalam membenarkan sejarah sekolah ini yang tidak tercatat.
Kononnya dahulu, bangunan ini pernah terbakar. 3 orang guru dan 8 orang pelajar diceritakan mati dalam kebakaran itu. Beberapa pelajar lain cedera parah. Bangunan ini hancurm rebah ke tanah akibat kebakaran itu. Akhirnya, bangunan yang dahulunya 2 tingkat, menjadi 4 tingkat, sebagaimana yang sedang digunakan kami sekarang. Dan, roh mangsa-mangsa kebakaran itu kononnya masih menghantui bangunan ini sampai ke hari ini. Begitulah cerita yang diturunkan dari mulut ke mulut. Entah betul atau tidak.
Namun, pengalaman kami malam semalam membenarkan cerita itu.
Kami bertiga tidur di lantai. Aku dan Hazira tidur sebelah-menyebelah dan Azman tidur agak terpinggir dari kami. Masing-masing mula melelapkan mata dan aku yang terakhir. Agak lucu bagaimana kami bertiga dapat tidur sedangkan kami mungkin terperangkap di sini selama dua minggu tanpa sebarang bekalan makanan.
Sekitar pukul 1.00 pagi, kami terjaga. Kedengaran bunyi riuh di luar bilik ini. Kami amati betul-betul. Kami dengar bunyi tapak kaki berlari-lari di atas lantai kayu, bukan seorang, ramai. Dahi kami bertiga berkerut. Dari mana datangnya bunyi lantai kayu dipijak itu sedangkan bangunan ini semuanya diperbuat dari simen dan batu?
Tidak lama selepas itu, kami dengar bunyi orang menjerit, “Api, lari!” diikuti dengan suara orang merayu. “Tolong! Tolong jangan tinggalkan aku! Tolong aku!” Berderau darah aku. Dapat kurasa ketakutan dalam suaranya dan kami bertiga tahu itu bukan suara manusia hidup. Macam-macam lagi yang kami dengar selepas itu.
Tiba-tiba seorang lelaki berada di dalam bilik ini. Mukanya habis melecur. Kulitnya terkupas menampakkan daging mukanya bersama darah yang pekat. Dia mengesot ke arah kami. “Tolong, tolong aku,”  suara garaunya melemahkan lutut kami. Kami mula menjerit, dan apabila makhluk itu berada betul-betul di hadapan kami, tangan kanannya menggapai, cuba menyentuh lutut Azman. Dan dia hilang.
Kami memaksa diri untuk melelapkan mata walau telinga mendengar pelbagai bunyi yang membuat bulu roma kami meremang.
Itu sahaja yang bakal aku ceritakan tengahhari ini. Aku harap seseorang menjumpai kami sebelum malam, gerun memikirkan kami perlu melalui malam di sini lagi.

Begitulah  cerita  yang  tertulis  pada  beberapa  muka  surat  selepas  muka  surat  pertama.

Raihana  menelan  liur.  Dia  tahu,  dia  pasti  harus  bermalam  di  sini.  Bagaimana  jika  dia,  Christine  dan  Qaleef  juga  diganggu?  Kerisauan  jelas  terpampang  di  wajahnya.
Berbeza  dengan  Christine  dan  Qaleef  yang  masing-masing  tua  setahun  daripadanya.  Mereka  nampak  relaks  sahaja.
“Bosan!  Siapa  hendak  baca  gaya  penulisan  yang  bosan  begini?”  komen  Qaleef.
“Its  quite  okay  actually,  eventhough  its  not  something  to  be  called  excellent.  But,  trust  me.  Ramai  yang  nak  baca  cerpen  ni,”  komen  Christine  pula.
“Kenapa  pula?  Disebabkan  gaya  penulisan  yang  membosankan,  orang  akan  berhenti  membaca  separuh  jalan,”  Qaleef   menyangkal  kata-kata  Christine.
“Tak  juga.  Jalan  ceritanya  menarik.  Semua  orang  mesti  nak  baca  tentang  kisah  silam  sekolah  mereka  terutamanya  cerita  hantu,  and  I  don’t  think  they  would  stop  reading  halfway.  Semua  orang  mesti  curious  macam  mana  diaorang  bertiga  boleh  keluar  dari  bilik  ini,”  sanggah  Christine  pula.
“Tapi  kau  tak  rasa  ke,  sehebat  mana  pun  sesuatu  jalan  cerita,  mesti  diiringi  dengan  gaya  penulisan  yang  baik?”  Qaleef   menyuarakan  pendapatnya.  Memang  itulah  pendiriannya  setiap  kali  menulis  cerita.
“Maybe,  maybe  not,”  kata  Christine  lalu  mereka  menyelak  muka  surat  seterusnya.



BERSAMBUNG...

Okay... MZ cakap nak update semalam tapi MZ pi update hari ni. Wahai MZ... kau tau tak mungkir janji tu ciri-ciri orang munafik? Tapi aku tak janji.. aku cakap ja.... 
Tak.. sebenarnya memang nak update semalam tapi rasa cam rushing sangat sebab hari Jumaat baru post.. so.. terima kasih kerana membaca! Inyaallah MZ update bahagian 4 minggu hadapan.. lagi sekali, MZ cakap je.. MZ tak janji.. hehe :D

P.S: MZ terasa bila Qaleef cakap pasal jalan cerita sebaik mana pun tak berguna kalau gaya penulisan tak best.

Friday 16 January 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 2


Pengawal  keselamatan  yang  bertugas,  Pak  Zainal  meninggalkan  bangunan  kokurikulum  sebaik  sahaja  mengunci  pintu  semua  bilik  di  bangunan  itu. 
“Tolong!  Tolong  keluarkan  kami!  Kami  ada  di  sini!”  Telinga  Pak  Zainal  dapat  menangkap  suara  wanita  menjerit  meminta  tolong.  Bulu  romanya  menegak  naik  apabil  dia  tiba-tiba  teringat  cerita-cerita  seram  mengenai  sekolah  yang  penuh  sejarah  itu.  Tanpa  berfikir  panjang,  Pak  Zainal  mengangkat  kaki  meninggalkan  bangunan  kokurikulum  tanpa  menoleh  ke  belakang.
Christine  mengeluh.  Kepalanya  yang  terjulur  ke  luar  tingkap  dimasukkan  semula,  hampa.  Dia  melaung  untuk  meminta  tolong  tetapi  pengawal  keselamatan  yang  bertanggungjawab  itu  langsung  tidak  menoleh  ke  belakang.
“Don’t  worry,  paling  teruk  pun  kita  kena  tidur  di  sini  satu  malam.  Esok  kan  hari  Rabu,  ada  sekolah,  jadi  mesti  pak  guard  itu  akan  buka  pintu  ni  pagi-pagi.  Kalau  tak  pun,  meti  ibu  bapa  kita  akan  cari  kita  bila  kita  tak  balik  malam  ni,”  Qaleef  cuba  menenangkan  dua  gadis  itu.
Sebenarnya,  dalam  hati,  Qaleef  turut  risau.  Macam  mana  dia  mahu  solat  Maghrib  dan  Isya’? Dia  mengeluh.  Sudah  pasti  dia  perlu  Qada’  solatnya.  Itupun,  belum  tentu  dia  sempat  solat  Subuh  pada  esok  pagi.  ‘Untunglah  jadi  orang  perempuan,  ada  cuti,’  desis  hatinya.


Beberapa  jam  selepas  itu,  kegelapan  malam  menawan  langit.  Bilik  di  tingkat  empat  itu  diterangi  lampu  yang  malap.  Hanya  bilik  itu  yang  bercahaya  tetapi  pengawal  keselamatan  syif  malam  itu,  Zahidi,  buat  tidak  nampak  sahaja.  Dia  telah  memeriksa  dan  kedua-dua  pagar  di  tangga  blok  itu  dan  kedua-duanya  berkunci.  Jadi,  dia  pasti  yang  di  atas  itu  bukanlah  perompak  mahupun  pencuri.
Zahidi  tahu,  sekolah  itu  ‘keras’!  Pernah  terjadi,  sewaktu  dia  baru  mula  bertugas  di  sekolah  itu,  dia  ternampak  lampu  di  salah  satu  bilik  di  tingkat  empak  menyala  tetapi  pagar  di  tangga  elok  berkunci.  Jadi,  Zahidi  naik  ke  tingkat  empat  untuk  menutup  suis  lampu  itu.  Namun,  apabila  dia  sampai  di  bilik  itu,  lampu  sememangnya  tertutup.  Dahinya  berkerut.  Tiba-tiba,  dia  dapat  dengar,  betul-betul  di  belakangnya,  suara  orang  mengilai.  Tidak  jejak  tanah  kaki  Zahidi  sewaktu  berlari  menuruni  tangga.  Nasib  baik  jantungnya  masih  melekat.


Mereka  bertiga  duduk  di  dalam  bilik  itu  tanpa  sebarang  suara.  Raihana  sedang  menyiapkan  kerja  sekolahnya.  Qaleef  tertidur  dengan  beralaskan  tangannya  sendiri.  Christine  pula  khusyuk  membaca  sebuah  buku  yang  dijumpainya  tadi.
Buku  itu  dijumpainya  di  celah-celah  rak  buku.  Buku  itu  hanyalah  buku  tulis  biasa.  Mengikut  logik  akal,  buku  itu  mungkin  sekadar  sebuah  buku  milik  salah  seorang  pelajar  sebelum  mereka  tetapi  entah  mengapa,  Christine  tertarik  untuk  membaca  semua  itu.
Buku  itu  kelihatan  sungguh  lapuk.  Muka  surat  yang  putih  sudah  bertukar  menjadi  kekuningan  dimakan  zaman.  Tulisan  yang  menggunakan  pensil  itu  juga  hampir  pudar  tetapi  masih  boleh  dibaca  oleh  mata  Christine.  Hanya  separuh  sahaja  buku  itu  yang  telah  digunakan  dan  selebihnya  kosong.

Christine  membaca  muka  surat  pertama.


BERSAMBUNG...

Assalamualaikum  dan  salam  sejahtera  semua!! Dah  makan?  Dah baca? Kira kalau baca benda ni sekarang dah bacalah kan cerita di atas? Terima kasih! Huhu.. rasanya boleh update seminggu sekali je. Sibuk betul form 4!  Insyaallah esok MZ update lagi sebab bahagian ni pendek sangat ok? :D

Saturday 10 January 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 1

Qaleef,  Raihana  dan  Christine  sibuk  mengemas  bilik  kelab  penulisan  dwibahasa  yang  semakin  kurang  mendapat  perhatian  pelajar.  Buku-buku  antologi  hasil  penulisan  pelajar-pelajar  senior  mereka  menghiasi  bilik  yang  berdebu  itu.
“Cepatlah  siapkan  kerja,  aku  nak  balik,”  Qaleef  merungut.
“Yang  melengahkan  kerja  itu  kau.  Membebel  je  kerjanya,”  Raihana  mengambil  peluang  membidas  abang  sepupunya  itu.  Qaleef  mencebik  manakala  Christine  hanya  tersenyum  melihat  telatah  mereka  berdua.
2  jam  selepas  itu,  bilik  itu  sudah  bersih  daripada  habuk  dan  debu.  Kerja  yang  tinggal  hanyalah  menyusun  kembali  buku-buku  antologi  itu  ke  rak  mereka.  Masing-masing  hanya  mendiamkan  diri  sewaktu  melakukan  tugas  itu.  Mungkin  penat,  sesi  persekolahan  tamat  pada  pukul  3.30  petang  bagi  mereka  termasuk  kelas  perakaunan  dan  sekarang  jarum  jam  sudah  menunjukkan  pukul  5.40pm.
Buku-buku  antologi  itu  disusun  mengikut  bahasa  dan  tahun.  Setiap  tahun,  Kelab  Penulisan  itu  akan  menerbitkan  sebuah  buku  antologi  yang  hanya  akan  dijual  kepada  pelajar  sekolah  itu  sahaja.  Penulis  buku-buku  antologi  itu  tidak  lain  tidak  bukan  ialah  ahli-ahli  Kelab  Penulisan  itu  sendiri.


Masing-masing  menggeliatkan  tubuh.  “Yes,  we’re  done!”  Christine  bersorak  riang.  Rambutnya  yang  kusut-masai  sewaktu  kerja  pembersihan  itu  diikat  kemas  dan  jam  tangannya  yang  disimpan  di  dalam  poket  di  pakai  semula.
Ketiga-tiga  mereka  mengangkat  beg  sekolah  lalu  menapak  ke  pintu.  Dengan  letihnya,  Qaleef  memusingkan  tombol  pintu.  Sekali  lagi.  Dan  lagi.  Kemudian  buat  kali  terakhir,  dan  pintu  masih  tidak  dapat  dibuka.  “Kita  terkunci!”  nyata  Qaleef  membuatkan  gadis  itu  terkejut.


Tombol  itu  itu  dipulas  lagi  buat  kepastian.  Kemudian  lagi  dan  lagi.  Sah  mereka  terkunci.  “Ah!  Siapa  pula  yang  kunci  kita  ni?”  Qaleef  menunjukkan  rasa  marah.
“Dah  pukul  6  petang.  Mungkin  pak  guard  tak  sedar  kita  ada  di  dalam  dan  dia  kunci  kita  dengan   tak  sengaja,”  Raihana  meneka.  Ketiga-tiga  mereka  mengeluh.
Tingkap  bilik-bilik  di  bangunan  kokurikulum  hanya  menghadap  ke  luar  bangunan  dan  tiada  tingkap  yang  menghadap  ke  laluan  koridor  jadi  tidak  hairanlah  jika  pengawal  keselamatan  tidak  perasan  mereka  berada  di  dalam.  Lagipun,  pelajar  dilarang  berada  di  bangunan  kokurikulum  selepas  pukul  5.30  petang  dan  jam  sekarang  sudah  melewati  pukul  6  petang.  Tidak  hairan  jika  pengawal  keselamatan  tidak  memeriksa  dahulu  jika  ada  pelajar  di  dalam  bilik  itu.

Lebih  malang,  pintu  kelab  hanya  boleh  dibuka  dan  dikunci  menggunakan  kunci  sama  ada dari  bahagian  luar  mahupun  dalam.  Jadi,  mereka  sememangnya  terperangkap!


BERSAMBUNG...

Assalamualaikum  semua!  sihat?  Ini  dia  cerpen  tahun  baru  dari  MZ!!!  *yang  ku  katakan  kepada  kak  CIA  cerpen  akhir  tahun  >.<*  tengoklah  macam  mana...  harap  sudi  terus  membaca  bahagian-bahagian  seterusnya!!