Search This Blog

Tuesday, 5 August 2014

9 Potret Bahagian 4 (Akhir)


“Mar,  buka  pintu.  Zar  dah  sampai  ni,”  Zarin  mengetuk  pintu  sambil  memanggil  Marissa.    Rafina  membuka  pintu  dan  menjemput  Zarin  masuk  dengan  muka  yang  tiada  perasaan.
“Mar,  Mar  dah  salah  faham.  Hari  itu  Zar  cuma  nak  tenangkan Hanny.  Ibu  saudara   kesayangannya  meninggal  dunia,”  Zarin  mula  menerangkan  apa  yang  berlaku.   “Sampai  berpelukan  begitu?”  Rafina  menjeling  Zarin  tajam.
“Mar,  please  trust  me,”  Zarin  separuh  merayu.  “Kau  curang!”  jerit  Rafina.  Tangannya  lantas  mencapai  pisau  di  atas  meja.  Zarin  berlari  ke  dalam  salah  sebuah  bilik  lalu  mengunci  pintu.
“Marissa,  calm  down!”  jerit  Zarin  apabila  kekasihnya  itu  mula  menikam-nikam  pintu  itu.  “Aku  Rafina,  Marissa  tu  perempuan  bodoh!”  Hendak  luluh  jantung  Zarin  apabil  pisau  itu  menembusi  pintu,  betul-betul  di  sebelah  kepala  Zarin.  Zarin  menghadang  pintu  itu  dengan  sebuah  kerusi.  Entah  berapa  lama  ‘benteng’  itu  dapat  bertahan.
Zarin  menoleh  ke  dalam  bilik,  cuba  mencari  sesuatu  yang  boleh  dijadikan  senjata.  Tetapi  apa  yang  dilihatnya  ialah  beberapa  buah  potret.  Salah  satu  daripada  wajah  itu  ialah  abang  Marissa  yang  sudah  mati.  Fikirannya  berserabut  apabila  potret  di  sebelah  potret  abang  Marissa  ialah  gambar  perompak  yang  mati  beberapa  bulan  lepas.  Lama-kelamaan,  Zarin  seperti  dihentak  satu  kebenaran.  Kini  dia  tahu,  Marissa  pernah  membunuh  dan  nyawanya  sendiri  dalam  bahaya.
Paniknya  tidak  dapat  dikawal  lagi,  jarinya  mendail  nombor  telefon  Hanny.  Hentakan  di  pintu  pula  semakin  menggegarkan.
“Nombor  yang  anda  dail..”  suara  mesin  operator  membuatkan  Zarin  bertambah  panik.  Dia  mendail  lagi,  dan  lagi  sekali,  panggilan  tidak  diangkat. “Ya  Allah,  tolonglah  aku,”  Zarin  bermonolog.  Dia  mendail  lagi.  “Helo?”  Hanny  menjawab  panggilan.  “Hanny,  tolong  saya.  Saya  dekat  rumah  Maris-“
Kata-kata  Zarin  terhenti  dan  dia  terjelepok  ke  lantai  dengan  matanya  terkatup.  Rafina  tersenyum,  mangsanya  sudah  tidak  bergerak.  Dia  ada  potret  untuk  dilukis.




Rafina  terus  melukis  potret  teman  lelakinya  itu  tanpa  menghiraukan  Hanny  dan  beberapa  anggota  polis  lain  yang  sedang  mengacukan  pistol  ke  arahnya.  Rafina  meletakkan  penselnya.  Potret  ke-lapan  sudah  siap.
Rafina  memusingkan  badannya,  menghadap  Hanny.  “Hanny  kau  tahu,  Zarin  tak  akan  mati  kalau  bukan  sebab  kau,”  kata  Rafina  dengan  senyuman  sinis.  Hanny  masih  mengawal  dirinya.
“Kau  tahu,  nombor-nombor  yang  hebat  bagi  aku  ialah  nombor-nombor  ganjil.   Aku  ada  lapan  potret  dan...”  Rafina  tersenyum  ke  arah  Hanny.
“Aku  perlukan  potret  ke-sembilan!”  Rafina  menyerang  Hanny.  Hanny  mengelak  dan  memukul  belakang  Rafina  menggunakan   pistolnya.  Rafina  rebah  dah  Hanny  mengambil  peluang  ini  bagi  menggari  tangan  Rafina.
“Marissa  Zeti  binti  Abdullah,  anda  ditahan  atas  tuduhan  cubaan  membunuh  Imspektor  Zarin  bin  Hisham,”  kata-kata  Hanny  disambut  dengan  ilaian  ketawa  Rafina.
Hanny  melihat  Rafina  dibawa  pergi  dalam  kereta  polis.  Rafina  tersenyum  ke  arahnya.  Senyuman  yang  manis  tetapi  menakutkan.
Selepas  kereta  itu  hilang  dari  pandangan,  Hanny  memecut  kereta  Honda  City  miliknya  ke  Hospital  Pakar  Damansara  untuk  melawat  Zarin  yang  sedang  dirawat  di  ICU.


~TAMAT~

P.S: Zulaikha minta maaf kalau tak sedap cerita ni. Atau tak puas hati dengan ending dia... ANDAI Zulaikha panjangkan cerita ni dan jadikan novel, ending dia akan sangat lain. 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA 9 POTRET

P.S.S: Ada tak yang harap Zarin betul-betul mati? #justcurious

2 comments:

  1. done! if zarin tu segak kacak menawan handsome bergaya, apa salahnya dibiarkan hidup. hahaha. wink!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh!!! Gitu pula!! Tapi betul juga... Zarin kan kacak tampan bergaya lagi menawan tahap deBom!!! Rugi kalau mati.. hahaha

      Delete