Search This Blog

Saturday 11 June 2016

Teratai Yang Kini Bahagian 3

Jack  membelakangkan  Diana  buat  seketika  untuk  membersihkan  pisaunya.  Botol  kecil  di  tangannya  membuatkan  dia  gembira.  Pisau  di  tangannya  diletakkan  di  meja.
“Di,  I  have  something  you  deserve  in  my  hand. You know what this is?” soal Jack, tersenyum.
Diana tidak perlu jawapan Jack. Dia tahu itu apa.
“Asid, my dear. Tak payahlah aku nak bagitau jenis apa. Kau bukan ambil chemist pun waktu SPM dulu,” Jack tersengih perli.
Dia membuka botol itu sambil membelakangkan Diana.
Tiba-tiba, kepalanya dihentak menyebabkan dia tersungkur di lantai. Botol asid yang tadi di tangannya tercampak jauh. Diana sudah berdiri.
“How?” Jack terperanjat. Dalam kekhusyukannya menikmati angan-angan bahawa nyawa Diana berada di dalam tangannya, dia tidak sedar ikatan di tangan dan kaki Diana sudah longgar.
Pisau yang kini berada di tangan Diana disasarkan ke dada kiri Jack. Jack pantas mengelak. Selang setiap saat, pisau itu akan melintasi wajah Jack namun Jack tangkas mengelak.
Ugh!
Kaki Jack menendang perut Diana. Membuatkan Diana tertunduk senak. Jack mengambil peluang ini untuk menolak Diana ke dinding. Pisau di tangannya juga sudah terlepas.
“Perempuan tak guna! Kau fikir kau boleh bunuh aku?!!” Jack menjerit gila. Tangannya mencekik Diana sekuat hati. Urat-urat timbul di lengannya. Diana lembik.
Namun, Diana tidak menyerah. Dia menendang lutut Jack menyebabkan Jack mengerang sakit. Diana terlepas dari cengkamannya lalu tangan Diana bergerak pantas. Rambut Jack digenggam lalu kepala Jack dihentak berkali-kali ke dinding. Diana tersenyum sehingga torehan di pipinya tadi semakin luas. Kepala Jack pecah. Darah menghiasi dinding putih rumah banglo itu. Setelah separuh muka Jack dilumuri darah, Diana berhenti dan melepaskan Jack. Jack terkulai di lantai.
Lemah. Dia langsung tidak mempunyai kudrat yang tinggal. Pandangannya kabur. Dia tertawa. Dapat merasakan ajalnya semakin hampir.
Diana mendapatkan botol asid yang tadinya ditayang bangga oleh Jack. Botol asid itu dibuka lalu isinya dicurahkan ke dalam mulut Jack.
Diana tertawa. Kesengsaraan yang dihadapi Jack membuatkan dia puas. Jeritan Jack apabila kerongkongnya melecur akibat asid itu umpama lullaby buat Diana. “ Kau, tak patut bermain api.”


Sejak kejadian itu, Diana dikawal ketat. Bukan sebagai pembunuh. Tetapi sebagai puteri kepada seorang bangsawan. Polis mendapati dia merupakan mangsa yang cuba mempertahankan diri. Hal itu membuatkan Diana tersenyum dalam sembunyi kerana merasakan dia boleh melepaskan diri dari apa sahaja.
Dia berkerusi roda. Hakikatnya, dia turut terjejas dari pergelutan dengan Jack. Kakinya lumpuh sebelah.
Suatu hari, seperti setiap pagi yang lain, dia menikmati udara pagi di beranda biliknya. Dua orang pengawal peribadi berkawal di luar biliknya.
Di tangan Diana, sepucuk pistol. Pistol itu diberikan bapanya untuk keselamatannya, jika perlu. Lesen senjata api? Tidak menjadi masalah dengan adanya wang.
Dia tertawa. Teringatkan Jack yang bodoh. Dan Danial yang bodoh. Sama sahaja kedua-duanya. Bodoh. “Brothers,” getus Diana.
Pintu biliknya terbuka. Diana berpaling untuk melihat siapa tetamu yang mengganggu paginya itu. Danial.
“Sayang, you’re back,” Diana tersenyum. Tersenyum melihat pistol lengkap dengan silencer di tangan Danial. Pistol yang digunakan untuk membunuh kedua-dua pengawal peribadi Diana yang berkawal di pintu.
“Kau perempuan sial. Aku pernah cintakan kau, tapi sekarang... aku akan bunuh kau!!”
Dan kedua-dua mereka mengangkat pistol. Mengacukan kepada satu sama lain.
BAMM!!!!

 Dan dia mati. Dan pembunuhnya tersenyum.


TAMAT

p.s: setelah sekian lama, habis gak.. maafkan saya atas segala kekurangan. harap anda terhibur.

Friday 5 February 2016

Teratai Yang Kini Bahagian 2

Percutian  Diana  dan  Jack  hakikatnya  bukanlah  percutian  apabila  mereka  ditugaskan melawat  tapak  projek.  Namun,  sambil  menyelam  sambil  minum  air  bukan?
Malam  kedua  di  situ,  pintu  bilik  resort  Diana  diketuk  oleh  seorang  gadis  remaja.  Gadis  itu  menyerahkan  sejambak  bunga  ros  merah  dan  putih  kepadanya  lalu  melarikan  diri.  Terdapat  sekeping  kad  kecil  yang  terselit  di  bunga  itu.





Meet  me  at  Bungalow  3  at  9  for  dinner.


It’s  a  date! Don’t be late!
 








Banglo  3?  Ya,  Diana  tahu  resort  ini  mempunyai  bilik  resort  dan  banglo.  Diana  tersenyum.  Jack  sanggup  menyewa  banglo  untuk  makan  bersamanya.  Ada-ada  sahaja  si  tampan  itu.
Diana  berjalan  ke  banglo  3.  Jalan ke  situ  dihiasi  lilin.  Tidak  pernah  Diana  sangka  Jack  akan  membesar  menjadi  seorang  lelaki  romantis  seperti  ini.
Dia  masuk  ke  dalam  banglo  yang  tidak  berkunci  itu.  “Jack?  Jack?”  laung  Diana.   Dia  yakin  Jack  sudah  berada  di  dalam.
Tiba-tiba,  mulut  dan  hidungnya  ditekup  dengan  kain.  Badannya  lemah.  Semuanya  gelap.


Belakangnya  terasa  sengal.  Perlahan-lahan,  dia  membuka  mata.  Dia  mahu  berdiri  namun  tersedar  bahawa  tangannya  terikat  dan  kakinya  terikat  pada  kaki  kerusi.  Mulutnya  juga  ditutup  dengan  duct  tape.  Dia  pandang  ke  hadapan  dan  seorang  lelaki  sedang  tersenyum  memandangnya.  Jack.
Jack  tersenyum  melihat  Diana  terikat  dan  tak  mampu  bergerak.  Dia  puas  melihat  Diana  begitu.  Senyumannya  bukan  senyuman  manis  yang  biasa  menghias  wajah  tampannya  itu,  tetapi  satu  senyuman  yang  menggerunkan.
Si  mangsa  masih  kekal  tenang.  Jack  yang  hanya  bersinglet  di  hadapannya  itu  langsung  tidak  menggerakkan  rasa  takut  di  dalam  hatinya.  Dia  tahu,  situasi  yang  sedang  dialaminya  adalah  salah  satu  gurauan  kasar  teman  lelakinya  itu.  Namun  benarkah  sangkaan  Tengku  Diana  Deann  itu?


“You’re  awake,  Diana,”  kata  Jack  sambil  mengusap-usap  pisau  di  tangannya.  Zapp!!  Jack  merentap  duct  tape  di  bibir  Diana.  “How  are  you  feeling?”  katanya  lalu  tertawa  kecil.
“Saya  okay  Jack.  Awak  sangat  kreatif  bergurau,”  Diana  tertawa  ceria.
“Really?  Am  I  kidding?”  Sisi  pisau  di  tangannya  digunakan  untuk  mengerlus  lembut  muka  Diana.
“Tak  ke?  Jadi  awak  memang  nak  bunuh  sayalah  ni?”  Diana  tersenyum  manis.
“I  don’t  know  Di...”   Zass!  Jack  menghiris  lengan  Diana  membuatkan  gadis  naif  itu  mengerang  sakit.  “Do  you  think  I’m  kidding?”
“Awak!  Kenapa  awak  buat  saya  macam  ni?!”  tanya  Diana,  air  mata  mula  mengalir  dari  matanya  yang  tadi  girang.
“Why?  Why  do  you  think?”  Zass!  Lagi  satu  hirisan  di  bahu  Diana.
Diana  terus  menangis.
“Well,  it  all  started  10  years  ago.  When  we  were  both  18.  Kau  ingat  kan?  Aku  duduk  rumah  setinggan?  Well,  kau  tahu  tak  apa  jadi  kepada  kawasan  setinggan  yang  aku  duduk  dulu?”  tanya  Jack  sambil  memandang  tajam  wajah  Diana.
Diana  pucat.
“Dear,  you  look  so  pale.  Would  you  like  to  drink?”  katanya  sambil  menghulurkan  sebotol  air  mineral  yang  telah  dibuka  penutupnya.  Botol  itu  disuakan  ke  mulut  Diana.
Diana  menoleh  ke  kiri,  menolak  botol  itu.  Entah  apa  yang  telah  diletak  Jack  ke  dalam  minuman  itu.
Jack  berang  dengan  kelakuan  Diana  lalu  dia  menyimbah  air  itu  ke  muka  Diana.  “Ungrateful!”
“Kau  tak  boleh  salahkan  aku!  Aku  belum  bekerja  lagi  waktu  tu!  Aku  baru  habis  SPM!”  jerit   Diana.
“Nonsense!  Why  do  you  think  I  date  you  for  three  months?!”  Jerit  Jack  lalu  bernafas  kasar  sebelum  dia  dapat  tenangkan  diri  dia  semula.  “I  knew  it  all,”  air  mata  mengalir  dari  mata  Jack.
“You  were  the  one  who  suggested  that  land  to  be  developed  to  your  father  and  the  heartless  man  supported  your  idea.  He  thought  the  compensation  of  6  000  ringgit  per  family  is  enough.  But  everyone  who  were  kicked  out  of  the  land  suffered!  Sooner  or  later  they  ended  up  on  the  streets!”  pandangan  tajam  Jack  menakutkan  Diana.
“I’m  sorry! Saya  tak  bermaksud  nak  buat  keluarga  awak  macam  tu,”   tangisan  Diana  semakin  kuat.
“Oh  no,  don’t  worry.  I  didn’t  end  up  on  the  streets  thanks  to  Danny,”  Jack  tersenyum  tawar.  “He  took  my  mum  and  I  in.  Even  so,  my  mother  died  due  to  depression  after  what  you  and  your  family  did.    I  almost  gave up  when  my  mother  passed  away.  But  Danny  always  got  my  back.  He  begged  his  father  to  sponsor  my  studies  in  France.  I  continued  living  there  after  my  studies  and  I  got  a  job,  and  then  I  got  married  and  have  a  family.  That’s  why  I  called  him  my  brother,  he  was  there  during  my  ups  and  downs.”  Jack  tersenyum.
“Jadi  kenapa  kau  buat  macam  ni?  Kau  dah  bahagia!”  Diana  bingung.
“Kenapa?  Bahagia?  Ya,  aku  bahagia.  A  happy  family  and  a  job  I  love,”  Jack  kembali  dengan  senyuman  gerunnya.  “Sampailah,  suatu  hari,  Danny  cari  aku  di  France.”

EMPAT  BULAN  LALU...

Jack  pulang  ke  rumah  dan  isterinya  menyambut  kepulangannya.  “You  have  a  guest,”  kata  Helen.
“Really?  Who?”  Jack  terkejut.
“Aku,”  Danial  selamba.
“Danny!”  Jack  teruja.  Mereka  berdua  berpelukan.  “What  brings  you  here?”
“Panjang  ceritanya,”  kata  Danial.
“Ceritalah,”  kata  Jack  membuatkan  Danial  membuka  mulut.  “But  after  we  eat  dinner.  Aku  kebulur.  Jangan  risau,  aku  pastikan  kau  boleh  makan  semua  ingredient.”
Mereka  makan  sambil  berbual  tentang  perkembangan  terkini  masing-masing.  Anak  Jack,  Adeline  pula  sibuk  bertanya  bermacam-macam  soalan  kepada  Danial.  Pening  kepala  Danial  melayan  anak  kecil  berambut  blonde  dan  bermata  sepet  itu.


Sesudah  mereka  makan,  Helen  membawa  Adeline  ke  bilik  tidur  kerana  mahu  memberi  dua  sahabat  lama  itu  privasi. 
“So,  why  are  you  here?”  Jack  tidak  berselindung  bertanya.
“Aku...  lari  rumah,”  kata  Danial  perlahan.
“HAH?!!  What  are  you?  Fifteen?”  Jack  terkejut.
“Aku  tahu,  aku  bodoh,”  Danial  kekal  tunduk.
“Wait,  aren’t  you  getting  married?  Hujung  bulan  ni?  Dengan  Diana?”  soal Jack.
“That’s  the  reason  I’m  here,”  kata  Danial  tersandar.
Jack  hanya  mengangkat  keningnya  meminta  penjelasan.
“Aku,  tak  boleh  teruskan  perkahwinan  ni,”  Danial  mengeluh.
“Kenapa?  You  loved  her  since  we  were  seventeen,”  Jack  keliru.
“But  she  don’t.  Aku  nampak  dia  dengan  lelaki  lain,”  Danial mengeluh  lagi.
“Kawan  dia  ke?”  Jack  cuba  membuat  Danial  berfikiran  positif.
“Sampai  bersuap?”  kata-kata  Danial  membuatkan  Jack  terdiam.

Mereka  kekal  senyap  untuk  beberapa  minit.  Tidak  tahu  apa  lagi  yang  boleh  dikatakan.
“Danny,  kalau  kau  nak  aku  balas  dendam,  aku  boleh  buat,”  cadang  Jack.
“Kau  nak  buat  apa?  Bunuh  Diana?  Sanggup  masuk  jail  sebab  aku?”  Danial  menjeling  Jack.
“Danny,  kalau  kau  tak  ada  dulu,  aku  mungkin  dah  mati.  Or  the  best  that  would  ever  happen  to  me  is  working  as  a  pump  attendant  and  being  homeless,”  Jack  ikhlas.  “So,  I  would  do  anything  to  make  you  happy,  because  you’re  my  brother.”
Danial  terharu.  “Thanks  Jack.  But  I  don’t  want  you  risking  anything  for  me  because  as  you  said,  we’re  brothers.  Dan  aku  terlalu  sayangkan  Diana  untuk  sakiti  dia.  Masa  akan  berlalu  dan  aku  akan  okay.  Dan  dalam  masa  tu,  aku  akan  duduk  France  untuk  tenangkan  fikiran,”  luah  Danial.
“Whatever  that makes  you  happy  bro,”  Jack  tersenyum.


KINI...
“Jadi,  begitulah  ceritanya.  Kenapa  kau  ada  di  sini,”  Jack  tersenyum  memandang  Diana.
“Kenapa  kau  buat  macam  ni?!  Danial  dah  cakap  dia  tak  nak  sakiti  aku!”  Diana  menjerit.
“NO!! You  didn’t  see  him  suffer!  He  was  alive  but  dead  on  the  inside!  Dan...  aku  tak  buat  ni  untuk  Danny  sahaja.  Aku  buat  ni  untuk  mak  aku.  Dan  diri  aku,”  pisau  di  tangan  Jack  hinggap  di  pipi  Diana.

Jack  mendekatkan  mukanya  ke  muka  Diana.  Dagu  Diana  dipegang  kuat  agar  wanita  itu  bertentangan  mata  dengannya. “You   impressed  me,  somehow.  Aku  kagum  dengan  lakonan  kau  yang  pura-pura  nampak  Danial  hari  tu.  Sampai  meraung-raung.  You  deserve  the  Oscar  Awards.  Adik  kau  sampai  percaya,  tapi  aku  tak  pelik  sangat.  Sebab  family  kau  memang  bodoh!”  lagi  sekali  lengan  Diana  dimakan  pisau  Jack.  Erangan  Diana  membuatkan  Jack  tersenyum.