Afif memberhentikan motornya
di hadapan rumah
kampung usang peninggalan
ibunya. Dahinya berkerut
apabil meihat sebuah
‘kereta mahal’ di
hadapan rumah. Dia
menongkat motor kapcainya
dan seorang lelaki
keluar dari ‘kereta
mahal’ itu. Afif
jatuh terduduk saat
lelaki itu menghampirinya.
“Su- Supiron,”
Afif tergagap-gagap. “Eh,
kenapa ni? Saya
bukan orang jahat,”
lelaki yang dipanggil
Supiron itu berpeluh.
“Jangan dekat!” Afif
menjerit. Makhluk di
hadapnnya menyerupai dirinya.
Dia sungguh yakin
makhluk itu bukan
manusia.
“Saya tak
akan apa-apakan awak,”
lelaki itu semakin
berpeluh, panik melihat
reaksi insan yang
dicari-carinya itu. “Aku
tak percaya kau
setan! Jangan kacau
aku!” maki Afif.
“Ya Allah, siapa
Supiron? Saya Danish
Darius! Ada hal
yang saya nak
bincangkan dengan awak!”
Afif terdiam
seketika. ‘Eh, saka
boleh sebut nama
Tuhan ke?’ otaknya
tersedar akan perkara
itu. Dia bingkas
bangun. Kedua-dua tapak
tangannya diletakkan di
pipi Danish lalu
membelek-belek muka Danish.
‘Macam mana aku
boleh lupa aku
ada klon?’ Afif
berbisik di dalam
hati lagi sekali.
Danish pula hanya
tergamam melihat perangai
Afif yang seperti
orang buang tebiat.
“Kau dahaga?
Nak air ke?”
Afif berlagak seperti
tiada apa-apa yang
berlaku sebaik mereka
masuk ke dalam
rumah Afif. “Boleh
juga.” Afif lantas
menuang air kosong
ke dalam gelas
lalu diletakkan di
atas meja di
hadapan Danish. Biasalah,
rumah orang bujang,
tak mungkin ada
rendang dan ketupat
pula.
“Tadi, kau
cakap nama kau,
siapa?” tanya Afif
walau dia sudah
tahu jawapannya. “Danish
Darius,” beritahu Danish.
“Jadi, kau anak
angkat Darius Suhaimi?”
lagi sekali, Afif
bertanya soalan yang
telah diketahui jawapannya.
“Macam mana awak
tahu saya anak
angkat?” Afif hanya
tersenyum mendengar soalan
perangkap itu. Danish
turut tersenyum.
“Jadi... awak
tahu yang saya
kembar awak?” soal
Danish. “Aku ingat
kau dah mati,”
kata Afif tanpa
berselindung. Senyuman Danish
mati dan riak
mukanya tidak dapat
dikawal. “Mak kata
dia bagi kau
dekat orang kaya
sebab kau sakit
sejak lahir dan
rawatan kau perlukan
duit. Aku tak
pernah dengar apa-apa
lagi pasal kau.
Aku ingat kau
dah mati,” Afif
cepat-cepat memnerangkan ayatnya
apabila tersedar perubahan
ekspresi muka Danish.
Mereka kekal senyap
seketika, terasa janggal
bersama ‘refleksi’ masing-masing.
“Mak dah
meninggal,” suara Afif
memecah kesunyian. “Aku
tahu,” Danish tersenyum
tawar. “Kenapa kau
datang sini?” suara
Afif kedengaran tegas.
“Mak dah tak
ada, tapi Afif
masih-“ “Kau baliklah.
Jangan datang sini
lagi. Aku tak
perlukan kau,” Afif
berjalan ke arah
pintu masuk dan
membukanya bagi memudahkan
Danish keluar. “Saya
dengar Afif berhutang,”
kata-kata Danish menghentikan
langkah Afif. “Jadi?”
“Abang boleh tolong
Afif.”
‘E’eh mamat
ni. Tahulah dia
lahir dulu tapi
‘abang’? Biar betul!
Dia tua berapa
minit je!’ hati
Afif merungut lalu
dia meluahkannya. “Satu,
tak payah nak
‘abang’ sangat. Beza umur kita
tak sampai sepuluh
minit! Dua, aku
tak perlukan kau
nak melawan saka-saka
tu.” “Saka?” Dahi
Danish berkerut. “Lintah
darat tulah. Sudahlah... tolong balik,”
Afif menghalau Danish
dengan segala hormatnya.
Danish mengeluh, “Fine.”
Dia lalu mengatur
langkah keluar dan
di saat kaki
kanannya melangkah keluar
dari rumah, kedengaran
azan Maghrib berkumandang
dari surau berdekatan.
“Boleh aku solat
dulu?” tanya Danish
sambil tersenyum. Kali
ini, Afif pula
yang mengeluh. ‘Susah
betul nak halau
mamat ni.’
“Sejadah ada?”
tanya Danish sesudah
mengambil wuduk. Afif
menunding jarinya ke
arah sebuah bilik.
“Kau masuk bilik
tu, ada satu
almari yang dah
nak runtuh. Dalam
tu mungkin ada
sejadah lama mak.
Aku rasa aku
tak buang,” kata
Afif selamba. “Jom
solat berjemaah,” Danish
mempelawa. “Aku tak
solat.” “Oh,” itu
sahaja yang mampu
terluah dari mulut
Danish.
Usai solat,
Danish dengan sendirinya
melangkah ke pintu.
Sebelum pergi, dia
bertanya “Siapa Supiron?”
Afif memandangnya dan
hanya berkata, “Baliklah,”
sebelum keluar, dia
sempat berpesan. “Kalau
ada apa-apa, call
saya,” lalu memberikan
kad bisnesnya. ‘Jangan
harap,’ hati Afif
berkata lalu dalam
kepalanya terngiang-ngiang pesanan
dari arwah maknya.
Mak mereka.
Saat Danish
pergi, Supiron duduk
di sebelah Afif.
Afif membuat tak
tahu tetapi Supiron
terus menghasutnya. “Terimalah
tawaran aku, Afif.
Kau memang ditakdirkan
untuk berdamping denganku.”
Afif merenung tajam
wajah hodoh Supiron.
Hatinya membisik kalimah
suci, meminta tolong
Allah Yang Maha
Esa, Di saat
itu, Supiron menjerit
nyaring kerana panas
panahan kalimah pujian-pujian
terhadap Allah. Afif
turut berasa panas
dan pedih. Apabila
dia menoleh, Supiron
sudah lesap.
Supiron – saka dari
keturunan bapa Afif.
Bapa Afif, Khairil
mati muda dan
tidak pernah mewarisi
Supiron. Saka itu
cuba mendampingi ibu
Afif, Suraya, namun
Suraya tidak menerima
tawarannya sehinggalah Suraya
meninggal dunia.
Selepas pengebumian
Suraya, Afif hendak
menunaikan solat Zohor
tetapi apabila dia
mula membaca al-Fatihah,
dia berasa pening
dan bahang sehingga
dia tidak mampu
berdiri. Selepas dia
baring di katilnya,
dia dapat mendengar
Supiron mengilai. Sejak
hari itu, dia
berhenti beribadah. Cuma
terkadang jiwanya rindukan
Tuhan lalu dia
berzikir di dalam
hati walau badannya
terasa seperti sedang
terbakar.
Afif tidak
pernah menerima Supiron
tetapi entah mengapa
dia aka berasa
panas setiap kali
dia beribadah. Mungkin
dia telah menerima
Supiron tanpa sedar
atau mungkin hanya
kerana imannya lemah.
BERSAMBUNG...
Assalamualaikum. 2nd CERPEN!! Kali ni MZ cuba buat selamba sikit. Selamat mengkritik dan membaca~~
Bestnya cerpen ni... Awak pandai tulis cerpen. Bahasa yang awak guna sangat halus. Tahniah. Awak tulis cerpen lagi hebat daripada saya.
ReplyDeleteHehehehe. Thanks for the compliment. Saya belum sempat baca cerpen awak tapi saya dah baca sajak awak yang latest tu. BEST!! oh ya.. apa maksud awak.. bahasa yang saya guna halus? Maaf.. tak berapa faham :)
DeleteBahasa halus tu maksudnya bila baca cerpen awak kita rasa lancar je... kata kata dan bahasa yang awak gunakan sangat tepat. Hanya orang yang berbakat menulis je yang ada kemahiran tu. Lebih tepat lagi cerpen awak ni macam cerpen cerpen yang ditulis oleh penulis penulis besar (dari sudut gaya bahasa dan penggunaan kata) Saya sendiri tak ada kemahiran tu. Saya tak mahir menulis tetapi saya minat menulis. Saya yakin awak bukan sahaja minat tetapi juga mahir menulis. Saya doakan moga moga awak jadi penulis terkenal suatu hari nanti.
DeleteOh.. thanks sebab jelaskan. Saya harap kita berdua masing-masing akan dapat capai impian yang terbaik untuk kita berdua!!! Ameen!!
Delete