Setelah beberapa
bulan, perkenalan yang
disebabkan satu pembunuhan,
menjadi satu hubungan
istimewa antara Marissa
dan Zarin. Adat
orang bercinta, tiada
rahsia.
“Zar tahu,
Mar ada seorang
abang dulu,” kata
Marissa sambil meghulurkan
gambar abangnya kepada
Zarin.
“Waktu Mar
kecil, kami berdua
rapat sangat. Kami
berdua langsung tiada
rahsia, macam kita
sekarang,” kata Marissa
sambil tersenyum manis
kepada Zarin. Zarin
turut tersenyum. “Kalau
nak berahsia pun
mustahil, sebab kami
kenal sangat perangai
masing-masing. Walaupun selepas
Mar larikan diri
dari rumah dan
dapatkan identiti baru
selepas mama jadikan
Mar anak angkat,
Mar tak pernah
terputus hubungan dengan
abang,” Zarin terangguk-angguk mendengar cerita
Marissa.
“Dari kecil,
abang aktif sangat.
Bersukan, memancing, panjat
pokok... banyak lagilah.
Sampailah suatu hari
sifat aktif abang
tu bawa padah
kepada diri dia.
Dia mula merempit
dan ambil dadah.
Abang pernah pukul
dan ugut Mar
untuk dapat duit,”
mata Marissa bergenang
dengan air mata
lalu dia menyeka
air mata itu
menggunakan lengan bajunya.
“Akhirnya, abang
mati. Dia kemalangan
sewaktu merempit bawah
pengaruh dadah. Sekarang,
Mar dah tak
ada abang lagi,”
Marissa tersenyum tawar.
Zarin hanya mampu
mendiamkan diri. Tidak
tahu respon bagaiman
yang harus diberikan.
Tiba-tiba, telefon bimbit Zarin
berbunyi.
“Hello? Ya?
Baik, saya datang
sekarang,” Zarin mematikan
panggilan lalu menoleh
ke arah Marissa.”Zar kena
pergi. Hanny call,
dia kata ada
kes baru,” Zarin
tersenyum kelat, berasa
bersalah kerana terpaksa
meninggalkan kekasihnya itu.
“Bye.” Zarin pun
pergi untuk menjalankan
tugasnya.
Kini, Marissa
pula yang tersenyum
kelat. Hanny ialah
rakan setugas Zarin.
Walaupun Zarin dan
Hanny sendiri mengatakan
mereka sekadar rakan
setugas, Marissa tidak
dapat membuang rasa
cemburu itu.
Rafina duduk
termenung. Kemudian, dia
berdiri dan tangannya
mengerlus halus tujuh
potret yang dilukisnya.
Mangsa pertamanya, Pak
Din. Kedua, ibu
tirinya. Selepas itu,
nenek angkatnya, abangnya,
rakan sekerjanya dan
yang terbaru, seorang
perompak yang tersalah
memilih mangsa. Semua
pembunuhan itu, perfect
crime. Tiada bukti
yang ditinggalkan dan
sebahagian daripadanya langsung
tidak disyaki sebagai
pembunuhan.
Kesalahan yang
dilakukan oleh mangsa-mangsanya tidak
disedari atau dianggap
sebagai satu kesalahan
oleh undang-undang. Jadi,
dia menghukum mangsanya
mengikut pengadilannya sendiri.
Sesiapa yang mengganggu
ketenangan hidupnya mesti
dihapuskan!
Kes yang
kepada Zarin kali
ini seakan-akan membawanya
ke jalan buntu.
Kerana kasihankan teman
lelakinya yang tidak
pulang ke rumah
hampir seminggu, Marissa
membawakan makanan buat
Zarin ke tempat
kerjanya. Makanan untuk
Hanny juga ada.
Namun, apa yang dilihatnya
betul-betul mencalarkan hati
wanitanya. Zarin sedang
memeluk Hanny! Bagi
Hanny yang sememangnya
menyukai Zarin, ia
suatu peluang keemasan yang
tidak akan dilepaskan!
Apabila mereka
sedar kehadiran Marissa
barulah pelukan itu
dirungkaikan. Marissa menapak,
cuba meninggalkan tempat
itu.
“Marissa!! Its
not what it
seems!” Zarin mengejarnya.
“Apa?! Mar ingat
Zar kerja tapi
tak.... Zar curang!”
Marissa berlalu pergi
dan Zarin hanya
mampu melihat.
Beberapa bulan
berlalu sejak pembunuhan
ketujuh Rafina. Hari
ini, Rafina nekad!
Nekad unuk membunuh
mangsanya yang ke-lapan!
Dia mencapai telefon
bimbinya lalu mendail
nombor mangsanya.
“Zar, boleh
Zar datang rumah
Mar? Mar ada
benda nak dibincangkan,” Rafina
mematikan talian setelah
mangsanya setuju untuk
masuk ke dalam
perangkap.
Adat orang
bercinta, tiada rahsia.
Memang tiada rahsia
antara Marissa dan
Zarin. Rafina ialah
Marissa tetapi Marissa
bukan Rafina. Marissa
mempunyai dua identiti
kesan daripada menjadi
mangsa dunia.
Dan kali
ini, kerana cemburu,
mangsanya ialah Zarin.
BERSAMBUNG....
Done baca 3 chapter. Best. Thriller. Hehe. Good job. :D
ReplyDeleteThank You CIA!!! Appreciate it very much!!! Bila nak sambung cerpen Macaroons Love Story Ramadhan? Patik setia menunggu.. huhu
Deletehihi. InshaAllah nanti CIA update. :D. tq sudi tunggu. ;)
DeleteTeruskan... best!
ReplyDeleteThanks !!! Saya sgt menghargai sebab awak sudi baca!!
Delete