Search This Blog

Wednesday, 28 January 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 4

Hari  3
Aku kagum dengan diri sendiri dan juga Hazira dan Azman. Kami begitu senang menyesuaikan diri.
Gangguan-gangguan makhluk lain pada malam semalam kami tidak endahkan dan berjaya tidur walaupun tidak begitu lena. Kami terbiasa hanya minum 3 teguk air sehari dari botol air Hazira dengan tisak makan apa-apa.
Cuma, aku harap seseorang menjumpai kami segera. Badan kami melekit dan semakin lemah dan tenaga semakin kurang tanpa makanan.
Pagi tadi, Azman terjumpa pisau NT. Dia cuba mengopak pintu menggunakan pisau itu namun gagal. Akhirnya, muncung pisau itu patah sedikit.
Sekarang pun, aku sedag menggagahkan diri menulis tanpa pengetahuan mereka. Mereka fikir aku sedang membuat kerja rumah. Semoga seseorang menjumpai kami segera.

Raihana,  Christine  dan  Qaleef  terus  membaca  catatan  hari-hari  seterusnya.  Catatan  itu  banyak  menulis  tentang  gangguan-gangguan  di  sebelah  malam,  tenaga  mereka  yang  semakin  berkurang  dan  cubaan  mereka  untuk  keluar  dari  bilik  itu.

Hari  7
Kami buntu. Tiada siapa yang datang menyelamatkan kami. Sudah bermacam cara kami cuba untuk keluar dari bilik ini, tetapi gagal.
Bekalan air di dalam botol Hazira sudah habis semalam. Haus dan lapar jangan dikata.
Cepatlah. Jika ditakdirkan ada bantuan, cepatlah.
Itu  merupakan  catatan  terakhir  dalam  buku  itu.  Ketiga-tiga  mereka  tertanya-tanya  dan  meluahkan  rasa  tidak  puas  hati  tentang  cerita  yang  tiada  penamat  itu.
Tiba-tiba,  mereka  terdengar  bunyi  orang  berlari  di  atas  lantai  kayu.  Bukan  seorang,  ramai.  Mereka  terlalu  leka  membaca  buku  itu  sehingga  tidak  sedar  bulan  penuh  sudah  lama  mengambang.  Mereka  memekakkan  telinga.
Mereka  tahu,   itu  bukan  manusia.  Masing-masing  merapatkan  diri  kepada  satu  sama  lain.  Takut  disorokkan  untuk  menenangkan  diri.  Setelah  bunyi  tapak  kaki  itu  berhenti,  mereka  dengar  pelbagai  suara  yang  menaikkan  bulu  roma  tengkuk  mereka.

“Tolong  cikgu,  jangan  tinggalkan  cikgu!”
“Ah,  lepaskan  aku!”
“Tolong..”
“Lepaskan  kaki  aku!”

Pap!  Bunyi  satu  benda  berat  jatuh  ke  tanah  menghilangkan  dua  suara  itu.  Suara  jeritan  yang  panjang  mengambil  alih.  Suara  itu  seperti  dalam  kesakitan,  suara  garau  wanita.
Tidak  lama  selepas  jeritan  itu,  mereka  bertiga  melihat  seorang  lelaki  yang  sedang  menjunam  ke  tanah  daripada  bilik  tingkap  itu.  Jasad  lelaki  itu  seolah-olah  terhenti  di  luar  tingkap  bilik  itu.  Matanya   merenung  ketiga-tiga  mereka,  dan  entah  apa  sebabnya  mereka  bertiga  juga  turut  merenung  lelaki  itu  seolah-olah  mereka  dipukau!
Qaleef  kenal  lelaki  itu.  Dia  dan  Christine  merupakan  pelajar  tingkatan  satu  sewaktu  pelajar  lelaki  tingkatan  5  itu  mengambil  keputusan  membunuh  diri  dengan  terjun  dari  bumbung  blok  itu.  Ada  cerita  yang  mengatakan  lelaki  itu  membuat  keputusan  drastik  itu  kerana  masalah  keluarga  tetapi  ada  juga  cerita  mengatakan  bahawa  dia  tertekan  akibat  dibuli.
Mata  lelaki  itu  merenung  mereka  bertiga  seolah-olah  meminta  bantuan  dan  meminta  dikasihani.  Tapak  tangannya  yang  berdarah  dilekapkan  kepada  cermin  tingkap  itu,  lalu  badannya  jatuh  menjunam  ke  tanah.
Apabila  mereka  sudah  boleh  memalingkan  muka,  Christine  dan  Raihana  menjerit  sekuat  hati.  Mereka  masih  tidak  dapat  membuang  dan  masih  dapat  merasakan  renungan  lelaki  itu!
“Kau  orang,  bertenang.  Benda-benda  itu  tak  akan  dapat  apa-apakan  kita,”  Qaleef  mengingatkan  dua  gadis  yang  sedang  berpelukan  itu.  Air   mata  yang  jatuh  tidak  usah  dikira.


“Cerita  tadi.. best  kan?”  Christine  yang  pertama  bersuara  setelah  diam  lama  menguasai  mereka  bertiga.
“Hurm,”  Raihana  membalas  perlahan.
“Tapi, kauorang  tak  curious  ke?”   tanya  Qaleef.  Masing-masing  sedang  cuba  melupakan  apa  yang  mereka  lihat  dan  apa  yang   mereka  dengar.
“Pasal  apa?”  soalan  Raihana  menjawab  pertanyaan  Qaleef.
“Pasal  apa  yang  jadi  kepada  mereka  bertiga  dalam  cerita  ni,”  matanya  menyorot  ke  buku  tulis  lama  dalam  pegangannya.

“Mari  aku  ceritakan,”  tiba-tiba  satu  suara  lembut  menyapa  telinga  mereka  bertiga.  Seorang  gadis  sedang  berdiri  di  tepi  tingkap  memandang  ke  luar.  Hantu!


BERSAMBUNG...

Ok..  MZ  tahu..  janji  nak  update  last  week  which  means  sepatutnya  Sabtu  atau  Ahad  lepas.. tapi  ni  dah  nak  masuk  minggu  lagi  satu  dah.. AMPUN!! Seriously  sibuk  sangat... jangan  putus  harapan  nak  baca  pula!!

No comments:

Post a Comment