Search This Blog

Monday, 16 February 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 5


Gadis  itu  memakai  baju  sekolah,  seperti  Christine  dan  Raihana.  Dia  membelakangi  mereka  bertiga.  Hanya  tubuhnya  yang  tinggi  lampai  dan  rambutnya  yang  panjang  paras  lengan  sahaja  ditunjukkan  kepada  mereka.  Kemunculannya  membuatkan  Raihana  dan  Christine  berpelukkan.
“Siapa  kau?”  Qaleef  memberanikan  diri  menegur.  Sebenarnya,  satu  tindakan  bodoh.
“Aku...”  gadis  itu  memusingkan  badannya.  Mukanya  hodoh!  Terkoyak!  Bukan  dari  kesan  terbakar  tetapi  kesan  dikoyak  dan  ditoreh.  Pipinya  hampir  tiada  daging,  tulang  pipi  hampir  kelihatan.  Darah  pekat  mengalir  tak  usah  dicerita!  Apa  yang  dilihat  mereka  melemahkan  lutut  mereka  yang  sememamngnya  sudah  lemah.  Gadis  itu  menyambung  bicaranya;  “Aku..  penulis  buku  itu.”
Qaleef  terus  mencampakkan  buku  tulis  di  tangan  ke  lantai.  Melihat  perbuatan  Qaleef  itu,  gadis -  tidak,  makhluk.  Makhluk  itu  kelihatan  marah.  Matanya  seperti  berapi!  Namun,  wajahnya  bertukar  menjadi  wajah  seorang  gadis  manis.
“Pergi,  jangan  kacau  kami.  Kami  tak  kacau  kau!”  Qaleef  menghalau.  Dia  tahu,  ‘yang  ini’  lain  daripada  ‘yang  tadi’ .  ‘Yang  tadi’  tidak  menegur  mereka  seperti  ‘yang  ini’ . 
Makhluk  itu  tersenyum.  “Nama  aku  Shahirah,  kau  nak  tahu,  bukan?  Pengakhiran  cerita  itu?  Mari  aku  ceritakan,”  Makhluk  itu  duduk  di  kerusi,  betul-betul  di  hadapan  Qaleef  yang  duduk  di  lantai.
“Aku  tak  nak  dengar,  pergi!”  Qaleef  separuh  menjerit.  Kedudukannya  kini  sudah  beralih,  dia  duduk  di  hadapan  Christine  dan  Raihana,  seolah-olah  melindungi  mereka.  Namun,  makhluk  itu  terus  tersenyum.
“Aargh!”  Ketiga-tiga  mereka  menjerit.  Badan  mereka  sakit,  terasa  seperti  ada  benda  yang  tajam  memasuki  badan  mereka  secara  paksa,  sakit!  Minda  mereka  separti  dikawal!  Apabila  mereka  membuka  semula,  mereka  melihat  dari  mata  Shahirah!

BERSAMBUNG...

Assalamualaikum!! Ini bahagian ke5... setelah sekian lama... ampun beribu ampun!!! terima kasih kerana sudi membaca!! Oh ya, bahagian seterusnya agak disturbing.. untuk MZ lah... tidak disyorkan bagi yang berumur 15 tahun ke bawah. 

No comments:

Post a Comment