Christine membaca
muka surat pertama.
Hari 1
Semuanya berlaku pantas. Bagaimana kami boleh terperangkap di sini, dan
bagaimana kami dapat menenangkan diri dan menyesuaikan diri dengan keadaan
kami. Semuanya pantas.
Aku menulis kerana aku percaya pengalaman ini dapat menarik perhatian
rakan-rakan lain sekaligus menjadikan cerpen ini salah satu cerpen dalam buku
antologi tahun ini.
Sudah-sudahlah tentang niat aku menulis. Semuanya bermula petang
tadi,pelajar-pelajar lelaki tingkatan 5 yang nakal mengunci bilik penulisan ini
dari luar, entah bagaimana mereka dapat kunci bilik ini.
Aku dan Hazira panik. Hari ini merupakan hari terakhir penggal pertama
jadi tiada siapa yang akan datang ke sini selama 2 minggu! Apa yang bakal kami
makan? Apa yang bakal kami minum? Tahap panik aku dan Hazira membuatkan muka
masing-masing pucat.
Namun, Azman berjaya menenangkan kami. Katanya, pasti ada orang yang bakal
mencari kami. Bila difikirkan, betul katanya. Tidak mungkin ibu tidak mencari
anak daranya yang tidak pulang ke rumah, aku lega.
Paling tidak pun, kami akan bermalam di sini selama satu malam, bukan?
Muka surat pertama yang dipenuhi
tulisan yang kemas
berakhir di situ.
“Rai, read this.
Ada orang pernah
terperangkap juga dalam
bilik ni,” beritahu
Christine sambil menghulurkan
buku itu kepada
Raihana.
“Mana?” Qaleef yang
baru terjaga dari
tidur menyampuk. Qaleef
membaca muka surat
pertama itu bersama
Raihana.
“Wow, what a
coincidence!” komen Raihana
selepas selesai membaca.
“Macam Deja Vu!”
kata Qaleef, teruja.
“Nak baca lagi!
Nak baca lagi!”
Raihana semakin teruja.
Lalu ketiga-tiga mereka
menyelak muka surat
seterusnya.
HARI 2
Malam semalam terasa begitu panjang. Tidur kami sentiasa terganggu.
Kisah-kisah yang kami dengar dari mulut senior kami sememangnya benar dan apa
yang kemi lalui semalam membenarkan sejarah sekolah ini yang tidak tercatat.
Kononnya dahulu, bangunan ini pernah terbakar. 3 orang guru dan 8 orang
pelajar diceritakan mati dalam kebakaran itu. Beberapa pelajar lain cedera
parah. Bangunan ini hancurm rebah ke tanah akibat kebakaran itu. Akhirnya,
bangunan yang dahulunya 2 tingkat, menjadi 4 tingkat, sebagaimana yang sedang
digunakan kami sekarang. Dan, roh mangsa-mangsa kebakaran itu kononnya masih
menghantui bangunan ini sampai ke hari ini. Begitulah cerita yang diturunkan
dari mulut ke mulut. Entah betul atau tidak.
Namun, pengalaman kami malam semalam membenarkan cerita itu.
Kami bertiga tidur di lantai. Aku dan Hazira tidur sebelah-menyebelah dan
Azman tidur agak terpinggir dari kami. Masing-masing mula melelapkan mata dan
aku yang terakhir. Agak lucu bagaimana kami bertiga dapat tidur sedangkan kami
mungkin terperangkap di sini selama dua minggu tanpa sebarang bekalan makanan.
Sekitar pukul 1.00 pagi, kami terjaga. Kedengaran bunyi riuh di luar bilik
ini. Kami amati betul-betul. Kami dengar bunyi tapak kaki berlari-lari di atas
lantai kayu, bukan seorang, ramai. Dahi kami bertiga berkerut. Dari mana
datangnya bunyi lantai kayu dipijak itu sedangkan bangunan ini semuanya
diperbuat dari simen dan batu?
Tidak lama selepas itu, kami dengar bunyi orang menjerit, “Api, lari!”
diikuti dengan suara orang merayu. “Tolong! Tolong jangan tinggalkan aku!
Tolong aku!” Berderau darah aku. Dapat kurasa ketakutan dalam suaranya dan kami
bertiga tahu itu bukan suara manusia hidup. Macam-macam lagi yang kami dengar
selepas itu.
Tiba-tiba seorang lelaki berada di dalam bilik ini. Mukanya habis melecur.
Kulitnya terkupas menampakkan daging mukanya bersama darah yang pekat. Dia
mengesot ke arah kami. “Tolong, tolong aku,”
suara garaunya melemahkan lutut kami. Kami mula menjerit, dan apabila
makhluk itu berada betul-betul di hadapan kami, tangan kanannya menggapai, cuba
menyentuh lutut Azman. Dan dia hilang.
Kami memaksa diri untuk melelapkan mata walau telinga mendengar pelbagai
bunyi yang membuat bulu roma kami meremang.
Itu sahaja yang bakal aku ceritakan tengahhari ini. Aku harap seseorang
menjumpai kami sebelum malam, gerun memikirkan kami perlu melalui malam di sini
lagi.
Begitulah cerita yang
tertulis pada beberapa
muka surat selepas
muka surat pertama.
Raihana menelan liur.
Dia tahu, dia
pasti harus bermalam
di sini. Bagaimana
jika dia, Christine
dan Qaleef juga
diganggu? Kerisauan jelas
terpampang di wajahnya.
Berbeza dengan Christine
dan Qaleef yang
masing-masing tua setahun
daripadanya. Mereka nampak relaks
sahaja.
“Bosan! Siapa hendak
baca gaya penulisan
yang bosan begini?”
komen Qaleef.
“Its quite okay
actually, eventhough its
not something to
be called excellent.
But, trust me.
Ramai yang nak
baca cerpen ni,”
komen Christine pula.
“Kenapa pula? Disebabkan
gaya penulisan yang
membosankan, orang akan
berhenti membaca separuh
jalan,” Qaleef menyangkal
kata-kata Christine.
“Tak juga. Jalan
ceritanya menarik. Semua
orang mesti nak
baca tentang kisah
silam sekolah mereka
terutamanya cerita hantu,
and I don’t
think they would
stop reading halfway.
Semua orang mesti
curious macam mana
diaorang bertiga boleh
keluar dari bilik
ini,” sanggah Christine
pula.
“Tapi kau tak
rasa ke, sehebat
mana pun sesuatu
jalan cerita, mesti
diiringi dengan gaya
penulisan yang baik?”
Qaleef menyuarakan pendapatnya.
Memang itulah pendiriannya
setiap kali menulis
cerita.
“Maybe, maybe not,”
kata Christine lalu
mereka menyelak muka
surat seterusnya.
BERSAMBUNG...
Okay... MZ cakap nak update semalam tapi MZ pi update hari ni. Wahai MZ... kau tau tak mungkir janji tu ciri-ciri orang munafik? Tapi aku tak janji.. aku cakap ja....
Tak.. sebenarnya memang nak update semalam tapi rasa cam rushing sangat sebab hari Jumaat baru post.. so.. terima kasih kerana membaca! Inyaallah MZ update bahagian 4 minggu hadapan.. lagi sekali, MZ cakap je.. MZ tak janji.. hehe :D
P.S: MZ terasa bila Qaleef cakap pasal jalan cerita sebaik mana pun tak berguna kalau gaya penulisan tak best.
No comments:
Post a Comment