Pengawal keselamatan
yang bertugas, Pak
Zainal meninggalkan bangunan
kokurikulum sebaik sahaja
mengunci pintu semua
bilik di bangunan
itu.
“Tolong! Tolong
keluarkan kami! Kami
ada di sini!”
Telinga Pak Zainal
dapat menangkap suara
wanita menjerit meminta
tolong. Bulu romanya
menegak naik apabil
dia tiba-tiba teringat
cerita-cerita seram mengenai
sekolah yang penuh
sejarah itu. Tanpa
berfikir panjang, Pak
Zainal mengangkat kaki
meninggalkan bangunan kokurikulum
tanpa menoleh ke
belakang.
Christine mengeluh.
Kepalanya yang terjulur
ke luar tingkap
dimasukkan semula, hampa.
Dia melaung untuk
meminta tolong tetapi
pengawal keselamatan yang
bertanggungjawab itu langsung
tidak menoleh ke
belakang.
“Don’t worry,
paling teruk pun
kita kena tidur
di sini satu
malam. Esok kan
hari Rabu, ada
sekolah, jadi mesti
pak guard itu
akan buka pintu
ni pagi-pagi. Kalau tak
pun, meti ibu
bapa kita akan
cari kita bila
kita tak balik
malam ni,” Qaleef
cuba menenangkan dua
gadis itu.
Sebenarnya, dalam
hati, Qaleef turut
risau. Macam mana
dia mahu solat
Maghrib dan Isya’? Dia
mengeluh. Sudah pasti
dia perlu Qada’
solatnya. Itupun, belum
tentu dia sempat
solat Subuh pada
esok pagi. ‘Untunglah
jadi orang perempuan,
ada cuti,’ desis
hatinya.
Beberapa jam
selepas itu, kegelapan
malam menawan langit.
Bilik di tingkat
empat itu diterangi
lampu yang malap.
Hanya bilik itu
yang bercahaya tetapi
pengawal keselamatan syif
malam itu, Zahidi,
buat tidak nampak
sahaja. Dia telah
memeriksa dan kedua-dua
pagar di tangga
blok itu dan
kedua-duanya berkunci. Jadi,
dia pasti yang
di atas itu
bukanlah perompak mahupun
pencuri.
Zahidi tahu,
sekolah itu ‘keras’!
Pernah terjadi, sewaktu
dia baru mula
bertugas di sekolah
itu, dia ternampak
lampu di salah
satu bilik di
tingkat empak menyala
tetapi pagar di
tangga elok berkunci.
Jadi, Zahidi naik
ke tingkat empat
untuk menutup suis
lampu itu. Namun,
apabila dia sampai
di bilik itu,
lampu sememangnya tertutup.
Dahinya berkerut. Tiba-tiba,
dia dapat dengar,
betul-betul di belakangnya,
suara orang mengilai.
Tidak jejak tanah
kaki Zahidi sewaktu
berlari menuruni tangga.
Nasib baik jantungnya
masih melekat.
Mereka bertiga
duduk di dalam
bilik itu tanpa
sebarang suara. Raihana sedang
menyiapkan kerja sekolahnya.
Qaleef tertidur dengan
beralaskan tangannya sendiri.
Christine pula khusyuk
membaca sebuah buku
yang dijumpainya tadi.
Buku itu
dijumpainya di celah-celah
rak buku. Buku itu
hanyalah buku tulis
biasa. Mengikut logik
akal, buku itu
mungkin sekadar sebuah
buku milik salah
seorang pelajar sebelum
mereka tetapi entah mengapa, Christine
tertarik untuk membaca
semua itu.
Buku itu
kelihatan sungguh lapuk.
Muka surat yang
putih sudah bertukar
menjadi kekuningan dimakan
zaman. Tulisan yang
menggunakan pensil itu
juga hampir pudar
tetapi masih boleh
dibaca oleh mata
Christine. Hanya separuh
sahaja buku itu
yang telah digunakan
dan selebihnya kosong.
Christine membaca
muka surat pertama.
BERSAMBUNG...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!! Dah makan? Dah baca? Kira kalau baca benda ni sekarang dah bacalah kan cerita di atas? Terima kasih! Huhu.. rasanya boleh update seminggu sekali je. Sibuk betul form 4! Insyaallah esok MZ update lagi sebab bahagian ni pendek sangat ok? :D
No comments:
Post a Comment