Search This Blog

Saturday, 10 January 2015

PELAJAR MASA LALU Bahagian 1

Qaleef,  Raihana  dan  Christine  sibuk  mengemas  bilik  kelab  penulisan  dwibahasa  yang  semakin  kurang  mendapat  perhatian  pelajar.  Buku-buku  antologi  hasil  penulisan  pelajar-pelajar  senior  mereka  menghiasi  bilik  yang  berdebu  itu.
“Cepatlah  siapkan  kerja,  aku  nak  balik,”  Qaleef  merungut.
“Yang  melengahkan  kerja  itu  kau.  Membebel  je  kerjanya,”  Raihana  mengambil  peluang  membidas  abang  sepupunya  itu.  Qaleef  mencebik  manakala  Christine  hanya  tersenyum  melihat  telatah  mereka  berdua.
2  jam  selepas  itu,  bilik  itu  sudah  bersih  daripada  habuk  dan  debu.  Kerja  yang  tinggal  hanyalah  menyusun  kembali  buku-buku  antologi  itu  ke  rak  mereka.  Masing-masing  hanya  mendiamkan  diri  sewaktu  melakukan  tugas  itu.  Mungkin  penat,  sesi  persekolahan  tamat  pada  pukul  3.30  petang  bagi  mereka  termasuk  kelas  perakaunan  dan  sekarang  jarum  jam  sudah  menunjukkan  pukul  5.40pm.
Buku-buku  antologi  itu  disusun  mengikut  bahasa  dan  tahun.  Setiap  tahun,  Kelab  Penulisan  itu  akan  menerbitkan  sebuah  buku  antologi  yang  hanya  akan  dijual  kepada  pelajar  sekolah  itu  sahaja.  Penulis  buku-buku  antologi  itu  tidak  lain  tidak  bukan  ialah  ahli-ahli  Kelab  Penulisan  itu  sendiri.


Masing-masing  menggeliatkan  tubuh.  “Yes,  we’re  done!”  Christine  bersorak  riang.  Rambutnya  yang  kusut-masai  sewaktu  kerja  pembersihan  itu  diikat  kemas  dan  jam  tangannya  yang  disimpan  di  dalam  poket  di  pakai  semula.
Ketiga-tiga  mereka  mengangkat  beg  sekolah  lalu  menapak  ke  pintu.  Dengan  letihnya,  Qaleef  memusingkan  tombol  pintu.  Sekali  lagi.  Dan  lagi.  Kemudian  buat  kali  terakhir,  dan  pintu  masih  tidak  dapat  dibuka.  “Kita  terkunci!”  nyata  Qaleef  membuatkan  gadis  itu  terkejut.


Tombol  itu  itu  dipulas  lagi  buat  kepastian.  Kemudian  lagi  dan  lagi.  Sah  mereka  terkunci.  “Ah!  Siapa  pula  yang  kunci  kita  ni?”  Qaleef  menunjukkan  rasa  marah.
“Dah  pukul  6  petang.  Mungkin  pak  guard  tak  sedar  kita  ada  di  dalam  dan  dia  kunci  kita  dengan   tak  sengaja,”  Raihana  meneka.  Ketiga-tiga  mereka  mengeluh.
Tingkap  bilik-bilik  di  bangunan  kokurikulum  hanya  menghadap  ke  luar  bangunan  dan  tiada  tingkap  yang  menghadap  ke  laluan  koridor  jadi  tidak  hairanlah  jika  pengawal  keselamatan  tidak  perasan  mereka  berada  di  dalam.  Lagipun,  pelajar  dilarang  berada  di  bangunan  kokurikulum  selepas  pukul  5.30  petang  dan  jam  sekarang  sudah  melewati  pukul  6  petang.  Tidak  hairan  jika  pengawal  keselamatan  tidak  memeriksa  dahulu  jika  ada  pelajar  di  dalam  bilik  itu.

Lebih  malang,  pintu  kelab  hanya  boleh  dibuka  dan  dikunci  menggunakan  kunci  sama  ada dari  bahagian  luar  mahupun  dalam.  Jadi,  mereka  sememangnya  terperangkap!


BERSAMBUNG...

Assalamualaikum  semua!  sihat?  Ini  dia  cerpen  tahun  baru  dari  MZ!!!  *yang  ku  katakan  kepada  kak  CIA  cerpen  akhir  tahun  >.<*  tengoklah  macam  mana...  harap  sudi  terus  membaca  bahagian-bahagian  seterusnya!!

2 comments:

  1. Wooo... Terperangkap... Tak dapat bayangkan kisah seterusnya dan ending.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak boleh bayangkan reaksi pembaca bila baca bahagian seterusnya huhu

      Delete