Selain Zack,
Zarin turut mempunyai
seorang lagi adik,
perempuan. Adiknya itu
mengikut perangai Zarin,
melawan Dato’ Johan
bagi menyelamatkan adik-beradik
dan ibunya. Jika
hendak dibandingkan dengan
Zarin, hati adik
perempuannya itu jauh
lebih keras dan
kental berbanding Zarin.
Malahan sewaktu Zack
dipukul akibat mendapat
keputusan UPSR yang
tidak membanggakan dahulu,
Zarin masuk campur
kerana tidak mahu
adik perempuannya itu
yang masuk campur
dan akhirnya dipukul
nanti.
Gadis itu
juga begitu rapat
dengan kakaknya, Jasmine.
Apabila Jasmine meninggalkan
rumah sewaktu dia berusia 15
tahun dan Jasmine
berusia 19 tahun,
dia rasa dikhianati.
Namun hubungannya dan
kakaknya kembali pulih
kerana Jasmine tetap
berhubung dengannya dan
adik-beradiknya serta ibu
mereka.
Dua tahun
selepas itu, Zarin
secara rahsia telah menjadi
wali kepada perkahwinan
Azhar dan Jasmine.
Dan pada tahun
yang sama, Azhar
dan Jasmine meninggal
dunia akibat kemalangan.
Malam di
mana keluarganya menerima
berita kematian Jasmine,
gadis itu terdengar
bapanya berbual dalam
telefon dengan seseorang.
Satu ayat yang
Dato’ Johan katakan
yang tidak boleh
dilupakannya dan tidak
pernah diketahui oleh
ahli keluarganya yang
lain sehingga ke
hari ini ialah:
“Aku suruh kau
bunuh Azhar, bukannya
bunuh anak aku
sekali.” Paling menyakitkan
hati gadis itu,
yang ada pada
suara bapanya ketika
itu hanyalah riak
cemas dan langsung
tiada tanda penyesalan.
Malam itu
juga, tanpa disedari
sesiapa, gadis itu
melarikan diri ke
rumah keluarga Azhar.
Dia menceritakan segalanya
kepada Puan Haida.
Mulai hari
itu, Puan Haida
menjaganya seperti anak
sendiri, tetapi dia
juga diajar untuk
membenci bapanya sendiri
sehingga suatu masa,
dia sendiri percaya
bahawa keluarganya ialah
Puan Haida, arwah
Azhar dan Azrin,
bukannya Dato’ Johan,
Datin Zahirah dan
adik-beradik kandungnya. Penipuan
memori yang dia
sendiri lakukan dengan
pengaruh Puan Haida,
sehingga dia berjaya
membunuh bapanya.
Tidak lain
tidak bukan, gadis
itu ialah... Julia.
Julia keluar
dari biliknya itu.
Dia berlari menuju
ke pintu masuk.
Dia tidak layak
berada di sini!
Dia tahu, walaupun
Dato’ Johan sering
berkasar dengan Datin
Zahirah, sayang Datin
Zahirah kepada Dato’
Johan menggunung! Dia
telah membunuh orang
yang paling disayangi
ibunya!
Tangan Julia
mencapai tombol pintu
utama, “Julia , nak
pergi mana tu?” Datin
Zahirah bertanya dengan
nada risau.
Julia hanya
memandang ibunya itu
sambil air matanya
mengalir. Air mata
itu diseka lalu
dia berkata, “Maafkan
Ju, ibu,” dan
dia berlari meninggalkan
rumah itu. Datin
Zahirah pula terpingga-pingga.
Setelah rumah banglo itu
jauh dari pandangan,
Julia berhenti berlari.
Jubah hitamnya dibasahi
peluh dan bahagian
bawahnya sudah terkoyak,
nasib baik dia ada
memakai seluar panjang
di dalam.
‘Ke mana
aku hendak pergi?’
hatinya bertanya. Hendak
pulang ke rumahnya
bersama Azrin dan
Athirah? Tak mungkin.
Jika dia tidak
memberitahu Puan Haida
tentang sebab sebenar
kematian Azhar, pasti
Puan Haida dapat
menerima takdir. Mungkin
Puan Haida masih
hidup sekarang.
Dan
dia
ingat semula, dia
pernah memukul Azrin
kerana Azrin pernah
cuba untuk menyedarkannya daripada
menggodam memorinya sendiri.
Badan Azrin lebam-lebam
akibat pukulannya. Dia
sememangnya tidak layak
bersama Azrin dan Athirah
sekarang. Tanpa dirinya,
hidup mereka pasti
lebih aman.
Hendak pulang
semula ke rumah
banglo itu? Bagaimana
reaksi ahli keluarganya
andai mereka dapat
tahu bahawa dahulu
dia pembunuh upahan?
Tambahan pula, dia
telah membunuh bapanya
sendiri! Pasti ahli
keluarganya sendiri juga
akan takut kepada
dirinya.
Air matanya
diseka lagi. Dia
mempunyai dua keluarga
dan dia tidak
layak untuk kedua-duanya.
Jadi, dia
terus berlari. Berharap
akan berjumpa suatu tempat di
mana dia dapat
memulakan hidup baru.
Tempat di mana
tiada istilah Lady
Warrior dan yang
ada hanyalah Julia
yang sebatang kara.
Tiba-tiba, matanya
terhenti apabila sesusuk
tubuh berdiri di
hadapannya, Jaafar. “Kau okay?” tanya
Jaafar.
Julia hanya
merenung lelaki itu.
Adakah lelaki ini
pintu kepada kehidupan
barunya? Atau.. sekadar
peluang untuknya mencipta... sebuah lagi ‘memory hack’?
~TAMAT~
jangan suruh MZ sambung!! makin psycho cerita ni nanti! Sekian, terima kasih. Harap sabar menunggu cerpen MZ yang seterusnya yang ideanya belum datang lagi :D
Best best best tapi ada part yang mengelirukan dan susah nak faham. Saya pujj MZ sebab tulis cerpen thriller macam ni. Tak ramai penulis perempuan boleh tulis cerpen.thriller. Tahniah MZ cuma nasihat saya perkemaskan lagi jalan cerita dan plot cerita.
ReplyDeleteTerima kasih MNH. Boleh tak MNH tolong bg contoh part yg perlu diperkemaskan? Supaya saya tahu di mana kurangnya dan supaya saya dapat perbaiki? ^_^
Delete