Dan malam
itu tiba jua.
Malam yang Julia
tunggu-tunggu selama 10
tahun. Malam di
mana Dato’ Johan
akan berhadapan dengan
Lady Warrior.
Rumah kedua
Dato’ Johan dimasukinya
dengan mudah kerana
tiada kawalan ketat
seperti mana di
banglo mewahnya. Rumah
kedua Dato’ Johan
ini merupakan kondominium
tempat dia berasmara
dengan wanita-wanita simpanannya.
Bukanlah lelaki hidung
belang ini takut
kepada Datin Zahirah,
boleh sahaja dia
membawa pulang perempuan-perempuan mata
duitan itu pulang
ke banglo dan
Datin Zahirah tidak
akan mampu berkata
apa-apa. Tetapi Dato’
Johan tahu, jiran-jirannya yang
semuanya golongan dato’
dan datin sentiasa
mencari peluang untuk
membuka aibnya agar
bussinessnya merundum. Dia
sama sekali tidak
akan mengambil risiko!
Sewaktu LW
memasuki rumah itu,
dia dapat melihat
sepasang kasut tinggi
merah bersebelahan dengan kasut
Dato’ Johan. Hebat
sungguh orang yang
sedang membuat dosa
sehingga ada orang
memecah masuk rumah
mereka pun mereka
tidak sedar. LW
memandang kasut tinggi
merah itu lalu
tersenyum. Nampaknya ada
yang harus menjadi
korban malam ini.
LW menerjah
masuk bilik utama
kondominium itu. tindakan
pertamanya ialah menembak
wanita yang berada
di dalam dakapan
Dato’ Johan. Tembakannya
begitu tepat sehingga
Dato’ Johan yang
begitu rapat dengan
wanita itu langsung
tidak digesel peluru.
Dato’ Johan
pula terpana apabila
darah kekasih gelapnya
itu memercik ke
mukanya. Dia menoleh.
Seorang wanita berhud
hitam yang mukanya
tertutup separuh sedang
mengacukan pistol ke
arahnya. Tanpa perlu
LW atau Julia
perlu mengenalkan dirinya,
Dato’ Johan sudah
tahu siapa wanita
itu. “Kau...”
“Lady Warrior,” Julia menyambung
ayat musuhnya itu.
“Kau tahu, satu-satunya
sebab mengapa aku
jadi Lady Warrior
ialah kau,” sambung
Julia lagi.
“Apa maksud
kau? Siapa kau
sebenarnya?” Dato’ Johan
langsung tidak memahami
apa yang dikatakan
pembunuh upahan itu.
Julia tersenyum.
Hudnya ditarik ke
belakang, menampakkan wajahnya.
Mata Dato’ Johan terbeliak dan
sekali lagi Julia
tersenyum.
“Ju- Julia, apa
yang Julia buat
ni?” tanya Dato’
Johan, tidak percaya
bahawa Julia merupakan
pembunuh upahan yang
dicari-cari polis selama
ini.
Julia sedikit
terkejut apabila Dato’
Johan masih dapat
mengecam dirinya sedangkan
lelaki itu hanya
memandang keluarganya dengan
sebelah mata sahaja
selama ini. “Wow,
aku tak sangka
kau masih ingat
wajah aku.”
“Kenapa kau
buat macam ni,
Julia?” Dato’ Johan
tidak faham apa
yang sedang berlaku.
“Kau cakap
macam tak ada
benda pun yang
pernah berlaku,” Julia
mula naik berang
apabila syaitan di
hadapannya berlagak tidak
berdosa.
“Julia, kau
jangan kurang ajar
dengan aku! Letak
pistol tu sekarang!”
Dato’ Johan memberi
arahan, dia fikir
dia masih dapat
menguasai Julia.
“Aku tak
rasa kau faham
situasi kita sekarang,
nyawa kau dekat
tangan aku!” Julia
melepaskan tembakan, kena
pada sasaran. Peluru
itu setakat menggesel
pipi kiri Dato’
Johan tetapi tidak
membunuhnya.
Dato’ Johan
meraba pipinya, basah.
Darah mengalir dan
dia mulai takut.
Dia terus melutut
membuatkan Julia berasa
puas. Seorang lelaki
yang gah sedang
melutut di hadapannya!
“Julia, letak pistol
tu. Tolong jangan
bunuh papa, nak.
Papa minta maaf,”
lelaki itu merayu.
“Papa? Eh
orang tua, kau
dah nyanyuk ke?
Anak kau Jasmine,
bukan aku! Dan
Jasmine dah mati
sebab kau!” Suara
Julia memetir. Tiba-tiba,
kepalanya berdenyut, rasa
sakit yang sama
sejak berjumpa dengan
Jaafar.
“Julia, Julia
pun anak papa
kan? Maafkan papa,
papa bersalah, mana-“
belum sempat Dato’
Johan habis merayu,
tiga butir peluru
menembusi kepalanya. Darahnya memercik
ke dinding seolah-olah
menghasilkan satu seni
abstrak yang indah
di mata Julia.
Ikutkan hati
Julia, Julia mahu
melengahkan lagi masa
agar lelaki itu
dapat merasai ketakutan
menghadapi kematian. Namun,
kepala Julia terlalu
sakit. Jika Julia
pengsan seperti waktu
dia bertemu Jaafar,
semua yang dia
lakukan selama ini
akan menjadi sia-sia.
Jadi, dia melepaskan
tembakan.
Sebelum meninggalkan
tempat itu, dia
tidak lupa untuk
meninggalkan nota pembunuhan
yang telah disediakan
sejak sekian lama.
PERMAINAN AKHIR
TAMAT.
PEMENANG: LADY
WARRIOR.
-LW
Permainan akhir... ya..
bermaksud pembunuhan terakhir.
Pistol dan hud
hitam akan ditinggalkannya dan
dia akan memulakan
hidup baru sebagaimana
dijanjikannya kepada Azrin.
‘Semuanya dah berakhir..’
BERSAMBUNG...
YEAY!!!! Dato' Johan dah mati (ok, MZ dah macam psycho) tapi cerita belum habis!! tunggu eh?
No comments:
Post a Comment