Dua hari
selepas itu, mayat
Dato’ Johan ditemui
bersama mayat perempuan
simpanannya. Pengebumian Dato’
Johan dilangsungkan pada
hari itu juga.
Entah mengapa,
hati Julia tergerak
untuk menghadiri majlis
pengebumian itu. Semalam
dia mimpi pelik.
Dia dipukul oleh
Dato’ Johan. Setelah
itu, Datin Zahirah
dan Jasmine memeluknya.
Sungguh, Julia tidak
faham mengapa mimpinya
begitu.
Julia hanya
memerhatikan pengebumian itu
dari jauh di
bawah sebatang pokok.
Dia dapat melihat
isteri Dato’ Johan,
Datin Zahirah menangis
dan terdetik di
hati Julia, adakah
itu tangisan yang
meraung pemergian suaminya
atau satu tangisan
kebahagiaan kerana dia
sudah bebas dari
syaitan bertopengkan manusia?
Julia turut
memerhatikan Zarin dan
Zack, langsung tiada
riak sedih pada
wajah dua pemuda
itu. Julia tersenyum.
Mungkinkah mereka berdua
juga ingin membunuh
Dato’ Johan tetapi
mereka tidak cukup
berani?
Setelah semuanya
selesai, semua orang
mula meninggalkan tanah
perkuburan itu, termasuk
keluarga si mati.
Julia hanya
memerhatikan keluarga Dato’
Johan melepasi dirinya
untuk pergi ke
kereta. Tiba-tiba, Datin
Zahirah menoleh ke
arahnya, “Julia?”
Julia tergamam.
Apakah dia cuai
sehingga identitinya terdedah?
Apakah Dato’ Johan
masih bernyawa sewaktu
dia meninggalkan tempat
itu lalu lelaki
itu meninggalkan klu
tetang identiti pembunuhnya?
Datin Zahirah
menapak ke arah
Julia. Julia mahu
lari tetapi kakinya
kaku dan dia hanya mampu bergerak
selangkah ke belakang.
Zarin dan Zack
juga sudah mula
melangkah ke arahnya,
tetapi tidak selaju
mama mereka, seolah-olah
mereka teragak-agak untuk
menghampiri Julia.
Kaki Julia
bergetar. Kepalanya berdenyut
lagi dan jantungnya
berdegup laju. Peluh-peluh
dingin berlari-lari di
belakang badannya. Hatinya
seolah-olah tahu dia
akan berhadapan sesuatu
yang dahsyat yang
tidak dapat diterimanya.
Kini, Datin
Zahirah sudah berada
betul-betul di hadapannya.
Mata wanita itu berkaca dan
mulutnya tersenyum nipis.
“Julia, anak mama,”
tangan Datin Zahirah
mengerlus lembut pipi
Julia lalu dia
berkata lagi “Mana
Julia pergi selama
ni?” Julia pula
hanya mendiamkan diri,
terkejut. “Jom balik,”
Datin Zahirah menangis
air mata syukur
lalu menarik Julia
masuk ke dalam
kereta dan Julia
hanya menurut seperti
orang bodoh.
Sepanjang perjalanan,
Julia hanya mendiamkan
diri. Otaknya bercelaru.
Sewaktu Julia hendak
membunuh Dato’ Johan,
lelaki itu membahasakan
dirinya sebagai papa
dan tadi Datin
Zahirah membahasakan dirinya
sebagai mama. Sungguh,
dia tidak faham.
Adakah dia pernah
menjadi anak angkat
keluarga dia sebelum
kematian Azhar? Bila
difikir-fikirkan semula, dia
tidak ingat apa-apa
pun tentang zaman
kanak-kanaknya dan zaman
remajanya sebelum kematian
Azhar. Dia tidak
ingat apa-apa melainkan
apa yang ibunya,
Puan Haida ceritakan.
Dia tidak ingat
zaman persekolahannya, dia
tidak ingat menghadiri
majlis pernikahan Azhar
dan Jasmine. Mustahil.
Mustahil dia tidak
melalui semua itu. Mustahil memorinya hanya
merakam sejak berusia
17 tahun. Jadi,
dia mula mengerah
otaknya untuk mengingati
apa-apa sahaja memori
sebelum kematian Azhar.
Sewaktu kereta
yang dipandu Zack
memasuki pagar banglo
mewah Datin Zahirah,
Julia menjerit. Kepalanya
sakit dek imbasan-imbasan memori
lama yang dia
pernah cuba padam.
Dia seperti tidak
dapat mempercayai dirinya
sekarang. Julia menjerit
lama lalu tersandar
lemah.
“Julia, Julia
okay ke sayang?”
Datin Zahirah bertanya
risau membuatkan air
mata Julia mengalir
tetapi mulutnya kekal
terkunci. Melihat Julia
begitu, Datin Zahirah
mengarahkan Zarin untuk
mendukung Julia masuk
ke biliknya.
Di dalam
bilik, Julia dibaringkan
di atas katil.
Datin Zahirah menyuruh
Zarin meninggalkan Julia
bersendirian, seolah-olah tahu
itu yang Julia
mahukan sekarang.
Julia mengalirkan
air mata lagi.
Bilik itu berasa
janggal tetapi selesa
pada masa yang
sama. Dia seakan-akan
tidak percaya apa
yang dia telah
lakukan. Dia seolah-olah
telah di’brainwash’, memorinya
seolah-olah telah digodam.
Namun, dia sudah
ingat segalanya sekarang.
Kebenaran dari ingatan
yang menyakitkan.
BERSAMBUNG...
teruskan bersabar, ya? heeheheheh
MIAAAAAA! Best gilos!!! Tak sabar nak baca sambungan ;)
ReplyDeleteThanks Sophie!!! Sayang hang! tapi cek tau... hang tak sayang aku.. hang sayang cita ni ja kan?
Delete