Sudah dua
minggu berlalu sejak
Ariffin mati dan
selama dua minggu
itu Julia asyik
memerap di dalam biliknya
di rumah teres
satu tingkat itu.
Dan dia hanya
meninggalkan bilik itu
makan, malahan Athirah
juga tidak dilayannya.
Dia seperti mengalami
kemurungan sejak berjumpa
dengan Jaafar yang
seolah-olah telah melepaskan
diri dari ajal.
Pada hari
itu, buat julung-julung
kalinya, Azrin memasuki
bilik kakaknya. “Kenapa?”
tanya Julia sebaik
Azrin menutup pintu.
“Kenapa kau
duk memerap dalam
bilik ni je?
Athirah merajuk dengan
kau. Kenapa? Rasa
bersalah bunuh Dato’
Ariffin tu?” tanya
Azrin. Julia tahu,
Azrin sedang menyindirnya.
“Aku tak
pernah menyesal. Pasal
Athirah, bila kau
nak bagitau dia
yang dia bukan
adik kandung kita?”
Julia bertanya soalan
yang langsung tidak
disangka oleh Azrin.
Sebenarnya, Julia sekadar
mahu menukar topik.
“Perlu ke
aku bagitahu dia?”
nada Azrin berubah.
Daripada nada suara
menyindir kepada nada
suara geram. Geram
dengan soalan Julia
yang membangkitkan tentang
asal usul adik
kesayangannya.
“Dia mungkin
nak tahu siapa
keluarga dia,” balas
Julia.
“Keluarga dia
tinggalkan dia depan
rumah ni, kau
dah lupa?” Azrin
sedaya upaya cuba
mengawal kekuatan suaranya
agar tidak didengari
Athirah yang berada
di luar.
“Dia ada
hak untuk cari
tahu siapa keluarga
dia,” Julia mempertahankan pendiriannya.
“Kau tak
rasa semua orang
ada hak untuk
hidup?” serang Azrin.
Julia terdiam.
Anak matanya tidak
lagi bertentang dengan
anak mata Azhar
tetapi dia tertunduk
memandang lantai.
“Bila kau
nak berhenti?” tanya
Azrin. Kini Azrin
yang menguasai keadaan.
“Bila aku
dah bunuh Johan,”
balas Julia antara dengar
dan dan tidak.
“Kau akan
menyesal,” kata Azrin,
matanya memandang tajam
wajah Julia.
“Aku tak
akan menyesal. Aku buat ni
untuk Abang Long
dan ibu... dan
Kak Jas,” Julia
mengetap bibirnya.
“Untuk diaorang
atau untuk kepuasan
kau sendiri? Kalau
kau buat semua
ni diaorang akan
hidup balik ke?”
“Tak, tapi-“
“Kalau kau
buat semua ni,
apa bezanya kau
dengan Johan?! Dua-dua
bunuh orang!” Azrin
tiba-tiba meninggikan suara.
“Diam! Keluar!”
Julia hilang sabar.
“Kau sedar
tak siapa yang
kau nak bunuh?!
Jangan tipu diri
sendiri! Johan tu-“
“Diam! Keluar!”
Julia mengulang kata-katanya
cuma kali ini,
tangannya mengacukan pistol
ke kepala Azrin.
Mata Azrin
terbeliak. Sungguh tidak
percaya Julia akan
mengacukan pistol kepadanya
walaupun dia langsung
tidak gentar. “Kau
akan menyesal,” kata
Azrin lagi sebelum
meninggalkan bilik itu.
“Aku tak
akan menyesal!” jerit
Julia seorang diri
setelah Azrin keluar.
Kepalanya berdenyut lagi.
Dia baring semula
di katil.
Dia tidak
pernah faham mengapa
Azrin sentiasa menentang
azamnya untuk membunuh
Dato’ Johan sedangkan
Dato’ Johanlah penyebab
kematian abang dan
ibu mereka. Ibu
mereka begitu sedih
selepas kematian abang
mereka sehingga dia
jatuh sakit lalu
mati.
Otaknya ligat
membayangkan hari dia berhadapan dengan
musuhnya itu. ‘Tak
lama lagi, Julia.
Tak lama lagi,’
desis hatinya.
BERSAMBUNG...
ok...MZ tahu bahagian ni teramat pendek... agak-agaknya apa yang Azrin nak cakap sebelum Julia acukan pistol tu eh? hahaaha... harap semua masih sudi untuk baca sambungannya.
No comments:
Post a Comment