Malam menjelang
lagi. Lady Warrior
berpakaian hitam lengkap.
Hud di kepala
menutup separuh wajahnya.
Pistol SIG P250 kemas
tersisip di pinggang.
Magazin pistol diisi
penuh untuk menghadapi
sebarang kemungkinan.
Mangsanya kali
ini seorang usahawan
muda yang namanya
semakin meningkat naik,
Jaafar bin Hussein.
Menurut pemerhatian LW,
Jaafar tidak dikawal
ketat atau ringkasnya,
Jaafar tidak mempunyai
pengawal peribadi sendiri
membuatkan Jaafar menjadi
seorang mangsa yang
mudah.
Jaafar diperhatikan
LW selama seminggu
dan dalam tempoh
itu, Jaafar kelihatan
seperti orang yang
baik. ‘Tetapi sayang,
hanya kerana kau
baik tak bermakna
kau tiada musuh,’
desis hati LW.
Bangunan di
mana terletaknya pejabat
mangsanya dapat dimasuki
tanpa sebarang halangan
membuatkan LW curiga.
Yang dapat LW
hanyalah CCTV tetapi
seorang pengawal keselamatan
pun langsung tidak
dapat dilihat. Mereka
makan gaji butakah?
Jam menunjukkan
pukul 11.30 malam
dan barangkali hanya
mangsa LW sahaja
yang masih meneruskan kerjanya.
Namun, LW membuat
keputusan untuk menggunakan
tangga kecemasan untuk
mengelak kemungkinan bertembung
dengan sesiapa di
lif. Jika ada,
orang itu juga
mesti dibunuh!
LW tiba
di tingkat lima
bangunan itu lalu
melangkah terus ke
pejabat mangsanya. Jaafar
agak terkejut melihat
seorang wanita berpakaian
serba hitam. Mulutnya
spontan mengeluarkan persoalan
di minda. “Siapa
kau?”
LW tersenyum.
Pistol di pinggang
disentuhnya. Bersedia untuk
menariknya keluar bila-bila
masa sahaja. “Aku
LW,” kata LW
dengan penuh yakin.
Muka Jaafar
langsung tidak menunjukkan
riak gentar tetapi
Cuma menampakkan kehairanan,
“LW? Left Wing
untuk team hoki?”
Hendak tersedak
Julia mendengar pertanyaan
itu. Pertama kali
dalam hidupnya sebagai
seorang pembunuh upahan,
manusia yang bakal
menjadi mangsanya tidak
mengetahui acronym LW.
Julia menjadi berang
lalu dia menarik
keluar pistolnya dan
menarik hudnya ke
belakang. “Woi! Aku
Lady Warrior lah!
Aku pembunuh upahan dan
aku akan bunuh
kau!” teriak Julia.
Lelaki itu
tercengang. Muka Lady
Warrior di hadapannya
dan pistol di
tangan wanita itu
dipandang bersilih ganti.
Matanya tidak percaya
apa yang sedang
dilihatnya. “Julia?”
Kini, Julia
pula yang terkejut.
Macam mana lelaki
itu boleh tahu
nama sebenarnya?!
“Julia kan?”
mata Jaafar teruja
seolah-olah gembira dapat
berjumpa pembunuh upahan
itu. Kakinya melangkah
mendekati Julia.
Julia pula
melangkah ke belakang,
masih terkejut. Pistol
diacu kembali ke
arah Jaafar. “Jangan
bergerak! Aku bunuh
kau!”
Jaafar berhenti
melangkah. “Kau nak
bunuh aku, Ju?”
Kini Jaafar beriak
sedih. Bukan takut,
tetapi sedih. Otaknya
mula memahami bahawa
Julia seorang pembunuh
upahan yang telah
diupah untuk membunuhnya.
“Macam inilah Julia,
aku tak nak
dibunuh oleh kawan
baik aku sendiri.
Kau bagitahu aku
berapa banyak orang
tu upah kau.
Aku bayar dua kali
ganda,” Jaafar memberi
tawaran. Lagi sekali,
suaranya tenang Cuma wajahnya
seperti orang yang
telah dikhianati.
Julia mahu
tersenyum sinis tetapi
mulutnya tidak mahu
bergerak. Ini bukan
kali pertama mangsanya
menawarkan bayaran untuk
tidak mati di
tangan Julia, tetapi
selalunya walau berapa pun
nilai tawaran, darah
mangsanya tetap akan
memercik ke badan
Julia.
Namun, entah
kenapa hari ini
dia berfikir dua
kali tentang tawaran
itu. Dia ingin
menarik picu tetapi
picu pistol itu
seperti keras, tidak
dapat ditarik. Hakikatnya,
jari Julia yang
keras, seolah-olah tidak
sanggup untuk menekan
picu itu.
Pistolnya terlepas
dari tangan dan
dia rebah ke
tanah. Dia tidak
dapat bernafas dan
dia tiba-tiba pening.
Imbasan demi imbasan
melayari mindanya. Wajah-wajah
keluarga Jasmine dan
beberapa lagi wajah
yang tidak dikenalinya
menerpa minda.
“Julia! Julia!”
Jaafar panik. Pipi
Julia ditampar-tampar perlahan.
Namun, dia tidak
dapat berbuat apa-apa
apabila Julia pengsan
di dalam pangkuannya.
Seminggu selepas
itu, negara digemparkan
dengan kematian seorang
usahawan veteran berjaya
yang telah mati
dibunuh. Mangsa merupakan
Dato’ Ariffin, seorang
manusia yang sentiasa
dipandang tinggi dan mulia.
Hakikatnya, orang
yang dianggap malaikat
kerana sifat dermawannya
itulah orang yang
telah mengupah Lady
Warrior dengan bayaran
70 ribu ringgit
Malaysia untuk membunuh
Jaafar. Di tempat
mayatnya dijumpai, sebuah
briefcase dan sekeping
kad ditinggalkan di
sebelah mayat itu.
Di dalam briefcase
itu terdapat jumlah
wang yang sama
yang telah dibayar
kepada LW dan
kad yang ada
bersamanya tertulis:
PERMAINAN TAMAT.
TEMBAKAN TERSASAR.
-LW
Ya, Lady
Warrior yang membunuh
Ariffin, tetapi bukan
atas arahan Jaafar.
Julia melakukannya agar
egonya sebagai seorang
pembunuh upahan tidak
tercalar kerana tidak
dapat membunuh Jaafar.
Malam itu,
di mana Julia
sepatutnya membunuh Jaafar,
Julia telah pengsan
dan Jaafar membawa
Julia pulang ke
rumahnya. Apabila Julia
bangun keesokkan paginya,
Jaafar tiada.
Julia mengamuk
kerana dia fikir
Jaafar telah berbuat
sesuatu kepadanya memandangkan
dia hanya memakai
singlet dan jaketnya
yang berhud sudah
ditanggalkan dari badannya
sewaktu dia tidak
sedarkan diri. Barang-barang
di dalam rumah
Jaafar berterbangan akibat
dibaling oleh Julia.
Sewaktu itu,
Jaafar baru pulang
dari membeli sarapan
di kedai mamak
berhampiran kodominium itu.
“Ya Allah, macam
tongkang pecah rumah
aku! Julia, apa
kau dah buat
ni?” matanya seakan
tidak percaya, rumahnya
yang dihias cantik
dan sentiasa bersih,
‘dihancurkan’ oleh Julia
dalam sekelip mata
sahaja.
“Kau dah
buat apa dekat
aku?!” suara Julia
memetir. Dia terasa
bagai hendak menangis.
Walaupun dia seorang
pembunuh upahan, maruahnya
sebagai seorang gadis
tetap dijaga!
“Buat apa
dekat kau?” Jaafar,
seperti biasa, agak
lembap dalam memahami
perkara yang tidak
berkaitan dengan bussiness.
Namun, lama-kelamaan otaknya
dapat menghadam apa
yang dikatakan Julia.
“Kau ingat aku
rogol kau? Tolonglah!
Aku tak ada
nafsu dengan kau
kau tahu?” Jaafar
ketawa berdekah-dekah sambil
tangannya mula mengemas
kesan ribut taufan
Julia.
Julia terduduk
di atas katil.
Rasa malu menyelubungi
seluruh diri. Matanya
bergerak ke merata
tempat untuk menutup
rasa malu itu. Namun malunya itu dilupakan apabila matanya terhenti di
satu bingkai gambar
dan matanya tidak
berkelip melihat gambar
itu.
“Itu aku
kan?” jari Julia
menunding ke arah
remaja perempuan di
dalam bingkai gambar
itu.
Jaafar mengeluh,
gambar itu diangkat.
“Ya, ini kau.
Ini aku, dan
ini Zack,” jari
Jaafar menunjukkan satu
demi satu wajah
yang berada di
dalam gambar itu.
“Zack? Zack
anak kepada Dato’
Johan?” kening Julia
berkerut, kepalanya berdenyut.
Kepalanya kembali pening,
sakit yang tidak
pernah dirasainya sebelum
ini.
“Ya, Zack
yang mana lagi?
Tak mungkin kau
tak ingat ad-“
Jaafar menghentikan kata-katanya
apabila melihat Julia
seperti cacing kepanasan.
Julia memakai jaket
berhudnya yang tersidai
di kerusi. Dia
kemudian mengambil pistolnya
di atas meja
lalu mengacukannya ke
kepala Jaafar.
“Kalau polis
tahu identiti aku,
kau orang pertama
yang aku akan
cari,” Julia mengugut
Jaafar lalu melarikan
diri. Dia sendiri
tidak faham mengapa
dia lari sedangkan
boleh sahaja dia
menarik picunya di
situ sekaligus meragut
nyawa Jaafar. Dia
sekadar menurut rasa
hati yang menyuruhnya
lari. Buat pertama
kali, dia gagal
membunuh dan sejak
hari itu, otaknya
berserabut.
BERSAMBUNG...
Hahaa... sabar je lah ya?
Left Wing untuk team hoki pun boleh~ Hahahahaha. Sakit perutku membacanya, kawan.
ReplyDeleteSambung cepat kay!