Mereka berdua
menuju ke arah
restoran makanan segera.
Apabila Mira bertanya
kenapa ke situ
sedangkan Zaihan kata
dia hendak membeli
barang, jawapan Zaihan
ialah ; “Saya laparlah.
Nak shopping
kena ada tenaga,
baru senang nak
cari,” Mira hanya menggelengkan kepala.
“Eh awak,
kawan saya ada
jugalah. Jom jumpa
dia orang sekejap,” kata
Zaihan sebaik melangkah
masuk restoran makanan
segera itu. Mira
hanya mengikut apabila
Zaihan menuju ke
arah dua orang
gadis beruniform sekolah
menengah.
“Hai Nadia,
hai Crystal. You
girls buat apa
dekat sini?” tanya Zaihan,
tersenyum manis. Senyuman
manis itu membuatkan
kedua-dua gadis itu
tergedik-gedik mengayukan wajah
mereka.
“Ish you
ni Jay. Mestilah kitaorang tengah makan,
nak buat apa
lagi dekat sini?”
kata Crystal lalu
ketawa kecil. Nampak
sangat ketawa itu
dipaksa untuk menampakkan
keayuan.
“Yup. And
then, lepas ni
kami berdua nak
pergi shopping!” Nadia
berlagak diva. Naik
meluat Mira melihat
dua orang kawan
Zaihan itu.
“Oh, ya
ke? Tapi kan,
it’s quite surprising
to see you
together,” Zaihan tiba-tiba
bernada sinis. Mira
mula berasa tidak
sedap hati.
“Kenapa pula?
Kami berdua kan
memang rapat. Best
friends forever!” Suara
Nadia sudah seperti
Dolphin, nyaring sungguh.
Lalu mereka berdua
dengan gediknya mengaitkan
jari-jari mereka bersama.
“Oh, really?
Bukan ke hari
tu you cakap
you dah fed-up
dengan Crystal? You
cakap Crystal ni
harap aje anak
Dato’, tapi taklah
pandai mana,” kenyataan
Zaihan membuatkan semua
yang di situ
terkejut, termasuk Mira.
Tetapi, yang paling
terkejut di situ
tentunya Crystal.
“Zaihan, apa
you cakap ni?
Crystal, I tak
pernah cakap macam
tu,” Nadia nampak
cemas berhadapan dengan
Crystal yang membuat
muka seperti mangsa
pengkhianatan.
“Eh, Crystal,
kenapa you terkejut
sangat? Bukan ke
hari tu you
cakap you geli
dengan Nadia? You
cakap dia pengotor,
fashion terrorist pula
tu,” kenyataan Zaihan
sekali lagi membuatkan
mata mereka terbeliak.
Kali ini, muka
Nadia pula yang
seperti harimau yang
makanannya dirampas oleh
dubuk.
“Tapi bagus
juga kalau you
berdua dah boleh
berbaik macam ni,”
belum sempat Zaihan
berkata lebih panjang,
Nadia dan Crystal
masing-masing sudah berdiri
dan mula memekik
dan menengking satu
sama lain. Zaihan
lantas membawa Mira
keluar dengan senyuman
sinis yang menguntum
di bibir.
BERSAMBUNG...
wahai pembaca-pembaca kesayanganku, bahagian seterusnya ialah bahagian terakhir untuk cerpen ni. Jadi, persiapkanlah diri anda untuk satu ending yang mungkin bakal mengecewakan anda *no kidding*. Terima kasih kerana membaca ^~^
Patutlah awak benci sangat dengan Zaihan! Haha. Dah apasal pula dengan Zaihan ni? Cepat sambung ya cik adik~
ReplyDeleteMana ada saya benci Zaihan -.- lagi pun Zaihan baiklah ... bawa bersabar ya cik kak... esok atau lusa saya upload. Jangan mendesak saya.. tolonglah .. *buat muka sedih merayu rayu* :P
Delete