Search This Blog

Tuesday 30 September 2014

Liebster Award

   ASSALAMUALAIKUM...
 MZ telah di'tag' oleh MNH untuk 'Liebster Award'. Terima kasih kerana sudi 'tag'!  Jemput lawat blog MNH , ya?  Dan MZ akan mula menjawab soalan dari MNH!!!! *bayangkan ada drum dan tepukan gemuruh yang menyambut kata-kata MZ, okay.. I'm so lame*


1. Penulis yang paling anda minati?
    Hurm....  tak ada kot penulis yang paling diminati.... tapi kalau satu author yang MZ banyak baca hasil penulisan dia ialah Ramlee Awang Murshid. Itu dikira sebagai penulis kegemaranlah kan? Hahaha.. tapi sebenarnya tak kisah pun siapa penulis, kalau cerita yang dia tulis sedap, MZ baca je :D

2. Buku atau novel yang anda minati?
  Banyak sangat buku yang MZ suka! Nak pilih satu? Sampai tahun depan pun tak habis pikir! Tapi, ada a few books  and  series yang MZ suka tahap nak baca lagi 100 kali! Iaitu:
  • Magis - Ramlee Awang Murshid
  • Rayyan Fantasi - Ramlee Awang Murshid
  • Mikhail - Ramlee Awang Murshid
  • Ini Satu Cerita : Alter Ego - Faizal Dzasrik
  • The Ascendance Trilogy - Jennifer A. Nielsen
  • The Apprenticeship of Victor Frankenstein Series - Kenneth Oppel
  • The Seven Sorcerers Series - Caro King
  • Dead To You- Lisa McMann
Bukan itu je sebenarnya.. banyak lagi. Tapi takkan MZ nak list semua? Pening kepala pembaca nanti. hoho.. itu belum kira novel di blog lagi. 

3. Ahli politik yang anda kagumi?
  Hurm.. MZ murid sekolah menengah lagi.. manalah MZ tahu tentang ahli2 politik. 10 tahun lagi MZ jawab soalan ni, ya? hehehe

4. Filem yang anda minati?
 Filem? Banyak tengok filem tapi tak ada satu pun yang berbekas di hati jadi tak ada filem yang MZ minati. Hahahaha.. *kes manusia hati batu*

5. Pelakon Malaysia yang anda minati?
    Izzue Islam and Tiz Zaqyah! Sebenarnya Saya Isteri Dia! Syarul Ridzwan.. Romi Cinta Julia! 

6. Pelakon Korea yang anda minati?
   Ahn Jaehyun. Lee Seunggi. BOYFRIEND members! *walaupun diorang jarang berlakon dan kalau berlakon cameo je, MZ tetap suka diorang! Harap diorang dapat lagi banyak tawaran berlakon. Hahaha. Oh ya, Kwangmin tengah berlakon dalam drama kanak-kanak 'Magic Thousand Characters Classic'*

7. Pelakon Hollywood yang anda minati?
 Hurm.. jarang tengok cerita Hollywood dan kalau tengok pun tak ambil kisah nama pelakon hahahaha..

8. Pengacara yang paling anda minat?
 AC Mizal. Aznil Haji Nawawi. Yoo Jaesuk. Shin Dongyup. 

9. Pendapat anda tentang orang Melayu yang lebih suka bertutur dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu?
Hurm... mungkin orang tu ada sebab tersendiri, tak begitu fasih atau apa-apa sahaja alasan. Bercakap bahasa lain tak bermaksud dia tak sayangkan bangsa dan bahasa ibundanya. MZ pun bukan cakap Bahasa Melayu 24/7 :) Pergi tengok video Judgemental oleh MatLuthfi90 di Youtube

10. Blogger yang ingin anda contohi?
MZ seorang manusia yang tak ada role model dan manusia yang MZ ingin jadi ialah manusia yang 10 kali ganda lebih berjaya dari MZ yang sekarang dari dalaman hingga ke luaran. Jadi, MZ tak ada blogger yang ingin dicontohi *bunyi macam orang tak ada matlamat hidup pun ada*

11. Jika anda sudah meninggal dunia suatu hari nanti, anda mahu dikenali sebagai apa?
Kalau MZ sudah mati, MZ nak dikenali sebagai seorang yang baik dan akan sentiasa dirindui. Setiap kali orang teringatkan MZ, orang akan senyum. Demand sangat ke? Hahaha MZ juga tak nak orang ingat MZ sebagai orang yang berhutang.. hurm.. tu jelah kot.

Ya, MZ telah menjawab semua soalan dari MNH. Sekarang, 11 orang yang kena jawab soalan-soalan saya untuk Liebster Award:

11 Soalan yang anda kena jawab:
  1. Siapakah orang yang paling anda sayang?
  2. Manusia yang banyak memberi kesan kepada hidup anda?
  3. Saat paling melucukan pernah jadi dalam hidup anda yang tak dapat dilupakan?
  4. Kata-kata atau quote yang meninggalkan kesan di hati anda?
  5. Berapa tinggi anda? (cm)
  6. Anak ke-berapa dalam keluarga? Apa faedahnya?
  7. Bila kali terakhir anda nangis? Sebab?
  8. Siapakah penulis kegemaran anda dan sila recommend satu penulisannya yang memang patut dibaca.
  9. Apa pandangan anda tentang mansia yang tiada keyakinan diri?
  10. Apa barang yang anda suka kumpul dan kenapa? Berapa banyak yang telah dikumpul?
  11. Ceritakan satu insiden seram yang pernah anda atau orang terdekat lalui... kalau ada.
Selamat menjawab!! Dah jawab sila bagi link di bawah ok?

Oh ya, nantikan cerpen terbaru MZ.. mungkin MZ akan upload dalam masa sebulan lagi.. huhu.. PT3

4 comments:

  1. Lamanya tak jumpa MZ.... Part ahli politik tu kelakar dan satu persamaan kita. Kita minat Ramlee Awang Murshid. Ramai orang yang saya tag, semua minat RAM. Hehe. MZ tag saya ye. Okay, nnti saya jawab ye. MZ, cerpen MZ yang terbaru tu saya tak faham la terutama part watak lelaki tu. Mungkin saya baca terlalu cepat dan guna hp je kot. Nnti saya baca balik. Thanks tag Liebster Award tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Memang ramai suka RAM. Dekat sekolah saya shj pun boleh buat fanclub RAM kalau nak hehe.. Cerita terbaru tu .. lelaki tu.. si Zaihan tu.. dia sebenarnya murid baru dkt sekolah Mira.. dia nmpk apa yg 'kawan2' Mira buat dkt Mira so dia cuba untuk buat Mira happy dan apa yg dia buat kpd 2 budak perempuan dkt restoran tu untuk tunjuk kat Mira yg true friend x tikam belakang. Kira mcm tulah summary dia pasal lelaki tu. Faham tak? Hehhe. Apa pun, terima kasih sebab sudi baca ^_^

      Delete