LW memegang
kejap pistol di
tangannya. Lelaki di
hadapannya terketar-ketar dengan
mata terbeliak dan
dahi yang sudah
lenjun dibasahi keringat.
“Siapa kau?” satu
soalan yang biasa
apabila sang mangsa
berhadapan degan LW.
“Aku Lady
Warrior,” LW lantas
tersenyum melihat mata
lelaki itu semakin
terbeliak. Pasti lelaki
itu mengenali nama
itu. Siapa yang
berada di dalam
dunia perniagaan yang
menggunakan taktik kotor
pasti mengenalinya. “Oh
ya, rakan karib
kau, Dato’ palsu,
Dato’ Khan ucapkan
terima kasih atas
jasa baik kau
selama ini dan
dia ucapkan ‘goodbye’.”
“Ini... ini
semua kerja Khan?”
belum sempat Zahidi
menerima kenyataan itu,
sebutir peluru sudah
menembusi kepalanya. Pistol
yang dipegang LW
disisipkan ke pinggang.
Sekeping kad dikeluarkan,
‘hadiah’ buat pihak
yang cuba memberkasnya.
PERMAINAN TAMAT.
PEMENANG :
LADY WARRIOR.
-LW
Lady Warrior
atau nama sebenarnya,
Julia merupakan seorang
pembunuh upahan. Satu
jenayah yang jarang
dilakukan oleh orang
perempuan, tetapi Julia
mempunyai alasan tersendiri.
Julia dengan
beraninya meninggalkan nota
pembunuhan, begitu yakin
bahawa pihak berkuasa
tidak akan pernah
dapat memberkasnya. Setiap
kali pihak polis
berfikir mereka hanya
satu langkah untuk
memberkas LW, hakikatnya
LW sudah sepuluh
langkah di hadapan
mereka. Begitu liciknya
penjenayah bergelar Lady
Warrior.
Matlamat Julia
melakukan kerja sebegitu
bukanlah wang walaupun
Julia tidak dapat
menafikan dia boleh
menjadi jutawan dengan
hanya melakukan kerja
itu. Membunuh Zahidi
yang tidak penting
itu pun sudah
memberinya 45 ribu
ringgit. Betapa murahnya
nyawa manusia di
mata manusia lain.
Matlamat Julia
yang sebenarnya ialah
membunuh musuhnya, musuh
keluarganya. Namun Julia
tahu, untuk membunuh
musuhnya yang dikawal
ketat itu tidak
mudah. Jadi, pembunuhan-pembunuhan yang
dilakukannnya selama ini
dianggap sebagai latihan
agar apabila dia
bertentang mata dengan
musuhnya nanti, pembunuhan
sempurna atau perfect
crime dapat dicipta.
Selepas itu dunia
pembunuhan akan ditinggalkannya, buat selamanya.
“Kak Lia
dah balik!” Athirah
menyambut kepulangan Julia
dengan riang tanpa
mengambil kisah kakaknya
itu pulang dari
mana. Julia mendukung
anak kecil yang
terkinja-kinja itu.
“Abang mana?”
tanya Julia kepada
Athirah yang sedang
mendakapnya erat. Pipi
Athirah yang tembam
gebu diciumnya.
“Akak dah
balik?” tanya Azrin
walaupun ternyata yang
berdiri di hadapannya
kini ialah Julia.
“Athirah, jom tidur,”
kata Azrin. Nadanya
berbunyi seperti arahan
dan bukan pelawaan.
Namun, Athirah
mengeratkan lagi dakapannya
ke tubuh Julia
tanda protes. “Tak
nak, Tirah nak
main dengan Kak
Lia.”
“Jangan mengada-ngada. Esok
Tirah nak sekolah,
jom tidur,” suara
Azrin sudah mula hilang sabar.
Geram dengan kedegilan
Athirah!
“Tirah, pergi
tidur. Esok, lepas
sekolah Kak Lia
bawa Tirah pergi
playground,” Julia memujuk
Athirah. Risau andai
Azrin naik angin.
Akhirnya, hendak
tak nak, Athirah
beralih ke dakapan
Azrin lalu Azrin
membawanya tidur di
dalam bilik. Mulut
Athirah muncung, masih
menunjukkan tanda protes.
Julia tahu,
Azrin mahu Athirah
tidur awal bukan
kerana Athirah bersekolah
esok, tetapi kerana
Azrin tidak mahu Athirah berlama-lama
dengan Julia. Sejak
mereka remaja, Azrin
semakin menjauhkan diri
daripadanya. Julia mengeluh
mengenangkan perkara itu.
Semuanya bermula
apabila abang sulung
mereka meninggal dunia
akibat teksi yang
dinaikinya dilanggar lori.
Dari situlah bermulanya
hubungan dingin Azrin
dan Julia. Dan
bermula dari situ
jugalah bermulanya dendam
Julia.
BERSAMBUNG...
Yeay! Setelah sekian lama... Sihat semua? Okay.. MZ harap sangat-sangat yang semua tak letak harapan menggunung pada cerpen kali ini. Teknik plot dia tak cantik sebab tak banyak dialog dan banyak bercerita , flashback mostly. Tapi insyaallah ending dia menegejutkan *kot* anyways, selamat membaca my dearest readers!
Best sangat!!!!!!
ReplyDeleteThanks for the support my dear!
DeleteTak banyak dialog pun best!
ReplyDelete