“Aargh!”
Ketiga-tiga mereka menjerit.
Badan mereka sakit,
terasa seperti ada
benda yang tajam
memasuki badan mereka
secara paksa, sakit!
Minda mereka separti
dikawal! Apabila mereka
membuka semula, mereka
melihat dari mata
Shahirah!
Hari ini sudah
masuk hari kesembilan.
Sudah hampir 60
jam mereka tidak
minum air. Shahirah
sudah terbaring di
lantai. Buku tulis
yang menceritakan neraka
tujuh hari itu
sudah berada di
lantai. Semalam dia
tidak menulis dan
hari ini juga
dia tidak akan
menulis. Dia betul-betul
kehabisan tenaga.
Dilihatnya,
Hazira dan Azman
berbisik-bisik. Mungkin mereka
sudah kehabisan tenaga,
sangkanya. Mata mereka berdua
tertancap kepadanya dan
matanya juga tertancap
kepada mereka. Dia
terbaring di lantai
dan mereka berdua
tersandar di dinding.
Lemah, satu-satunya perkataan
yang dapat menggambarkan
mereka.
Hazira dan Azman
bangun lalu berjalan
longlai ke arahnya.
Tiba-tiba, Azman mengeluarkan
pisau. Shahirah sedar
ada yang tidak
kena. Dia bangun
cuba melarikan diri
dalam bilik yang
sempit itu namun
tangan Azman pantas
mencengkam lengannya. Zass!
Pisau yang sudah
patah itu menggores
muka Shahirah.
Shahirah
menjerit kesakitan. Dia
jatuh ke lantai.
Azman menghampiri. Zass!
Darah menyembur dari
leher Shahirah. Namun,
Shahirah masih bernafas,
hidup sambil merasai
sakitnya mati.
Hazira
menghampiri muka Shahirah.
Pisau diambil dari
tangan Azman. Sikit
demi sedikit. Perlahan-lahan. Dalam
hingga ke tulang.
Pisau itu digunakan
untuk menoreh muka
Shahirah, sehingga daging
kelihatan, dara mengalir
seperti air!
Akibat kesan kelar
di leher Shahirah
tidak dalam, dia
masih bernafas. Dia
dapat melihat mata
dua ‘sahabat’nya. Mata
mereka dipenuhi kegilaan
dan syaitan!
Mereka
mendekatkan muka mereka
ke pipi Shahirah
yang baru ‘disiang’
tadi. Shahirah menahan
sakit, bercampur marah
dan perasaan terkhianat.
Chup. Chap. Chup.
Chap. Mulut mereka
mengunyah. Liat tetapi
menyelerakan.
Kelaparan. Ya, kelaparan
membuat mereka gila.
Waras hilang. Simpati
tenggelam. Apa yang
mereka tahu hanya
lapar. Lapar dan
lapar.
Tiba-tiba, bunyi tapak
kaki berlari kedengaran.
Perkara biasa bagi
mereka sejak sembilan
hari lalu. Namun,
bezanya malam ini
ialah bunyi tapak
kaki itu berhenti
di hadapan bilik
penulisan. Hazira dan
Azman berhenti menikmati
‘hidangan’.
Ching. Keching. Bunyi
gugus kunci berlaga.
Pintu bilik penulisan
terbuka. Ternganga. Seorang
pengawal keselamatan, salah
seorang guru berjawatan
tinggi di sekolah
itu serta Kadir
dan Sabri yang
merupakan usahawan yang
semakin maju pada
zaman itu ternganga.
Apa yang berada
di hadapan mata
dua orang ahli
korporat itu pada
waktu itu boleh
membuatkan mereka berdua
terkena serangan jantung.
Kadir ternganga melihat
anaknya, Azman. Sabri
ternganga melihat anaknya, Hazira. Mulut mereka
comot dengan sesuatu
yang berwarna merah.
Di lantai, terbaring
seorang gadis berlumuran
darah.
“Argh!!” Qaleef, Christine
dan Raihana menjerit
setelah mereka sedar.
Air mata mengalir
tanpa dipaksa.
BERSAMBUNG....
YEAY!!! MZ tepati janji!!! MZ dah post 2 bahagian minggu ni! haahahah... tapi views Pelajar Masa Lalu kurang berbanding cerpen sebelum ni... HUWAAA!! *padan muka kau MZ... tulah... bagi janji palsu lagi!!* rasanya ada 3 atau 4 lagi bahagian sebelum MZ tamatkan PML... harap ramai yang sudi membaca :D
No comments:
Post a Comment