“Argh!!” Qaleef, Christine
dan Raihana menjerit
setelah mereka sedar.
Air mata mengalir
tanpa dipaksa.
Di hadapan mereka,
Shahirah tegak berdiri.
Bajunya yang putih
nila tadi berlumuran
darah. Wajahnya yang
manis tadi kini
sudah terobek.
Lama, sungguh lama
untuk mereka bertiga
mencari kewarasan akal
kembali, cuba menenangkan
diri sendiri. Sehinggalah,
“Habis tu, apa
yang kau nak
dari kami? Kami
tak bersalah. Kami
tak buat apa-apa!”
jerit Raihana.
“Kami tak ada
kena-mengena dengan kau!
Kami tak boleh
buat apa-apa untuk
kau!” Christine pula
berteriak.
“Tak boleh buat
apa-apa? Itu yang
mereka kata dahulu!”
Shahirah bersuara garau.
“Kau tahu, aku
masih hidup waktu
empat orang tak guna tu datang
untuk selamatkan anak
dua orang kaya
tu. Mereka boleh
selamatkan aku tetapi
kau tahu apa
buat?!” suara Shahirah
memetir lagi. “Mereka
tanam aku hidup-hidup!
Semuanya hanya sebab
nak jaga nama
mereka, takut semua
orang tahu apa
yang anak mereka
buat!”
Qaleef,
Christine dan Raihana
senyap. Air mata
semakin deras. Bukan
kerana takut lagi,
tetapi kerana simpati
akan nasib Shahirah.
Nasib Shahirah yang
tak dapat diubah
lagi.
“Dari
pemerhatian aku, orang
yang akan terima
nasib yang sama
dengan aku ialah
kau!” jari Shahirah
menunding ke arah
Christine, “Dua sepupu
ini akan mengkhianati
kau!” sambungnya lagi
lalu menghampiri Christine.
Makin dekat. Makin
dekat. Dan dia
hilang.
Masing-masing
tersandar lemah. Lalu
mereka bertiga terlena.
Terlalu letih akibat
segala gangguan.
“Hey, bangun. Apa
yang kamu bertiga buat di sini?”
Masing-masing membuka mata.
Di hadapan mereka,
seorang guru dan
pengawal keselamatan sedang
bercangkung.
“Dah pagi ke?”
tanya Qaleef. Masih
mamai.
“Ya. Kamu bertiga
tidak pulang ke
rumah ke semalam?”
tanya guru itu.
Masing-masing menggeleng perlahan.
Guru itu mengeluh.
Patutlah semalam kecoh
antara guru-guru sekolah
itu bahawa ada
tiga pelajar masih
tak pulang dari
sekolah walaupun sudah
lewat malam. Ada
juga beberapa orang
guru yang pergi
semula ke sekolah
untuk mencari. Tetapi,
tiada seorang pun
yang terfikir hendak
pergi ke bangunan
kokurikulum.
Mereka bertiga pulang
ke rumah. Masing-masing
tidak ke sekolah.
Pihak sekolah memohon
maaf kepada ibu
bapa mereka bertiga.
Masing-masing merehatkan diri
hari itu. Letih.
Sebelum
meninggalkan bilik itu,
Qaleef sempat mengambil
buku tulis lama
itu. ‘Sudah berakhir.
Malam sudah berakhir.
Semuanya sudah berakhir.’
BERSAMBUNG...
Hahahahaa... maaf atas post yang tak ada point. Lepas ni ada lebih kurang 3 post lagi. post selepas ni pun tak berapa nak ada point sangat tapi kalau tak baca bahagian tu nanti tak paham cerita pula.. jadi harap mereka yang setia membaca cerita ni terus membaca ya?
No comments:
Post a Comment