Sebelum
meninggalkan bilik itu,
Qaleef sempat mengambil
buku tulis lama
itu. ‘Sudah berakhir.
Malam sudah berakhir.
Semuanya sudah berakhir.’
Dua hari selepas
itu, Qaleef, Raihana
dan Christine kembali
ke sekolah seolah-olah
tiada apa-apa yang
berlaku. Selepas sekolah,
mereka ke bilik
penulisan seperti yang
telah dirancang menerusi
aplikasi Whatasapp semalam.
Pintu bilik penulisan
dibiar terbuka. Mereka
serik. Cukuplah hanya
satu malam mereka
terkunci dan terperangkap
di situ.
“Cari buku antologi
Bahasa Melayu tahun
1977 atau 1978,”
arah Qaleef sebaik
sahaja mereka meletakkan
barang mereka.
“Kenapa pula?” Raihana
yang sedikit blurr
bertanya.
“Shahirah tulis buku
tu dalam Bahasa
Melayu, jadi kemungkinan
besar mereka bertiga
di bahagian penulisan
Bahasa Melayu,” jelas
Christine.
“Kenapa pula tahun 1977 atau
’78?” tanya Raihana
lagi.
“Dekat buku tu
ada tulis Lima Kekwa,
in brackets 1977.
Jadi antologi tu
akan keluar sama
ada tahun yang
sama atau tahun
seterusnya,” jelas Qaleef
pula.
“Guys, found it!”
sorak Christine. Bagus,
perancangan mereka sudah
sampai ke peringkat
kedua.
Malam semalam,
perbincangan mereka di
Whatsapp...
Qaleef :
Guys, asleep?
Christine : Not yet.
Raihana : Aku
tengah tengok Running
Man
Christine : Haahaha
Qaleef : Aku ada
benda nak cakap.
Christine : ???
Qaleef :
Fasal apa yang
jadi malam tu.
Raihana : Shahirah?
Qaleef : Yup
Christine : What about
her?
Qaleef :
Aku nak siasat
pasal dia.
Raihana : Kau
gila ke?! Kau
nak tidur sana
lagi?!!!
Qaleef :
Tak adalah sampai
macam tu.
Christine : Then?
Qaleef :
Entah.
Raihana : -_-
Christine : -_-
Qaleef : Aku cuma nak
pastikan sama ada
cerita tu betul
atau...
Christine : Atau?
Qaleef : Atau
benda halus yang
menyamar.
Raihana : Aku
malas nak ambil
tahulah...
Christine : Same here.. if
possible, I want
to erase what
happened from my
mind.
Qaleef : Oh
wait, I’ve an
idea. Kita cuba
cari pasal dia
dalam majalah sekolah.
Raihana : Kenapa
pula?
Qaleef : Sebab
tak mungkin pelajar
hilang tak jadi
bualan ramai.
Christine :
Kalau dia ahli
kelab penulisan mesti
dalam buku antologi
pun ada, kan?
Raihana : Haih...
kena buat ke?
Qaleef : Jomlah... so.. are
you guys with
me?
Christine : Ya,
ya.. whaetever
Raihana : Terpaksalah
kan?
Qaleef : Yes!!!!!
Raihana : Tapi
zaman dia dah
ada ke majalah
sekolah?
Christine : Pergi bilik
penulisan dululah. Too
lazy to go
to the library
just to look through old magazines.
Qaleef : Haahahahaaa.... okay. Lepas
sekolah terus pergi
bilik penulisan okay?
Thanks guys!
Dan, petang ini....
mereka memulakan misi
mereka.
Buku antologi bahasa
Melayu yang baru
dijumpai tadi diletakkan
di atas meja
dan mereka mengelilingi
dua buku itu,
buku antologi tahun
1977 dan tahun
1978.
Buku antologi tahun
1977 dibuka. Selak,
selak. Jari Raihana
yang menyelak terhenti
apabila tiga pasang
mata tertancap pada
satu cerpen yang
bertajuk, ‘Shahirah Norizan,
Sahabatku’ . Mereka mula
membaca cerpen itu. ‘Dusta!’ bentak
hati masing-masing.
BERSAMBUNG...
Apa yang dustanya? hahaha.... korang tunggu ye... huhu... MZ punya azam nak post 10 cerpen tahun ni tapi dah bulan 3 pun 1 cerpen pun belum habis post. mengong.
No comments:
Post a Comment