Search This Blog

Friday, 24 October 2014

MEMORY HACK Bahagian 2

Semuanya  bermula  apabila  abang  sulung  mereka  meninggal  dunia  akibat  teksi  yang  dinaikinya  dilanggar  lori.  Dari  situlah  bermulanya  hubungan  dingin  Azrin  dan  Julia.  Dan  bermula  dari  situ  jugalah  bermulanya  dendam  Julia.
Abang  sulung  mereka  meninggal  bukan  satu  kemalangan  tetapi  satu  pembunuhan  terancang.  Dan  pembunuhan  itu  dilakukan  oleh  musuh  keluarga  mereka  yang  bakal  bertemu  peluru  Julia  tak  lama  lagi.
Sebelum  Julia  menjadi  pembunuh  upahan,  sebelum  abang  sulung  Julia  meninggal  dunia,  hidup  keluarga  Julia  tidak  semewah  mana,  dan  jika  hendak  dibandingkan  dengan  sang  musuh,  bagai  langit  dengan  bumi.  Dato’  Johan  begitu  kaya  dan  keluarga  Julia  langsung  tidak  menggugat  apa  sahaja  yang  ada  di  dalam  genggaman  Dato’  Johan.  Kecuali  anak  perempuannya,  Jasmine.
Abang  Julia,  Azhar  berkawan  dengan  Jasmine.  Ya,  bukan  berkawan  biasa  tetapi  cinta  monyet  dari  zaman  sekolah  menengah  hinggalah  mereka  sudah mahu  menjejakkan  kaki  ke  universiti.  Jasmine  seorang  gadis  yang  baik,  lemah  lembut  dan  cantik,  tidak  seperti  ayahnya  yang  berlagak.  Entah  bagaimana  Jasmine  boleh  suka  kepada  Azhar  yang  biasa-biasa  sahaja.
Apabila  mereka  sudah  mahu  melangkah  ke  universiti,  Jasmine  disuruh  ayahnya  untuk  pergi  belajar  di  luar  negara  tetapi  Jasmine  tahu,  itu  cuma taktik  ayahnya  untuk  menjauhkan  dirinya  daripada  Azhar.  Ayahnya  memandang  rendah  kepada  keluarga  Azhar  kerana  mereka  tak  semewah  keluarganya.  Dato’  Johan  tidak  mahu  Jasmine  berkawan  dengan  Azhar  kerana  katanya  Azhar  bakal  memberi  pengaruh  buruk  kepada  Jasmine.  Ibu  Jasmine  pula,  Datin  Zahirah  tidak  pernah  menentang  hubungan  Azhar  dan  Jasmine.

Julia  mengeluh.  Segalanya  kekal  di  ingatannya  seolah-olah  segalanya  berlaku  semalam  padahal  memori  hitam  itu  berlaku  10  tahun  lalu,  sewaktu  Julia  berusia  17  tahun.  Ayah  Jasmine  terus-terusan  mendesaknya  untuk  menyambung  pelajaran  di  luar  negara.  Jasmine  yang  pada  awalnya  tidak  mahu,  bersetuju.  Tetapi  dengan  satu  syarat.  Sebelum  dia  berangkat  ke  luar  negara,  dia  mahu  mempunyai  ikatan  yang  sah  dengan  Azhar,  dia  mahu  bernikah  dengan  Azhar.
Apabila  mendengar  perkara  itu  keluar  dari  mulut  Jasmine,  Dato’  Johan  naik  angin.  “Aku  tak  akan  terima  anak  orang  miskin  sebagai  menantu  aku!  Buat  malu  sahaja  seorang  Dato’  macam  aku  bermenantukan  anak  orang  yang  hartanya  setakat  tanah sekangkang  kera!”  Dato’  Johan  gah  berkata-kata.
“Apa  yang  ada  pada  harta?  Bila-bila  masa  sahaja  bussiness  papa  boleh  bankrupt!  Kalau  papa  tak  izinkan,  Jas  tak  nak  further  study  overseas,”  tegas  Jasmine.
“Jangan  biadap  dengan  aku,  Jasmine!  Kau  hidup  sekarang  sebab  aku!  Aku  bagi  kau  pillihan,  aku,  bapa  kau  atau  budak  tak  guna  tu?!”  Dato’  Johan  betul-betul  memaksudkannya.  Dia  sudah  tidak  kisah  kehilangan  anak  yang  hanya  tahu  memalukannya  itu.
Mendengar  pilihan  yang  diberi  itu,  Jasmine  terus  berlari  ke  biliknya.  Dia  mengemaskan  beberapa  helai  baju  lalu  dia  meninggalkan  rumah  banglo  mewah  itu.
Sebelum  dia  pergi,  dia  sempat  meminta  maaf  kepada   Datin  Zahirah.  Bukan  kerana  dia  memilih  Azhar  berbanding  keluarganya,  tetapi  kerana  dia  meninggalkan  ibu  dan  adik-adiknya  bersama  Dato’  Johan.  Satu  tindakan  yang  begitu  mementingkan  diri.
Di  luar,  Dato’  Johan  mungkin  dipandang  tinggi,  seorang  yang  bermaruah  tinggi  dan  seorang  yang  sophisticated.  Namun,  Dato’  Johan  lebih  indah  khabar  dari  rupa.  Di  rumah,  Dato’  Johan  seperti  syaitan  bertopengkan  manusia.
Jasmine  dan  adik-adiknya  didera.  Ya,  bukan  setakat  dipukul  tetapi  didera!  Entah  sudah  berapa  kali  tali  pinggang  Dato’  Johan  hinggap  di  badan  anak-anaknya,  tidak  kira  lelaki  atau  perempuan  dengan  alasan  yang  sebenarnya  tidak  memerlukan  hukuman  secara  fizikal.
Yang  paling  teruk  kena,  ialah  anak  kedua  Dato’  Johan,  Zarin.  Zarin  seorang  yang  berani  melawan  demi  adik-beradik  dan  ibunya.  Satu  peristiwa  yang  tidak dapat  dilupakan  oleh  keluarga  itu  ialah  apabila  anak  bongsu  keluarga  itu,  Zack  mendapat  keputusan  yang  tidak  begitu  baik  untuk  UPSR.
Bukanlah  keputusan  Zack  itu  teruk  sangat,  dia  mendapat  gred  B  untuk  pelajaran  Matematik  sahaja  dan  matapelajaran  lain  semuanya  gred  A.  Tetapi,  bagi  Dato’  Johan,  hanya  yang  terbaik  boleh  diterima.
Zack  dipukul  berkali-kali.  Akibat  sudah  tidak  tahan  mendengar  jeritan  dan  tangisan  adiknya  itu,  Zarin  naik  gila.  Dia  merampas  tali  pinggang  ayahnya  lalu  melibas  tali  pinggang  itu  ke  badan  tuannya.  Adik-beradiknya  dan  ibunya  turut  terkejut  melihat  tindakan  Zarin  tetapi  tiada  seorang  pun  yang  membantah.
Namun,  ternyata  Dato’  Johan  bukan  lawan  yang  mudah.  Apabila  Zarin  mengangkat  tali  pinggang  itu  untuk  menjerut  leher  ayahnya,  Dato’  Johan  mengambil  kesempatan  itu  untuk  menendang  perut  anaknya.  Zarin  yang  kurus  keding  tercampak  ke  belakang.  Perutnya  terasa  senak.
Zarin  bernasib  baik  kepalanya  tidak  terhentak  ke  lantai,  namun  tangannya  patah  apabila  dia  cuba  menahan  dirinya  daripada  tersembam  ke  lantai.  Disebabkan  pergaduhan  dengan  ayahnya  itu,  tangan  Zarin  berbalut  selama  sebulan.
Apabila  Zarin  sudah  terbaring  di  lantai  sambil  mengerang  kesakitan,  satu  perkara   yang  Dato’  Johan  katakan  kepada  remaja  itu  ialah  “Kau  belum  cukup  kuat  lagi  nak  kawan  aku,  Zarin.  Dan  sebelum  kau  cukup  kuat,  aku  akan  bunuh  kau!”  Lelaki  itu  kemudian  pergi  ke  biliknya.
Anak  perempuan  Dato’  Johan  pula  hanya  memerhatikan  lelaki  itu  dengan  pandangan  jijik  dan  amarah.  Gadis  itu  tidak  akan  dapat  melupakan  libasan  tali  pinggang  yang sudah  melukakan  badannya,  tangan  ayahnya  yang  membenamkan  kepalanya  ke  dalam  air  dan  mulut  ayahnya  yang  menyumpah  seranah  kewujudannya.  Dalam  diam  gadis  itu  bersumpah,  ‘Aku  akan  pastikan  kau  bayar  balik  apa  yang  kau  dah  buat  pada  kami.’
Segala  cerita  tentang  keluarga  Jasmine  hanya  diceritakan  kepada  Azhar  dan  keluarga  Julia.  Dan  itu  juga  adalah  satu  sebab  mengapa  Azhar  perlu  dibunuh.

Selepas  Jasmine  meninggalkan  keluarganya,  dia   lari  ke  rumah  Azhar.  Dia  menceritakan  apa  yang  berlaku.  Ibu  Azhar,  Puan  Haida  berbesar  hati  menerima  kehadiran  Jasmine.
Selepas  2  tahun,  Azhar  dan  Jasmine  yang  masing-masing  berusia  21  tahun  telah  bernikah  dengan  Zarin  secara  senyap-senyap.  Azhar  yang  sememangnya  menjadi  ketua  keluarga  sejak  ayahnya  meninggal  dunia,  bekerja  semakin  keras  untuk  keluarganya.  Pagi,  dia  belajar  di  universiti  dan  malam  dia  bekerja  di  sebuah  restoran.  Adiknya,  Azrin  juga  begitu,  pagi  bersekolah  dan  petang  dia  bekerja  di  sebuah kafe.  Datin  Zahirah  turut  memberi  wang  kepada  Jasmine  setiap  bulan  tanpa  pengetahuan  Dato’  Johan.  Walaupun  kehidupan  mereka  tidak  sekaya  Dato’  Johan,  Azhar  akan  pastikan  keluarganya  cukup  makan  setiap  hari.
Jasmine  pula  tidak  pernah  melupakan  ibu  dan  adik-adiknya.  Sekurang-kurangnya  sebulan  sekali,  dia  akan  berjumpa  mereka  di  belakang  Dato’  Johan.  Walaupun  hidupnya  tidak  semewah  dahulu,  hidupnya  juga  tidak  sengsara  seperti  dahulu.  Dia  cukup  bahagia.
Namun,  disangka  panas  sampai  ke  petang,  rupanya  hujan  di  tengahhari.  Apabila  Dato’  Johan  mendapat  berita  bahawa  Jasmine  sudah  berkahwin  dengan  Azhar,  dia  mesti  menyelamatkan  maruahnya!  Dia  tekad  untuk  menghapuskan  Azhar.
Dan  suatu  hari,  sewaktu  Azhar  hendak ke  universiti,  teksi  yang  dinaikinya  dilanggar  lori.  Tidak  lain  tidak  bukan,  itu  semua  kerja  Dato’  Johan.  Dengan  kuasa  yang  dia  ada,  dia  terlepas  dari  hukuman  dunia  malahan  pemandu  lori  itu  juga  tidak  dikenakan  sebarang  hukuman  hasil  bantuan  Dato’  Johan.
Di  tempat  kejadian,  darah  menutupi  tingkap  teksi  itu  dari  dalam.  Teksi  itu  kemik  sehingga  ia  menjadi  separuh  dari  saiz  asalnya.  Ketiga-tiga  mereka  yang  berada  di  dalam  kenderaan  itu  mati  di  tempat  kejadian.
Ketiga-tiga?  Ya,  ketiga-tiga;  pemandu  teksi  itu,  Azhar  dan  Jasmine.  Dato’  Johan  tidak  tahu  bahawa  Jasmine  juga  berada  dalam  kenderaan  itu,  dan  dia  telah  membunuh  ‘harta’nya  itu  tanpa  sengaja.
Bermula  saat  itulah,  hidup  Julia  semakin  gelap.  Ibunya  pula,  Puan  Haida  menjadi  pendiam  dan  jiwanya  menjadi  kacau  sehinggalah  ibunya  meninggal  dunia.  Puan  Haida  bersunggguh-sungguh  menyuruh  Julia  membalas  dendam  untuk  keluarganya.  Walaupun  Puan  Haida  asalnya  seorang  yang  lemah  lembut,  hatinya  menjadi  keras  apabila  anaknya  dibunuh  akibat  rasa  bongkak  seorang  manusia!

Julia  tidak  tahu  bila  dia  akan  boleh  membunuh  Dato’  Johan.  Setiap  kali  dia  merasakan  dirinya  sudah  bersedia,  sebahagin  lagi  dirinya  mengatakan   tidak.  Dia  sendiri  tidak  tahu  mengapa.  Mustahil  ianya disebabkan  dia  takut,  Lady  Warrior  tidak  pernah  gentar  menghadapi  musuh!

BERSAMBUNG...

Ok  tak?  Dialog  bahagian  2  ni sangat sikit. Tahniah kerana anda telah berjaya membaca sampai habis bahagian ini! XD
Dan nampak tak betapa tak logiknya alasan Dato' Johan pukul Zack? Anyways, terima kasih kerana membaca!

1 comment:

  1. Orang yang berimaginasi tinggi, tiada dialog pun rasa best kalau jalan ceritanya memang best. Hehe... Oops! Terangkat bakul sendiri pula.

    ReplyDelete