“Assalamualaikum. Ini
Cik Marissa ke?” tanya
Zarin sejurus panggilannya
dijawab. “Ya, ini
Marissa. Siapa ya?”
tanya Marissa di
hujung talian. “Saya
Insektor Zarin. Tentang
kes-“ “Oh ya, ada
maklumat ke pasal
pembunuhan tu?”
“Mangsa pembunuhan
itu seorang peragut
yang baru keluar
dari penjara. Jadi,
kami percaya bahawa
dia telah dibunuh
oleh mangsanya sendiri
tetapi kami akan
buat penyiasatan lanjut.
Cik tak perlu
risau, pihak polis
akan buat rondaan
harian dan-“ “Baiklah,
terima kasih,” Marissa memotong
percakapan Zarin lalu memutuskan
talian. Zarin terkilan,
tetapi apa yang
boleh dilakukannya?
Marissa terus
membersihkan rumahnya. Seseorang
yang makan gaji
sepertinya jarang mempunyai
masa untuk perkara-perkara seperti
ini jadi apabila
ada hari begini,
haruslah dimanfaatkan sepenuhnya.
Dalam sibuk
mengemas, matanya teralih
kepada satu bilik yang
sentiasa terkunci. Sejak
berpindah ke situ,
dia langsung tidak
pernah cuba membuka
bilik itu. Bahagian
lain kondominium itu sudah cukup
besar baginya yang
tinggal seorang diri.
Marissa terduduk
lesu di sofa
di ruang temu.
Lesunya itu kemudian
bertukar lena yang
membawanya diulit mimpi.
Rafina yang
baru berusia 13
tahun dihantar ke
rumah sepupu ibu
tirinya yang bergelar
ustaz. Bapa kandungnya
menghantarnya ke situ
kerana ingin dia
mempelajari ilmu agama
dan memperbaiki akhlaknya.
Tetapi Rafina
tahu, ayah tidak
mungkin akan menghantarnya
ke situ kalau
bukan kerana hasutan
ibu tirinya.
Ayah Rafina
merupakan seorang yang
mengambil berat tentang
hal agama dalam
mendidik anak-anaknya walaupun
tidak begitu warak.
Jadi, apabila dia
mendapat tahu bahawa
isterinya mempunyai sepupu
yang bergelar ustaz,
menghantar Rafina yang
agak liar ke
situ merupakan keputusan
yang terbaik.
Sampainya Rafina
di rumah itu,
dia disambut seorang
lelaki dan wanita
yang berjubah. Pasangan
suami isteri yang
kononnya bakal mengajar
ilmu agama kepadanya,
Pak Din dan
Mak Rum.
Namun, apa
yang disangkanya mungkin
bolh mendatangkan kebaikan
buatnya, begitu meleset
sekali. Mak Rum
baik, tetapi Pak Din... setiap
kali Mak Rum
pergi berniaga, Pak
Din akan mengambil
kesempatan. Kesempatan ke
atas Rafina.
Barangkali, Rafina
masih bernasib baik.
Walau sudah berbulan
dia tinggal di
situ, dia masih
bergelar perawan. Tetapi
dia tahu, perkara
itu tidak akan
berkekalan lama, dia
harus melakukan sesuatu.
Dan suatu
hari, Rafina melakukan
‘sesuatu’ itu. Dia
menuang sabun di
lantai pintu biliknya.
Apabila Pak Din
ingin masuk ke
biliknya, orang tua
itu tergelincir lalu
mati akibat kepalanya
terhentak ke lantai.
Rafina turut memukul
kepalanya menggunakan kayu
beberapa kali bagi
memastikan orang tua
itu betul-betul mati.
Selepas itu, Rafina
melarikan diri. Ke
suatu tempat di
mana dia akan
membunuh mangsa keduanya.
Rafina tidak
tahu berapa lama
dia berjalan merentasi
malam untuk sampai
ke rumahnya. Dia
menyusup masuk melalui
pintu dapur. Pucuk
dicita, ulam mendatang,
mangsanya berada di
dapur. Tangan Rafina
pantas mencapai sebilah
pisau lalu menikam
ibu tirinya. ‘Aku
tak akan terseksa
kalau bukan sebab
kau!’
Dan sejak
hari itu, Rafina
membunuh mangsanya yang
ketiga, ke-empat, ke-lima,
ke-enam, ke-tujuh.... entah
siapa yang ke-lapan.
BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment