Rafina tekun
melukis potret yang
ke-lapan. Mungkin juga
potret yang terakhir.
Hanny yang dibelakanginya hanya
memerhatikan Rafina. Jika
diikutkan hati, mahu
sahaja Hanny menghapuskan
perempuan itu menggunakan
Glock 17 miliknya.
Rafina telah menikam
lelaki kesayangannya!
Namun Hanny
tahu, dia harus
bertindak secara professional
sebagai seorang polis.
Penjenayah mesti dihukum
mengikut undang-undang, bukannya
secara membabi buta
mengikut peraturan sendiri.
Rafina masih
melukis potret. Potret
seorang lelaki yang
tampan – berlesung pipit dan
bermata coklat cair.
“Kau tampan, tetapi
sayang...”
Marissa meninggalkan
pejabatnya pada pukul
6.00 petang lalu
menapak menuju ke
kereta Peugeot biru
miliknya. Keriuhan berhampiran
tempat keretanya dipakir
menarik perhatiannya.
Apabila dia
menghampiri tempat itu,
bau busuk menusuk
hidungnya. Dari celahan
orang ramai, dia
dapat melihat darah.
Sangkanya, pasti berlaku
kemalangan.
Namun, sangkaannya
meleset apabila seorang
pegawai polis mengatakan
bahawa mangsa dibunuh.
Mangsa dipercayai mati
sekitar pukul 8.30
malam semalam. Punca
kematian adalah tusukan
pisau di perut
mangsa. Bukan tusukan, tetapi
robekan.
Pegawai polis
yang memakai tag
nama ‘Zarin Idham’
itu kemudiannya memberi
arahan kepada orang
bawahannya. Zarin terus
diperhatikan oleh Marissa.
Marissa berasa tidak
sedap hati!
“Cik?” Marissa
tersentak apabila seorang
polis wanita menegurnya. “Ya saya?”
“Cik kerja di
kawasan ni ke?”
Polis itu, Hanny
bertanya. “Ya, saya
bekerja di situ,”
jari Marissa menunding
ke arah pejabat
rumah kedai tempat
dia bekerja.
“Saya Inspektor
Hanny, saya ingin
tanya cik beberapa
soalan bagi membantu
penyelidikan kes ini. Boleh
kan?” Hanny tersenyum
sambil menghulurkan salam.
Marissa menyambutnya, “Yes,
of course.”
Kelmarin, Marissa
berada di pejabatnya
melebihi waktu kerja.
Semua pekerja lain
sudah pulang dan
dia berseorangan sehingga
dia menyelesaikan kerjanya.
Dia meninggalkan pejabat
pada pukul 8
malam.
Daripada apa
yang diberitahu Marissa,
Hanny tidak mendapat
apa-apa maklumat yang
dapat membantu. Kata
Marissa, tiada apa-apa
yang pelik berlaku
dan tiada sesiapa
yang mencurigakan apabila
dia meninggalkan kawasan
parkir kereta itu
malam semalam. Dia
juga tidak mengenali
mangsa pembunuhan itu.
Kawasan di
mana pembunuhan berlaku
BEBERAPA HARI LALU
menjadi tapak kunjungan
pasukan polis yang
menyiasat kes itu.
Tempat itu turut
menjadi ‘taboo’ kepada
mereka yang penakut.
Marissa
hari
ini, tiba-tiba tertanya-tanya tentang
kes itu. Tanpa
teragak-agak, kakinya menapak
ke arah Inspektor
Zarin. “Hello. Saya
Marissa,” ujarnya memperkenalkan diri.
“Inspektor Zarin. Ada
apa-apa yang boleh
saya bantu?” Zarin berlagak profesional
walaupun hakikatnya dia
terpegun melihat kecantikan
Marissa.
“Saya nak
tahu tentang kes
ini. Pembunuhnya dah
dapat ditangkap ke?”
Zarin faham keresahan
di hati wanita
itu. Siapa tak
takut kalau ada
pembunuhan berlaku berhampiran
tempat kerja? Lagi-lagi
wanita.
“Setakat ini,
belum ada apa-apa.
Tetapi cik jangan
risau, saya akan
cuba maklumkan cik
kalau ada apa-apa.”
Marissa mengangguk tanda
faham, “Ini nombor telefon
saya. Kalau ada
apa-apa tolong maklumkan
kepada saya, please.
Saya risau,” Marissa
memberikan kad namanya
lalu berlalu pergi.
Ekor mata Zarin
pula tidak berhenti
memandang wanita itu.
Rafina melukis
potret lagi. Setiap
potret bermakna satu
pembunuhan. Potret yang
dilukis menggunakan tangan
yang sama yang merobek
perut mangsanya, tidak
lain tidak bukan
potret itu ialah
wajah milik mangsanya.
Sayang, mangsanya
itu tersalah pilih
mangsa.
BERSAMBUNG......
No comments:
Post a Comment