Buku antologi tahun
1977 dibuka. Selak,
selak. Jari Raihana
yang menyelak terhenti
apabila tiga pasang
mata tertancap pada
satu cerpen yang
bertajuk, ‘Shahirah Norizan,
Sahabatku’ . Mereka mula
membaca cerpen itu.
‘Dusta!’ bentak hati
masing-masing.
Cerpen itu bermula
dengan kata-kata;
‘ Cerpen ini
bukanlah satu cerita tetapi
satu kisah benar
tentang sahabatku, Shahirah
Noriza yang juga
ahli Kelab Penulisan.
Dan kisah ini
bukan kisah suka
tetapi kisah duka.. ‘
Selepas itu, cerpen
itu diteruskan dengan
kisah yang penuh
penipuan di mata Qaleef, Christine
dan Raihana.
Kononnya, pada cuti
sekolah penggal satu,
mereka telah pergi
bercuti bersama-sama di
tempat yang Shahirah
cadangkan. Tujuan percutian
mereka adalah untuk
mencari ilham untuk
menulis cerpen buat
antologi tahun tersebut.
Bahagian paling gila,
mereka tidak memberitahu
ibu mereka tentang
percutian itu kerana
tempat itu jauh,
jadi mereka tahu
ibu bapa mereka tidak
akan mengizinkan. Kata
Shahirah lagi, impak
cerita akan bertambah
apabila mereka pulang
jika mereka tidak
memberitahu ibu bapa
mereka. Jadi, Hazira
dan Azman hanya
mengikut kata-kata Shahirah.
Sampai sahaja di tempat percutian kami, aku, Hazira dan
Shahirah menginap di hotel murah, sesuai dengan jumlah wang yang kami
bawa.
Pada hari kedua, Shahirah mencadangkan kami ke tengah
bandar. Katanya, ada barang yang hendak dibeli. Shahirah membawa kami ke sebuah
kedai makan. Katanya, lebih baik makan dahulu supaya selepas membeli barang
nanti, kami dapat terus mencari ilham. Aku dan Hazira hanya mengikut.
Sampai sahaja di situ, Shahirah terus mendekati seorang
lelaki yang tersenyum ke arahnya. Aku dan Hazira sekali lagihanya mengikut.
Shahirah memperkenalkan lelaki itu sebagain pen palnya.
Zamri namanya. Kami makan bersama lalu Zamri mengikut kami membeli barang.
Selepas hari itu, aku mula rasa perancangan kami untuk
menetap selama seminggu di sana perlu dipanjangkan menjadi dua minggu. Mana
tidaknya? Shahirah jarang bersama kami, dia sentiasa menghilang, berjumpa
dengan Zamri.
Namun, pada hari ketujuh kami di situ, hari yang patut kami
pulang, aku dan Hazira menyesal pergi ke sana. Kami tidak sepatutnya mengikut
cadangan Shahirah.
Pagi itu, sebelum Subuh, Shahirah sudah mengemaskan beg
pakaiannya. Dia keluar dari bilik yang dikongsinya bersama Hazira secara
senyap-senyap. Aku dan Hazira mengekorinya yang sedang menggalas beg pakaiannya
itu.
Shahirah menghampiri seorang lelaki yang sedang duduk di
atas motor. Dalam kesamaran pagi, kami tidak dapat mengecam wajah lelaki itu.
Namun, susuk tubuh itu tidak lain tidak bukan, milik Zamri.
‘Shahirah mahu lari bersama lelaki itu,’ kenyataan yang
muncul di benak fikiranku. Kenyataan yang membuat aku tergamam. Yang membuatkan
aku terkaku berdiri walau kakiku sudah longlai dan hilang tenaga.
“Shahirah!” Hazirah menjerit. Dia menghampiri Shahirah yang
sudah membonceng motor Zamri. “Kau nak pergi mana?” tanya Hazirah. Mukanya
menampakkan cemas dan gelisah.
“Aku akan tinggal dengan Zamri mulai sekarang. Aku dah tak
tahan hidup dengan mak aku yang buta tu,” Shahirah sempat mencemuh ibunya.
“Tak! Kau turun sekarang!” Hazirah cuba menarik Shahirah
untuk menghalangnya namun Shahirah menolak Hazirah kuat. Hazirah terduduk di
atas jalan tar. Motor Zamri memecut meninggalkan kami, aku dan Hazirah hanya
mampu terdiam.
Hari itu juga, kami berdua pulang ke kampung halaman kami.
Berat lidah kami memberitahu apa yang terjadi kepada ibu bapa kami.
Bapaku mengherdik aku. Katanya, Mak Som, ibu Shahirah
mencari anak daranya itu siang dan malam. Bapaku buntu bagaimana hendak
memberitahu Mak Som apa yang terjadi.
Walauapapun perasaan kami, kami tiada pilihan selain
berceritakan perkara sebenar kepada Mak Som. Luluh hatiku saat melangkah masuk
ke dalam rumahnya. Rumah yang tidak semewah rumah aku dan Hazira, satu-satunya
peninggalan arwah suami mak Som.
Mak Som menyambut aku, Hazira dan bapa kami berdua degan
ceria kerana matanya tak dapat melihat wajah kami yang gundah. “Azman, Hazira,
alhamdulillah kamu berdua dah balik. Shahirah. Shahirah mana?” soalannya
membuatkan kami terdiam.
“Kak, kita duduk dulu. Ada benda saya nak beritahu akak,”
kata ayah aku dengan hati yang berat. Dan ayah aku menceritakan segalanya.
Luluh hati aku melihat Mak Som meraung-raung
memanggil-manggil nama Shahirah. Kami berempat hanya mampu mendiamkan diri
melihat Mak Som begitu. Aku tahu, ini bukan salah Shahirah seorang. Aku dan
Hazira juga memikul kesalahan ini. Dan aku akan menanggung rasa bersalah ini
sampai aku tutup mata, sampai aku hembus nafas terakhir.
Tujuan aku tulis cerita ini bukanlah untuk mengaibkan
Shahirah, sekadar menceritakan apa yang terjadi. Shahirah Norizan, sahabatku,
aku doakan kebahagiaanmu walau di mana kau berada. Namun, lebih dari itu, aku
sentiasa mendoakan kau akan kembali ke pangkuan Mak Som suatu hari nanti.
Sekian...
Ditulis oleh: Kamarul Azman Kadir
Dibantu oleh: Hazira Sabri
Usai membaca
cerpen itu, buku
antologi yang merupakan
salinan bercetak dari
tulisan tangan itu
ditutup. Christina dan
Raihana mengesat air
mata mereka. “Kejam.
They killed here.
Lepastu fitnah dia,”
ujar Christine.
“Apa kita
nak buat sekarang?”
tanya Qaleef sambil
memandang lama ke
arah dua nama
itu, Azman dan
Hazira.
“Kita tulis
cerpen untuk betulkan
cerita ni. Kita
letak dalam antologi
tahun ini,” Raihana
nekad.
“Kita minta
modul terbitan dari
pihak sekolah. Kita
minta kebenaran guru
penasihat dan penolong
kanan koku,” Christine
menetapkan rancangan.
“PK Koku?”
Christine meminta kepastian.
“Yes. Jom,”
Raihana dan Christine
bersuara serentak lalu
menggalas beg mereka.
Mereka bertiga berjalan
pantas ke blog
pentadbiran.
Sebaik sahaja
sampai di pejabat
sekolah, mereka terus
mengetuk pintu di
bilik penolong kana
kokurikulum.
“Masuk,” beliau
memberi keizinan.
Mereka bertiga
masuk dan menutup
pintu bilik itu.
Di bahagian luar
pintu itu, tergantung
jawatan dan nama
guru lelaki itu.
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
ENCIK KAMARUL AZMAN
BIN KADIR
~TAMAT~
Amacam? Berakhir lah sudah cerpen pertama yang ambil masa 3 bulan... hahaha
Korang rasa siapa yang betul? Cerita Shahirah si hantu atau cerita Azman si manusia? hahahah...MZ? biarlah rahsia..
No comments:
Post a Comment